My World

My World

Wednesday, December 28, 2011

Pengalaman Bekerja..Part 2


Sambungan dari Part 1

Ok, sambung balik kerja-kerja aku..masa aku habis belajaq kat ums, sementara nak tunggu posting mengajaq..aku p kerja lagi kat tempat biasa tu..satu hari tu kawan aku datang ajak isi borang kerja sebagai fasilitator schoolnet..gaji dia memang tinggi..untuk lepasan ijazah..depa nak pakai 1000 orang..aku pun isi lah..dah la hari tu hari terakhir untuk isi..tup tup esoknya aku dapat mesej kena pi interview..

Keputusan interview keluaq dalam sebulan lepas interview tu..aku ingat aku tak dapat dah..tengok2 bila cek kat internet memang dapat..syukur Alhamdululillah..tapi..tapi..bukan main jauh lagi tempat kursusnya..dekat ILP Selandar (melaka)..dapat tau tawaran kerja tu hari khamis, hari sabtu dah kena p daftar..hari jumaat tu jugakla pi beli tiket nak pi melaka..

Memang keadaan jadi kelam kabut..aku pulak runsing nak pergi ke tidak kerja tu..sebab aku takut clash dengan posting mengajaq nanti..aku pun call orang kementerian komunikasi tu tanya boleh berhenti tak kalau dapat tawaran lain..dia cakap boleh, tapi kena hantar notis berhenti seminggu awal..aku pun dengan senang hati pergila kerja tu..

Kena kursus kat melaka tu seminggu..hari terakhir tu baru tau kena kerja kat mana..dan aku telah dihantar ke SK Pulapah, negeri sembilan..dekat daerah jempol..memang kawasan dalam ni..kawan-kawan aku pun semua dapat kawasan2 dalam..sebab fasilitator ni memang akan dihantar dikawasan2 agak pedalaman khas untuk membantu dari segi penggunaan komputer dan internet di sekolah-sekolah yang terpilih..

Kawan aku sorang tu nasibla dapat sekolah yang tak jauh sangat dari tempat aku..tapi dia kena tinggal kat rumah sewa lain la..aku pulak bernasib baik dapat duduk kuarters dengan cikgu2 SK Pulapah tu..kat kawasan tu memang dipenuhi dengan hutan kelapa sawit..nak pergi pekan pun dalam 45 minit..mula-mula aku rasa macam susah ja nak hidup kat situ..tapi lama2 besh jugak..

Cikgu-cikgu kat sekolah tu memang baik belaka..dari guru besar sampailah ke tukang cuci semuanya baik dengan aku..besh lah..dan cikgu-cikgu yang duk kuarters tu pulak boleh geng ngan depa..semuanya bujang..tapi bujang kat situ ja lah..laki dok jauh..he..cuma sorang akak yang serumah ngan aku tu memang bujang betul2 masa tu..skang dah kahwin dah..

Erm, hampir 5 bulan aku kerja, keputusan penempatan mengajar pun keluar..aku start kerja bulan Julai..Pertengahan Disember baru tau aku ditempatkan mengajar di negeri kedah..28 Disember 2009 kena daftar kat JPN Kedah..tapi tak tau lagi sekolah mana kena posting..25 Disember aku berhenti kerja..dan pulang ke kedah..sedihnya nak tinggalkan negeri sembilan..sob2..

Hasil kerja kat situ lah aku dapat membeli si puteh kesayangan aku sekarang ni..sangat bersyukur..ok, part last dah ni..bila pi daftar kat JPN Kedah tu, baru lah tau kena posting kat sekolah mana..aku cuak jugakla kalau kena daerah langkawi..kena nek feri la pulak..sekali kecuakan aku tu memang betul..dapat ja surat posting, tertera nama sekolah: SMK Tunku Putra, Langkawi..fuhhh terus cari kawan-kawan yang dapat 1 sekolah masa tu jugak..

