My World

My World

Monday, November 21, 2011

Cuti Sekolah..best ka boring??



Saat-saat yang ditunggu telah tiba..para pelajar, para guru, para ibu bapa, para-para sakura bukan main seronok lagi bila tibanya cuti sekolah..macam-macam aktiviti yang telah dirancang..tambahan kepada keluarga yang nak pi bercuti tu seronok beronok-ronok la depa..namun, ada jugak yang tak dak apa nak buat..termasuk la aku ni..keboringan kemelandaan..ada tu ada la..tapi bukan setiap hari kan..so, bila tak buat apa tu memang keja temenung, pikiaq apa pun taktau..haha..

Kalau cuti tahun lepas, ada jugak aku pergi melancong..Disember tahun lepas aku pi bercuti di Surabaya..tahun ni pun ada jugak ke Vietnam..tapi aku tak juin dah..kalau di kira-kira, dah banyak jugak la tempat pelancongan yang aku kunjungi..(padahal 3 tempat ja.. :D) yang paling jauh dekat beijing..situ memang lah tersangat best lah..shopping macam-macam jugakla..sampaikan balik tu memang kering kontang poket aku..haha..dan baru-baru ni (jun) aku ke bandung/jakarta..memang tak bermakna la kalau pi bandung tak shopping kan..so pendek kata, dah banyak duet habis..oleh itu, stop dulu untuk melancong..pasni simpan duet untuk menunaikan umrah pulak..insyaAllah..

Kalau dah namanya cuti sekolah, memang banyak-sebanyak nya kenduri kahwin..dah menjadi budaya masyarakat orang melayu, kahwin mesti cari tarikh cuti sekolah..tak pun cuti umum..sebab apa? sebab bila cuti, baru senang nak pi makan kenduri..cuba buat masa hari bekerja, yang datang tu ada la, tapi tak sebanyak macam cuti sekolah..memandangkan kat malaysia ni memang kaya dengan cikgu-cikgu, memang ramaila cikgu yang free masa cuti sekolah..kan kan.. :D

Berbalik kepada kenduri ni, memang beratur panjang tarikh-tarikh kenduri bermula 19 november 2011 sehinggalah 1 Januari 2012..aku pun dah susun jadual dah nak p kenduri kahwin tu..dengan kenduri kawan-kawan, sedara mara, orang kampung, oh banyak sekali dong..ada yang kata time cuti sekolah ni la time menggemukkan diri..sebabnya asyik makan nasi minyak ja..so kita tengok nanti, bila buka sekolah nanti aku gemuk tak..hihi..

So kesimpulannya, cuti sekolah ni best tak? kalau yang jenis suka duduk kat rumah, main games, internet, ha yang tu seronokla depa..kalau yang jenis suka berjalan, kalau dapat pi melancong serata dunia, memang gumbira tak terkata..kalau yang dapat cari kerja ok gak tu..dapat pegang duit..dan kalau yang nak exam tahun depan, mak ayah suruh study, siap suruh pi tuisyen..haa yang tu mesti tak seronok..hehe..tapi ok la..buat persediaan awal-awal..bukan setiap masa pun nak stady sepanjang cuti sekolah ni..pagi2 ka tengok buku sat..petang masa untuk beriadah pulak..pandai-pandai bahagi masa okay! jangan buat perkara yang tidak berfaedah yang boleh membahayakan nyawa sudah..

Dan untuk yang kena bekerja, selamat bekerja..anda memang diperlukan untuk negara..hehe..cikgu ni kena bercuti sebab pelajar bercuti..tapi cikgu tetap menjalankan tugas semasa cuti..ada yang kena buat laporan/dokumentasi untuk program yang berjalan sepanjang persekolahan, ada yang kena jaga spm/stpm..ada yang kena tanda kertas spm/stpm..ada mesyuarat..macam-macam la ada..macam aku ni, aku kena pi sekolah 30 nov nanti untuk menjaga pelajar yang ambil spm hari tu..so kena la naik feri ke langkawi..hoho..it's ok..small matter..best naik feri, keja lena ja dari mula perjalanan sampai habis perjalanan..hahah

Eh..sedaq tak sedaq, banyak jugak aku berceloteh rupanya..ok, kita masuk bahagian kesimpulan (macam buat karangan)..bagi menentukan cuti sekolah anda best atau tidak, hanya anda yang dapat merungkai jawapannya..bak kata Karam Sing Walia 'tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan' pepatah yang tiada kena mengena dengan tajuk ini..hehe..ke mana tumpah kuah, kalau tak ke Langkawi..ok Langkawi, jumpa 30 hb nanti..hehe..daaaa.. :D

SELAMAT BERCUTI...

No comments:

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...