:)
Tuesday, June 28, 2011
Kenangan di Jakarta/Bandung.. :)
Tuesday, June 14, 2011
Video kedahagaan melampau..kesian.. :D
Layannnnzzz... :D
bercuti kat Jakarta dan Bandung ni aku tak update pon story macam aku update kat Surabaya aritu..kemalasan kemelandaan..he..korang tengok yang cerita-cerita kat surabaya jela ye..
ni ada 2 keping gambo masa bercuti aritu..2 keping je? cukupla..aku dah letak banyak kat fb..he
ok, sehingga bertemu kembali..daa...
p/s: jangan tiru kesemua aksi-aksi dalam video di atas.. :p
Wednesday, June 8, 2011
Trip to Jakarta yang penuh ranjau.. :D
Dari semalam lagi sebenarnya..kawan aku tertinggal purse kat masjid..dah sampai kat kedai masa nak bayar baru perasan purse tertinggal..dengan keadaan tergesa-gesa kitorang pun patah balik ke masjid..alhamdulillah ada purse tu..
Pagi tadi sempat lagi pergi berenang-renang pastu balik berenang tu siap-siap untuk ke airport..masa nak pergi airport, aku rasa nak cek ic..sebenarnya untuk ke luar negara tak perlukan ic..pasport je kena ada..pasport memang ada la..tapi..tapi ic aku tak ada! mana pulak hilangnya ni..kelmarin naik flight ke kl ada lagi..
Aduh..memandangkan dah lewat nak ke airport, aku pun biarkan jela ic tak da..terus bergerak ke airport..huhu berani sungguh..lepas balik dari indon nanti tak tahu la camna..malas nak pikir lagi..biarkan dulu..nak bercuti dulu kat indon ni.. :D
Pastu masa kat airport, ada lagi kejadian yang tak disangka..pasport adik kawan aku expired sebelum 6 bulan dari tarikh hari ini..tiket semua dah issue, tapi imigresen kompem tak lepas punya..so macam2 la plan kitorang untuk menangani masalah ini...
Dan macam-macam sangat yang berlaku..dah tak larat nak cerita lagi..tunggu ija jela cerita nanti..hehe..
Tapi kesimpulannya, ika dah sampai di jakarta..tapi bukan berseorangan..ditemani oleh manager ija..kak zeq..haha akhirnya kak zeq pun datang bercuti jugak..itulah hikmahnya...
Hari ni banyak jugak bergambar..tapi ada kat kamera ija..so ada beberapa keping gambar ni je kat handset aku + dari fb kawan aku..
@ hotel, jakarta
dan video ija..silalah tengok..
ok, esok aku update lagi.. (kalau rajin) hehe..tata..assalamualaikum..
Wednesday, June 1, 2011
Riuh-Rendah Rumah Ceq Apabila Dipenuhi Dengan Anak Saudara..
Petang tadi abang aku 1 keluarga datang..termasuklah si budak nakal oya tu.. :D
Budak ni memang tak boleh duduk diam..anak-anak sedara aku yang lain semuanya hero..oya sorang ja pompuan..dia main jugak dengan depa..1 rumah dia pusing berlari-lari...
Aku ada rekod video dia lari-lari..nanti lah aku letak..nak letak gambar-gambar dulu..
1st aku letak gambar anak buah aku yang sangat comel ni..adik oya (azmil hafiz)..merah-merah di muka dia macam dah berkurang sikit..hope lepas ni akan berkurang kesemuanya..
ngan mashunye..
seterusnya tak lain tak bukan gambar oya..gambar dia yang paling banyak..
isk2 tengok gayanya..dah la duduk atas kerusi terbalik..haha
makan ka tidoq ni??
ni pulak gambar oya dan abangnya, arif ikhwan...
yang ni pulak abang sulung oya, amier afiq..
afiq dan sepupunya, imran
ok, tamat cerita..nak pi sambung main dengan depa..depa masih di rumah aku..tataaaa :)
Banyaknya Kenduri Kahwin...
Banyak giler kot kenduri kahwin cuti sekolah kali ni..dari la hari sabtu bermula cuti sekolah sampai la ke hari sabtu berakhir cuti sekolah..
Tapi tak kesemuanya aku dapat menghadirkan diri..untuk 1st week cuti ni ja aku dapat makan kenduri..2nd week cuti sekolah aku tak da kat Malaysia..haha macam nak pi jauh ja kan..padahal aku nak pi negara yang berjiran dengan Malaysia ja..insyaAllah..
Hari Sabtu lepas aku pergi 3 buah kenduri..memang penuh perut aku sampai kenduri yang ke-3 tu aku tak makan dah..eh lupa pulak..makan jugaklah..makan bubur gandum..nak makan nasi memang tak boleh dah..perut aku dah sesak dengan nasi..hehe...
Hari Ahad pulak aku pergi kenduri kat kuala muda..kat kampung mak aku..kalau p kuala muda tu tak sah kalau tak singgah rumah sedara mara..sedara sebelah mak dan arwah ayah aku banyak kat area sana..so pergi pagi, petangnya tu baru balik rumah..hari ini jugak ada 2 kenduri lagi..1 kat kuala ketil dan lagi 1 kt simpang empat..tapi aku tak dapat pergi sebab dah pegi kat kuala muda..sory kawan2..
Hari isnin dan selasa aku dok di rumah ja, buat kerja apa-apa yang patut..kenduri takdak hari isnin dan selasa..
Ha hari ni ada pulak kenduri..kat kampung aku ni..sat lagi nak pi la kenduri ni..esok pulak aku nak pi melawat kawan-kawan aku yang dah lama tak jumpa..
Hari jumaat ada kenduri ke ek..rasanya tak da kot..tu la banyak sangat sampai terlupa..hehe..tapi petang tu aku janji ngan kawan aku nak pi cari hadiah untuk kawan yang nak kahwin..
Seterusnya, hari sabtu lagi..ni masuk minggu ke 2 cuti sekolah..ha hari ni ada 2 jemputan..dari kawan-kawan aku..tak termasuk yang dari sedara mara..tapi yang kenduri sedara mara tu aku tak dapat pegi..sebab agak jauh..aku pi kenduri yang kawan-kawan aku ni ja la..
Hari ahad pulak (5 Jun)..1 jemputan kenduri kahwin dan lagi 1 majlis pertunangan..aku pergi yang majlis pertunangan..sebab yang kenduri kahwin tu aku pi yang sebelah perempuan pada 4jun..
Ok, itu dulu agenda untuk ke kenduri kahwin..hari isnin 6 Jun aku akan berangkat ke KL..11 Jun pulak baru balik ke kedah..so kenduri yang antara tarikh ni memang aku tak dapat pergi...minta maaf ye kawan-kawan..
p/s: tahniah untuk kawan-kawan yang melangsungkan perkahwinan..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..dan tak lupa jugak yang mengikat tali pertunangan, cepat2 la langsungkan majlis..he.. da...
Subscribe to:
Posts (Atom)