Ada seramai 9 orang yang dapat sekolah tu..ramai jugak..okla, ada kawan..semuanya lebih kurang sebaya ja..so, petang tu ja terus kemas barang2..sebab esok pagi dah kena daftar kat SMK Tunku Putra..dengan nak kena cari rumah sewa lagi la..macam2..penat ceq sebelum betol2 dan bekerja..tapi semua penat tu berbaloi apabila telah menjadi seorang guru.. :)

Owh, ada lagi 1 kerja yang aku kena buat walaupun telah bekerja sebagai guru..masa cuti sekolah bulan mac 2010, aku kena kerja lagi kat pekan rabu..Tokey aku memang memerlukan khidmat aku..huisshhh dasyat lah aku kan..dah kerja ckgu pun kerja jurujual lagi kat pekan rabu..(cari duet lebih maaa..)hehe..

Tapi itulah last aku kerja kat pekan rabu..bos aku memang nak suruh aku kerja lagi..tapi aku nak pencen dah keja kat situ..hehe..bukan apa, sebab masa tu aku pun dah merancang buka bisnes sendiri..dan bulan 10  2010 tu dah start pun perniagaan aku..aku pulak jadi bos..Alhamdulillah..so aku stop lah kerja kat pekan rabu tu..adik aku yang uruskan kedai aku tu..aku pantau dari jauh saja..cuti2 baru aku tengok2 apa yang patut..(tengok ja la..hehe)

Rasanya dah habis dah senarai kerja-kerja yang aku penah buat..sat nak pikiaq..ahaaa..lupa pulak..pasal kerja buat kuih karas..masa tingkatan 2 aku tolong mak aku buat kuih karas..bukan tolong saja la..mak aku bagi upah..hehe..masa tu banyak tempahan untuk raya..mak aku tak terlarat buat sorang..so aku tolong buat 1000 biji kuih karas..dan mak aku bagi RM40..wahhh tersangatlah seronok time tu..sapa nak tau camna buat kuih karas boleh tengok kat SINI..

Ada lagi kerja-kerja sampingan yang aku pernah buat..contohnya ambil upah angkut tanah..masa tu ayah aku yang suruh..sapa angkut tanah dia bagi duit.. :D pastu masa form 1 aku pernah buat sticker..jual kat budak-budak kelas..masa tu femes ngan sticker dragon ball..tak sangka jugak aku ada kemahiran buat sticker..hihi..

ni la sticker yang aku buat dulu..masih wujud lagi sticker ni..aku tampal kat meja stadi aku..

Fuhh panjang jugak cerita pengalaman kerja ni..oklah, sampai sini saja..best bila teringat balik pengalaman-pengalaman sebelum ni.. :) sekian..

Monday, December 26, 2011

Pengalaman Bekerja..Part 1


Sesaje takde keje ni nak gak le cite pengalaman bekerje..hehek jadi loghat kl la pulok..takmo2..loghat kedah lagi besh.. :p

Ok, pengalaman bekerja ye..masa kecik-kecik aku dok tolong gak mak ayah aku jaga kedai runcit depan rumah aku..tolong bungkuskan gula, tepung, dan macam-macam la..tapi takdak dapat gaji..masa aku darjah berapa entah kedai tu terpaksa ditutup sebab ada masalah sikit..

Kedai buka balik bila aku form 3 kot kalau tak silap..aku pun tolong jugakla meniaga barang-barang runcit tu..kedai runcit kecil-kecilan ja pun, untung pun tak banyak mana..so lepas spm aku decide nak cari kerja..cari punya cari dapatla bekerja kat pekan rabu..memang nak kerja kat situ pun sebab kat pekan rabu ni dalam pukul 6.30, 7, kedai dah tutup..takdala balik lewat..

Kerjanya bermula seawal 8 pagi lagi..kalau kedai-kedai lain kul 9 baru buka..ni kul 7 aku dah keluar rumah tunggu bas..sebab apa kedai yang aku kerja tu kena buka kedai awal..ha sebab sangatla banyak barang yang perlu dikeluarkan dari kedai tu untuk disusun di luar..ce teka kedai apa..nama kedai ni "Kraf Ulung" haaa kedai  frame..banyak sebanyak2 nya la frame kat dalam kedai tu..dan kerja aku menjual frame2 tu..

