My World

My World

Saturday, April 30, 2011

Alhamdulillah..


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...syukur ke hadrat Mu Ya Allah..

Sehingga saat ini aku masih bernafas dan masih boleh meneruskan kehidupan seharian dengan sebaiknya..

"Ya Allah, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan iman kami setelah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia." Amin..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...syukur lagi pada Mu Ya Allah di atas limpah kurnia Mu..pasukan hoki SMKTP berjaya merangkul pingat pada kejohanan hoki MSSD hari khamis yang lepas..bawah 15 tahun P berjaya mendapat emas, manakala bawah 18 tahun P mendapat pingat gangsa..

Aku sebagai penolong jurulatih amat bersyukur atas kejayaan ini..tahniah kepada anak-anak murid ku yang telah berusaha sedaya upaya..ada yang injured, lebam sana sini, tergolek tersadung, macam2 lah..usaha kamu semua berbaloi..semuanya dah gelap2..takpa, lepas ni pakai krim fair n lovely, confirm putih balik..hehe

Mari layan gambar-gambar ni..yang sempat dirakamkan pada hari kejadian.. :D









Tatkala aku sedang mengupdate blog yang lama tak update ni, aku kini berada di KL, di rumah sepupu aku..bersama mak dan adik aku..sajalah nak bawak mak dan adik aku jalan-jalan kat KL ni..

Sebenarnya, minggu lepas aku dah datang KL jugak..kuat betul aku berjalan..huhu..minggu lepas pergi kenduri kahwin kawan aku..kat Rawang..minggu ni, plan lama punye..dari tahun lepas lagi aku beli tiket flight ni..lepas ja kejohanan hoki khamis lepas, aku terus bergegas balik dan siap2 kan diri ke airport..nasib la dekat ja airport langkawi tu dengan rumah aku...

gambar minggu lepas..




gambar minggu ni..


Kalau korang perasan, tak sah kalau takda gambar aku dengan kawan aku sorang tu..hehe...kalau dah datang kl tu mesti la nak jumpa dia..minggu lepas kami sama-sama ke kenduri Alia, lepas ja kenduri kami singgah di masjid wilayah..ada ceramah tentang "We Are Beautiful, Allah Loves Us" Panel jemputan adalah Ustazah Nurul Iman dan Dr. Harlina..dipengerusikan oleh Wardina... Irma Hasmie pun datang..tak ketinggalan Yatt dan Liyana, pengacara Saffiya..semuanya manis bertudung...

Lepas ja program tu aku terus bergegas ke LCCT..so tak sempat la nak bergambar dengan wardina n lain2...

Oklah, sampai sini dulu cerita aku..rangkuman 3 cerita..sekarang nak siap2 nak pulang ke alor setar.. :D untuk yang bercuti hari ini, selamat beristirehat di hujung minggu...yang kena kerja, selamat bekerja.. :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...