Sambungan dari Part 1
Ok, sambung balik kerja-kerja aku..masa aku habis belajaq kat ums, sementara nak tunggu posting mengajaq..aku p kerja lagi kat tempat biasa tu..satu hari tu kawan aku datang ajak isi borang kerja sebagai fasilitator schoolnet..gaji dia memang tinggi..untuk lepasan ijazah..depa nak pakai 1000 orang..aku pun isi lah..dah la hari tu hari terakhir untuk isi..tup tup esoknya aku dapat mesej kena pi interview..
Keputusan interview keluaq dalam sebulan lepas interview tu..aku ingat aku tak dapat dah..tengok2 bila cek kat internet memang dapat..syukur Alhamdululillah..tapi..tapi..bukan main jauh lagi tempat kursusnya..dekat ILP Selandar (melaka)..dapat tau tawaran kerja tu hari khamis, hari sabtu dah kena p daftar..hari jumaat tu jugakla pi beli tiket nak pi melaka..
Memang keadaan jadi kelam kabut..aku pulak runsing nak pergi ke tidak kerja tu..sebab aku takut clash dengan posting mengajaq nanti..aku pun call orang kementerian komunikasi tu tanya boleh berhenti tak kalau dapat tawaran lain..dia cakap boleh, tapi kena hantar notis berhenti seminggu awal..aku pun dengan senang hati pergila kerja tu..
Kena kursus kat melaka tu seminggu..hari terakhir tu baru tau kena kerja kat mana..dan aku telah dihantar ke SK Pulapah, negeri sembilan..dekat daerah jempol..memang kawasan dalam ni..kawan-kawan aku pun semua dapat kawasan2 dalam..sebab fasilitator ni memang akan dihantar dikawasan2 agak pedalaman khas untuk membantu dari segi penggunaan komputer dan internet di sekolah-sekolah yang terpilih..
Kawan aku sorang tu nasibla dapat sekolah yang tak jauh sangat dari tempat aku..tapi dia kena tinggal kat rumah sewa lain la..aku pulak bernasib baik dapat duduk kuarters dengan cikgu2 SK Pulapah tu..kat kawasan tu memang dipenuhi dengan hutan kelapa sawit..nak pergi pekan pun dalam 45 minit..mula-mula aku rasa macam susah ja nak hidup kat situ..tapi lama2 besh jugak..
Cikgu-cikgu kat sekolah tu memang baik belaka..dari guru besar sampailah ke tukang cuci semuanya baik dengan aku..besh lah..dan cikgu-cikgu yang duk kuarters tu pulak boleh geng ngan depa..semuanya bujang..tapi bujang kat situ ja lah..laki dok jauh..he..cuma sorang akak yang serumah ngan aku tu memang bujang betul2 masa tu..skang dah kahwin dah..
Erm, hampir 5 bulan aku kerja, keputusan penempatan mengajar pun keluar..aku start kerja bulan Julai..Pertengahan Disember baru tau aku ditempatkan mengajar di negeri kedah..28 Disember 2009 kena daftar kat JPN Kedah..tapi tak tau lagi sekolah mana kena posting..25 Disember aku berhenti kerja..dan pulang ke kedah..sedihnya nak tinggalkan negeri sembilan..sob2..
Hasil kerja kat situ lah aku dapat membeli si puteh kesayangan aku sekarang ni..sangat bersyukur..ok, part last dah ni..bila pi daftar kat JPN Kedah tu, baru lah tau kena posting kat sekolah mana..aku cuak jugakla kalau kena daerah langkawi..kena nek feri la pulak..sekali kecuakan aku tu memang betul..dapat ja surat posting, tertera nama sekolah: SMK Tunku Putra, Langkawi..fuhhh terus cari kawan-kawan yang dapat 1 sekolah masa tu jugak..
Ada seramai 9 orang yang dapat sekolah tu..ramai jugak..okla, ada kawan..semuanya lebih kurang sebaya ja..so, petang tu ja terus kemas barang2..sebab esok pagi dah kena daftar kat SMK Tunku Putra..dengan nak kena cari rumah sewa lagi la..macam2..penat ceq sebelum betol2 dan bekerja..tapi semua penat tu berbaloi apabila telah menjadi seorang guru.. :)
Owh, ada lagi 1 kerja yang aku kena buat walaupun telah bekerja sebagai guru..masa cuti sekolah bulan mac 2010, aku kena kerja lagi kat pekan rabu..Tokey aku memang memerlukan khidmat aku..huisshhh dasyat lah aku kan..dah kerja ckgu pun kerja jurujual lagi kat pekan rabu..(cari duet lebih maaa..)hehe..
Tapi itulah last aku kerja kat pekan rabu..bos aku memang nak suruh aku kerja lagi..tapi aku nak pencen dah keja kat situ..hehe..bukan apa, sebab masa tu aku pun dah merancang buka bisnes sendiri..dan bulan 10 2010 tu dah start pun perniagaan aku..aku pulak jadi bos..Alhamdulillah..so aku stop lah kerja kat pekan rabu tu..adik aku yang uruskan kedai aku tu..aku pantau dari jauh saja..cuti2 baru aku tengok2 apa yang patut..(tengok ja la..hehe)
Rasanya dah habis dah senarai kerja-kerja yang aku penah buat..sat nak pikiaq..ahaaa..lupa pulak..pasal kerja buat kuih karas..masa tingkatan 2 aku tolong mak aku buat kuih karas..bukan tolong saja la..mak aku bagi upah..hehe..masa tu banyak tempahan untuk raya..mak aku tak terlarat buat sorang..so aku tolong buat 1000 biji kuih karas..dan mak aku bagi RM40..wahhh tersangatlah seronok time tu..sapa nak tau camna buat kuih karas boleh tengok kat SINI..
Ada lagi kerja-kerja sampingan yang aku pernah buat..contohnya ambil upah angkut tanah..masa tu ayah aku yang suruh..sapa angkut tanah dia bagi duit.. :D pastu masa form 1 aku pernah buat sticker..jual kat budak-budak kelas..masa tu femes ngan sticker dragon ball..tak sangka jugak aku ada kemahiran buat sticker..hihi..
ni la sticker yang aku buat dulu..masih wujud lagi sticker ni..aku tampal kat meja stadi aku..
4 comments:
cikgu buat sticker tuuu, kena lukis sendiri ka?
tak, gmbar yg sebenar ckgu fotostat ja..pstu baru toreh2 guna pisau ikut gmbaq tu..:D
bestnyer pangalaman kerja ne.. banyak merantau..btw
Selamat Tahun baru 2012 yer, A very happy new year.. 2011 Lots of sweet memory, let's create new experience in 2012..
Selamat Tahun Baru jugak..semoga tahun baru ni lebih bermakna buat kita.. :)
Post a Comment
Komen anda sangatlah bernilai...