Alhamdulillah, setiap hari ada saja jualan..takut jugak kalau tak jual langsung, mau tak dapat gaji..kat situ kira gaji hari..kerja punya kerja dari bulan 12 sampai la ke bulan 4..bila dah dapat tawaran ke matrik, aku pun berhenti kerja tu..dapat la kumpul duet sikit dan dapat jugak aku beli handset hasil bekerja kat situ..

Ok, bila dah habis matrik, aku tak boleh dok diam..nak kerja jugak ni..aku pun pi la cari lagi kerja kat pekan rabu..kot2 la kedai frame tu nak pakai pekerja lagi..tapi dah cukup pekerja..so aku tanya tempat2 lain..dan nasib aku agak baik, sebab ada kedai tu nak pakai pekerja..ha kedai apa pulak dah ni..

Kedai ni kedah barang2 runcit jugak..tapi bukan jugak tepung, gula, bawang semua tu..yang ni jual jajan, coklat, air kotak, air tin, ais, topup, fotostat pun ada dan macam2 lagi la..so aku kerja la kat situ sampai aku dapat tawaran ke UMS..dapat jugak la kumpul duet sikit nak p belajaq kat negeri Sabah nun jauh dipisah laut cina selatan tu..huhu..

Bila stadi kat ums, time cuti sem aku balik la kampung..cuti lama kan..2 bulan lebih jugakla cuti..so aku nak cari duit jugak..takmau dok rumah saja..oleh itu, aku pun cari kerja lagi..kat pekan rabu jugak..Alhamdulillah, rezeki aku ada ja..aku dapat kerja dengan kedai jual barang2 haji, telekung, sejadah, jubah, lebai, kain batik dan macam2 lagi..

Sampai la nak habis cuti sem baru la aku berhenti..dan..tau tak apa yang terjadi..ha..bila start kerja kat kedai  tu, aku dah jadi macam pekerja tetap kat situ..setiap kali cuti sem, cuti raya or cuti apa-apa..memang aku telah di cop untuk bekerja di situ..so tak payah cari kerja kat tempat lain..sampai sekarang pun aku selalu singgah kedai tu setiap kali ke pekan rabu..rumah dia pun salu aku pi..tidoq rumah dia pun pernah..dah jadi macam mak angkat aku dah makcik tu.. :)

Yang beshnya, cuti raya la..cuti seminggu lebih ja..tapi dia mintak gak tolong aku pi kerja..sebab ramai orang..kesian jugak kat mak aku..tapi nasib adik aku ada..aku pun pi la jugak kerja..dapat gaji satu hal, dapat duet raya lagi tu..tu yang besh..hehe..tapi memang penat la..balik tu pukul 9, 10 malam..malam raya lagi dasyat..penah sekali pukul 5 pagi baru aku sampai rumah..esok tu orang datang beraya, aku pun jadi pening..haha..

Penah sekali tu, masa raya haji..aku kena buka kedai masa raya ke-2..pekerja lain semua takleh p kerja..aku tak buat apa pun kat rumah dan tak pi beraya mana pun..so aku pun pi la buka kedai..fuhhhh ramainya customer hari tu..tak terlarat eden nak kerja sorang2..tapi tau tak aku dapat gaji berapa? haaa..3x ganda daripada kebiasaan..selalunya 1 hari 25..ni aku dpt rm75..penat yg sangat berbaloi... :D

Tudiaaa dah panjang rupanya cerita aku ni..nanti aku sambung part 2 la pulak..penat dah menaip..he..daaaa...

Pekan Rabu: tempat yang berjasa untuk aku.. :) 
(gambar daripada google image)

Sunday, December 25, 2011

Berkelah sambil tangkap ikan..Selonok! :D


Orang tua pun sama naik dengan budak-budak..main tangkap-tangkap ikan..hehe

uittss basah la ceq..

 mana ikan neh..

 ikan apa taktau..macam ikan bilis pun ada.. :D

 mak aku pun pegi..siap bawak kerusi dia..

 ada gaya perenang negara tak? hehe

 budak gigi rongak..ikmal..

sapa kakak sapa adik? sebelah kiri adik, kanan kakak..

 keluarga abangku..

asyik sungguh menangkap ikan..

ni sebelum bermandi manda, makan dulu..

ok, selesai berkelah..time to pulang.. :D

Bola kampung..


