My World

My World

Saturday, January 29, 2011

Menggelapkan kulit di 2 buah pulau..


Aktiviti yang dirancang sejak berminggu-minggu akhirnya menjadi jugak..asalnya nak pegi mangrove tapi last minute tukar plan..sebab mangrove tu agak memakan belanja yang tinggi..kalau pegi ramai-ramai okla..tapi kalau untuk kami berempat memang agak kepokaian walaupun baru je dapat gaji..huhu..

So mangrove tu tengok bulan depan la pulak..kalau tak jadi mangrove, mungkin pergi candat sotong..banyak betol aktiviti yang kami nak buat kat langkawi ni..

Ok, berbalik pasal pergi menghitamkan kulit kat 2 buah pulau tu..mula-mula sekali kitorang pergi ke pulau dayang bunting..

Ha sebelum tu nak tepek dulu la gambar sebelum berangkat..heheh


kat quarters guru..


Pastu dah sampai kat tempat berkumpul, ada sorang pakcik mat saleh ni..pakcik la kot..sebab dah tua kan..mula-mula kami panggil sir..tapi dia tak bagi panggil sir..dia suh panggil nama dia ja..Behzard..


hensem gak pakcik Behzard ni.. :D


Dia sengsorang ja yang juin island hopping ni..kawan aku yang sorang tu agak ramah..dia berborak-borak ngan si Behzard ni..kompem la speaking kan..aku pun juin jugakla..walaupun speaking aku agak hancusss...

Sebab kami saja yang berborak dengan dia, dia pun mengikut kami la sepanjang panjang island hopping tu..tapi dia tak mandi la..dia datang sehelai sepinggang..katanya nak view the scenery..siap dia perli kitoarang lagi tau..sebab asyik bergambar je..hahah..

Si Behzard ni memang banyak bercerita..dia datang langkawi ni saja nak bercuti lepas amek exam kat penang..untuk sambung master..so sementara tunggu result keluar dia jenjalan kat langkawi ni..kitorang pun soal selidik la umur dia, nak amek master dalam course apa..

Umurnya 46 tahun..dia kata 'i look older than my age right' ntah betol ke ayat aku dia ni..aku pun tak ingat ayat yang dia cakap..hehe..

Pastu dia kata dia amek master dalam mechanical engineering..dalam hati aku mesti dia ni engineer ni..he's from Iran..

Bila bot dah sampai, kami pun memulakan perjalanan..masa kat dalam bot tu tak berborak sangat..kebisingan kemelandaan..air pulak dok memercik kat muka kami..siap dapat rasa lagi kemasinan air laut tu..


sepek besor gedabak


Destinasi pertama iaitu Pulau Dayang Bunting..kenapa disebut Pulau Dayang Bunting? cuba tengok gambar dibawah ini (sila abaikan gambar perempuan itu kerana dia memang suka interframe)..




Kat Pulau Dayang Bunting ni ada sebuah tasik..Tasik Dayang Bunting..so kami pun dibawa ke tasik tu untuk bermandi manda..ada mitos mengatakan kalau terminum air tasik tu, kemungkinan boleh bunting macam dayang tu.. nama pun mitos kan, aku tak la percaya sangat..tapi nasib jugakla aku tak terminum masa bermandi manda kat situ...




Masa on the way ke tasik tu..(dari tempat turun bot ke tasik), ada banyak sangat monyet-monyet..aku bukanla nak berbangga dengan diri aku ni..tapi aku agak cool berbanding ngan kawan-kawan aku yang lain..ada yang siap menjerit walaupun lalu saja di tepi monyet tu..


monyet-monyet tengah berasmaradana..


Hampir sepanjang laluan ke tasik tu dipenuhi dengan monkey ni..sampai kat satu tempat tu, ada sekor monyet ni betul-betul kat sebelah aku..aku selamba je la jalan..monyet ni kalau kita tak kacau dia, dia tak kacau kita..aku pun tengok jela muka dia..macam bengis ja monyet ni...

Sekali kan, dia lompat ke sisi sebelah kiri aku..tapi aku tak menjerit tak ape pun..kawan aku yang tolong jerit kan..si Behzard yang dok kat belakang aku pun terkejut..tak sangka monyet tu akan lompat kat aku...

Nasib la dia tak melakukan aksi-aksi ganas..dia saja nak bermesra ngan aku la tu..lepas lompat tu dia terus turun..dan aku yang cool ni relax jelah..haha menyampah je kan..

Pastu si Behzard kata kat aku.. 'the monkey like you' haha ada-ada ja..pandai ka monkey ni memilih ek..agaknya muka aku ni manis kot tu sebab dia nak rasa (perasan nak mampus)..tapi masa dia lompat tu tak sampai pulak ke muka aku..

Jalan punya jalan, mendaki tangga bagai, sampaila kat tasik..masa yang diberi untuk berada di tasik tu adalah selama 1 jam..so aku ngan ain decide nak mandi kat situ..lagi 2 orang kawan aku tak nak mandi..dorang nak mandi kat pulau beras basah...








Seterusnya sambung perjalanan ke pulau beras basah..sampai ja kat situ terus excited nak mandi..walaupun aku dah berendam kat tasik tadi.. :P




Berendam sampai puas, baru la lepak-lepak kat pasir tu sambil-sambil makan keropok..sambil-sambil photoshoot...


ha ni baru betol lompatan..bukan macam lompatan dengan ija kat video PART 2 tu.. :P


:)









Sesi bergambar pun tamat bila bot dah sampai untuk membawa kami pulang...habis dah la cerita aku pasal menghitamkan kulit..memang semakin gelap la kulit aku ni yang sudah sedia gelap ni..tapi tak pa..hitam itu kan manis..heheh..dan pengalaman pergi island hopping ni sangat bermakna dan berharga bila dapat bergembira bersama kawan-kawan.. thanks to all my fren..and to Behzard, nice to meet you.. :)


No comments:

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...