Orang lain update blog semalam lagi lepas game..tentang Malaysia menang emas sukan sea bola sepak ni.. aku pulak baru nak update setelah sehari menang.. saja ja ambik feel lambat-lambat sikit..hehe..
Alhamdulillah, berkat kesungguhan Harimau Muda semalam, memang mengganas sungguh.. menang jugak akhirnya selepas ditentukan oleh sepakan penalti.. Kalau Allah dah kata menang, menang jugak kan.. ini semua takdir.. namun, pasukan Harimau Muda memang berusaha keras untuk mencapai kemenangan ini.. Aku tengok depa main semalam memang sesak nafas beb.. macam nak pakai inhaler ja.. haha dasyat.. boleh sakit jantung sapa yang jantungnya lemah tu.. haisshhh bahaya..
Bermula dari minit pertama lagi, Indonesia bermain dengan pantas dan berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-17 lagi.. (awat aku rasa macam dah jadi pengulas sukan bola sepak pulak ni..huhu) permainan pantas mereka dapat diikuti oleh Malaysia apabila Malaysia banyak melakukan serangan balas.. walaubagaimanapun permainan Indonesia sangat menakutkan aku..sebab bila depa serang ja, memang sepantas kilat..laju.. tengok-tengok dah sampai kat gawang.. nasibla tak gol.. pertahanan Malaysia memang superb lah..
Malaysia banyak dapat peluang keemasan untuk menjaringkan gol, tapi ada saja yang tak kena.. Akhirnya, setelah cuba berkali-kali dapat jugak menyamakan kedudukan.. hasil daripada kerja keras Baddrol Bakhtiar yang rajin betol kejar bola dan membuat hantaran yang begitu menarik kepada asraruddin.. tindakan pantas asraruddin yang merebahkan badan dan menanduk bola masuk ke gawang gol menjadikan kegusaran rakyat Malaysia berkurang.. lega rasanya bila Malaysia 1 Indonesia 1..
Perlawanan dibawa ke masa tambahan kerana sang harimau dan sang garuda tidak dapat menambahkan gol.. masa tambahan ni pulak, nasib baik la gol indonesia tak di kira sebab offside.. tapi Malaysia pun sama jugak.. gol jugak tapi offside.. oleh itu, permainan pun diakhiri dengan tendangan penalti..
Masa tendangan penalti ni la, aku siap baca bismillah lagi masa Malaysia nak tendang.. ketaq jugakla.. tapi bila tendangan last oleh Baddrol Bakhtiar tu memang rezeki kita nak menang.. bayangkan bola bergolek masuk selepas di hadang oleh penjaga gol Indonesia.. bola tu memang laju sama, tu sebab Meige tu tak dapat hadang dengan sempurna.. laju lah bola ko Badd..
Ha.. tak lupa kepada Apex.. mantopp.. banyak membantu Malaysia untuk menang.. banyak bola yang berjaya ditangkap oleh Apex.. dan yang paling best masa dia selamatkan bola dari mencecah gawang gol hasil tendangan Ferdinand.. Malaysia masih berpeluang untuk menang.. dan memang menang sungguh bila Baddrol Bakhtiar membuat tendangan terakhir.. Alhamdulillah..
Bila habis ja bola semalam, facebook, twitter memang riuh rendah dengan bola.. semua pasal bola.. dan ramai yang pi mengelike page-page pemain bola sepak Malaysia bawah 23 tahun ni.. daripada sikit, dah jadi berpuluh-puluh ribu dah peminat yang like fan page depa.. untung sungguh main bola ni.. ramai peminat jugak..tambah-tambah kalau berjaya mengangkat nama Malaysia, memang nama depa akan dijulang.. cuba kalau kalah.. he pandai-pandai la pikiaq kan.. macam aku ni, flexibel ja.. kalah menang adat permainan.. kalau menang tu janganla kita lupa padaNya.. kerana Dia yang telah menentukan segalanya.. kita hanya merancang, Dia juga merancang.. tetapi sebaik-baik perancangan adalah daripada Dia..
Last but not least.. Tahniah untuk Malaysia.. Tahniah untuk Harimau Muda kerana telah membawa pulang pingat emas bola sepak di Sukan Sea 2011.. Tahniah juga kepada rakyat Malaysia yang memberi sokongan padu kepada pasukan bola sepak negara.. Good luck untuk perlawanan kelayakan olimpik pulak yang dijadualkan esok.. Malaysia akan bertemu Syria.. Chayok2.. :)
Malaysia boleh!
kat bawah ni video sepakan penalti.. moh kita layan.. dah banyak kali jugak aku tengok sepakan penalti ni.. tambah-tambah yang last skali.. :D
No comments:
Post a Comment
Komen anda sangatlah bernilai...