Beginilah jadinya apabila orang dewasa bermain bola dengan kanak-kanak..hihi

kena buli ja.. :D

Saturday, December 24, 2011

Selamat tinggal 'Ketua Panitia'..


Tahun lepas aku kena pegang jawatan setiausaha panitia math..bermula tahun ni aku dah tak pegang jawatan tu..tapi diarahkan untuk menjadi ketua panitia sivik dan kewarganegaraan..

Sebagai pendatang baru..yakni baru setahun jagung menjadi warga pendidik, pengalaman tu baru sikit aku kutip..tapi bila dah kena jadi ketua panitia sivik ni aku terima jela..

Memang aku cuak jugak nak pegang jawatan ni..yela kalau dah ketua panitia tu kenala handle semua perkara berkaitan sivik..nasib la sivik ja..kalau subjek peperiksaan, tak mampu kot..tapi kalau subjek peperiksaan confirm pihak pentadbir takkan bagi kat guru baru..

Dah jadi ketua panitia sivik ni bermakna aku kena mengajar semua subjek sivik..10 kelas semuanya..kalau aku kutip semua buku untuk setiap kelas, memang penuhla meja aku dengan buku-buku pelajar..

Selama lebih kurang 7 bulan lebih aku mengajar sivik untuk tahun ni tiba-tiba aku diarahkan untuk ajar math menggantikan guru yang berpindah..jadual aku pulak diambil alih oleh guru lain..tapi jawatan ketua panitia sivik tu masih menjadi milikku..menurut pihak atasan, aku kena pegang lagi jawatan tu walaupun dah tak ajar sivik..tahun depan baru ada perubahan..

Oleh yang demikian, tahun depan jawatan ni dah tak jadi milik aku lagi kot..taktau lagi macammana..dengar kata, tahun depan aku mengajar math..dah tak ajar sivik kot..tak kisah la ajar apapun..selagi aku mampu, I'll try the best..tapi mengajar sivik ni best..banyak bercerita dengan students..depa pun seronok dengar cerita kita.. (seronok ke? :D)

Ajar math pulak, kena bersungguh-sungguh terang kat depa sampai depa faham..tu yang aku boleh demam bila seminggu ajar math..huhu..tambah-tambah ajar form 5 amek SPM..

Bila pulak aku dapat ajar opsyen aku pun aku taktau..bergantung kepada kekosongan guru la..buat masa sekarang sekolah aku melimpah dengan guru opsyen sains/biologi..tapi ajar math pun ok jugak..dulu memang nak ambil math kat U..tapi takdak pulak opsyen math dengan biologi..yang ada math dengan fizik..fizik aku tak berapa nak boleh pi sangat..so aku pun buat keputusan amek major biologi minor kimia..

Walaubagaimanapun, aku happy dan enjoy dengan kerjaya aku sekarang..makin lama menjadi guru, makin aku mencintai profesion ini dan makin bertambah pengalaman aku dalam mendidik anak bangsa..aku sayang sekolah yang aku berkhidmat sekarang..aku sayang semua pelajar aku.. :)

Selamat tinggal 'Ketua Panitia' :D

p/s: tak sabaq rasanya nak memulakan persekolahan sesi 2012..

Nasik Goweng ooo Nasik Goweng.. :D


dipersilakan chef termuda untuk sesi masak-memasak..hehe

Uikss garang benor oya ni..


Itulah nasik goweng yang telah dihasilkan.. :D

Friday, December 23, 2011

Kejayaan Berganda..


Tiada ucapan lain perlu diungkapkan melainkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga atas kejayaan yang telah diberikan kepada ku dan kepada anak-anak muridku kelmarin..Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah..

