Sunday, January 1, 2012
Kenangan Mengusik Jiwa di hari terakhir 2011..
Alhamdulillah, bersyukur kepada-Nya kerana diberikan nafas lagi untuk merasai tahun 2012..Selamat tahun baru diucapkan kepada semua, diharap tahun 2012 ini kita akan lebih dekat kepada-Nya dalam meniti hari-hari yang mendatang sebagai persediaan di hari muka kelak..
Ok, masuk kepada tajuk entry aku hari ini..kejadian yg berlaku semalam..memang kenangan terindah sebelum memasuki tahun 2012..kelmarin adalah sesi mengemas rumah yang telah ditinggalkan selama sebulan lebih..memang penuh berhabuk dan bersawang..
Aku dan housemate mengambil part masing2..ada yang buang sawang, sapu sampah, vacuum, kemas2, cuci tandas, dan macam2 la..aku kemas2 dan sapu2 bahagian ruang tamu..masa kemas2 tu aku on la tv..kemas2 sambil tengok tv..tapi kan..bila on astro, astro card problem pulak..tak dapat tengok tv..
Aku pun ambil keputusan telefon astro careline..memang kena bagi ok balik astro tu sebab kami 1 rumah nak celebrate new year sambil tengok tv je..he..ok, aku pun call la astro tu..lambat jugakla baru dapat bercakap dengan operator dia..biasala kalau call careline ni..macam-macam arahan..tekan 1 untuk bahasa melayu, bla bla bla..
Bila dah dapat cakap tu, aku pun bagitau apa masalah aku..dia pun memberi arahan suruh buat itu ini..keluarkan astro card tu dan lap cip dengan tisu..ha part ni la yang melawakkan..aku pun berlari-lari la nak pergi ambil tisu dekat dalam bilik..
Tiba-tiba..jeng jeng jeng..lari punya lari, berlaku satu aksi yang sangat menarik tertarik kau memang da boom..hehe..gedebuuukkk! Aku jatuh tergelongsor macam turun dari papan gelongsorr kat taman tema air.. :D
Aduhai..dari kaki, sampaila ke belakang aku ni menghempap lantai..nasib baik kepala tak hempap lantai jugak..aku sempat tahan dengan siku..kalau tak, boleh hilang ingatan pa..hoho melampau jugak statement ini..hee..syukur aku selamat..
Ini semua angkara nak tengok astro..handfon yang masih dalam genggaman tangan kiri aku nasib baik tak terjatuh..dan operator yang tengah bercakap ngan aku tu mesti pelik..tiba2 bunyi bising riuh2 dek ketawa aku dan kawan2 aku..
Sebenarnya, kawan aku tengah mengemop lantai dekat laluan ke bilik tu..aku tak perasan pulak dia tengah mop..aku dengan pantas berlari2 untuk mendapatakan tisu..huuu sekali aksi yang menyayat hati terjadi..nasib la tak da apa2..
Cuma agak kesakitan 1 badan dan bahagian siku yang cedera..jari anak aku pun cedera..lebam dan melecet..huhu..
Itulah dia kenangan mengusik jiwa yang berlaku petang kelmarin..memang kenangan yang tak dapat aku lupakan..kejap lagi nak kena pergi sekolah untuk sesi pendaftaran..hope tangan aku dapat menulis macam biasa..hihi..ok, tamat cerita..sekian..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Hahahahaha.. lawak laa kak gee ni.. tu laa.. lari2 lagi.. bajet pelari pecut 100 meter.. at last, jatuh.. muehehehehe :p
hehe..ye la..kalot ceq..lau tau lantai di mop. takde nye nak lari pecut.. :D
Post a Comment
Komen anda sangatlah bernilai...