My World

My World

Sunday, January 15, 2012

Menceriakan kelas..


Hari Jumaat baru-baru ini, ramai cikgu cikgi dan para pelajar turun ke sekolah untuk sesi mengecat dan menceriakan kelas..yang bahagian mengecat tu kelas aku tak termasuk..cat kelas aku ok lagi..

Kelas bahagian atas sahaja yang mengecat..sepanjang bangunan blok tu..5 kelas yang terlibat..housemate aku yang kena jadi guru kelas 4ICT pun turun padang mengecat..aku pun tolong skali la..hihi


Ni setelah siap di cat keseluruhan kelas..



Dan hari ni pulak turn kelas aku..balut meja smua, hias-hias apa-apa yang patut..ni antara yang kami buat sekali..untuk sudut P&P..


Terima kasih kepada pelajar yang hadir yang tolong cikgu..walaupun ada yang buat kerja sat, rehat sat, buat kerja, rehat, takpalah, nampak jugak hasil..tapi aku rasa aku yang banyak menyumbang..sampai lenguh kaki-kaki..hihi..

Hurrmm teringat zaman sekolah dulu..kalau hias kelas, cikgu tak mai pun..kami-kami ja yang hias..zaman sekarang dah berubah..nak cari yang betul-betul rajin dan semangat tolong cikgu tu ada ja la beberapa kerat.. :D

1 comment:

♥ Nana BamBam ♥ said...

nice laa warna cat..i like :)

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...