Peperiksaan induksi yang diadakan pada 20 Oktober 2011 hari tu telah diumumkan keputusannya..berdebar-debar jugakla bila nak cek keputusan ni..cek kat internet ja pun..bukan macam students pi ambil keputusan pmr kat sekolah tu.. :D

Keputusan yang dipaparkan cuma lulus atau gagal sahaja..takdak gred A ka B ka C ka..kalau lulus, maksudnya telah sah lah jawatan sebagai kakitangan kerajaan..tapi kalau gagal terpaksa la mengulang sampai lah lulus..Alhamdulillah aku tak perlu lah mengulang..tak nak la ceq mengulang, jenuh peqah otak lagi nak stadi segala bagai nota yang bertimbun..

Soalan dia..perghhh..sapa yang 1st time tengok memang tak tau nak jawab..mula-mula aku tengok contoh-contoh soalan induksi ni 1 apa pun aku taktau..(eh tipu pulak..tau la sikit2..:D) tapi bila dah stadi, dah hadiri kursus, bincang ngan kawan-kawan barulah boleh jawab soalan-soalan tu..dan lagi 1, untuk jawab soalan induksi ni, banyakkan buat latihan soalan-soalan past year..banyak jugak soalan past year yang keluar..contoh soalan dia banyak set..ada 27 set kalau tak silap..kalau boleh buat la semua ye.. :D

Yeaayyy dah sah jawatan..Alhamdulillah..lepas ni tunggu surat je la..pastu boleh tukar daripada kwsp kepada pencen..lega sikit kalau tukar ke pencen..skang ni masih kwsp, terasa sedak2 la jugak sebab banyak jugak yang dipotong untuk kwsp..bila tak potong nanti boleh la bernafas dengan tenang-setenang2 nya.. :D

:)

Saya Sayang Mereka..


Alhamdulillah, keputusan pmr sekolah saya (SMKTP) kali ini tidak mengecewakan..peratusan meningkat dan bilangan pelajar yang mendapat straight A pun bertambah..Saya merasa gembira dengan pencapaian yang membanggakan ini..bagi yang mendapat keputusan kurang memberansangkan tu, cuba yang terbaik untuk spm nanti pulak, k..

Anak-anak murid saya..saya sayang mereka..bukan bermaksud saya sayang mereka dari segi kecemerlangan dalam peperiksaan..yang cemerlang tu Alhamdulillah, berkat usaha dan doa mereka..saya sayang mereka yang mendengar kata, yang buat kerja saya, yang menghormati saya, tak melawan saya, yang apabila ditegur tidak memberontak, yang rajin, yang berdisiplin, yang amanah, berbudi bahasa, bertanggungjawab, bersahsiah dan macam-macam lagi lah..

Walaubagaimanapun saya sayang semua pelajar saya..cuma hati seorang guru pun akan tercalar sekiranya pelajar tidak menghormati gurunya, malas buat kerja, terlibat dengan masalah disiplin..mereka ni bermacam-macam kerenah..sebagai seorang guru, memang perlukan kesabaran yang tinggi..setakat ini saya memang boleh bersabar..tapi ada masanya tahap kesabaran tu boleh hilang..bergantung pada keadaan..

Hujung tahun ni genaplah 2 tahun saya menjadi guru..cepat betul masa berlalu..Alhamdulillah, banyak pengalaman yang telah saya kutip..dan masih banyak lagi yang perlu saya kutip..menjelang tahun baru tak lama lagi, bermulalah sesi persekolahan yang baru..saya pun rasa tak sabar nak memulakan tugas dengan azam dan semangat baru..jadi hari pertama persekolahan tu semua mesti baru (baju, handbag, kasut), lagi bertambah semangat..he..

Para pelajar pun mesti kena ada semangat baru..semangat nak belajar, semangat buat kerja sekolah, semangat bersukan, semangat macam-macamlah, maintain dari awal tahun sampai akhir tahun..baru result gempaq.. :)

Oklah, untuk para pelajar yang dikasihi..belajarlah rajin-rajin sampai berjaya, kerja pun hebat, jadi orang berguna, ibu bapa dan cikgu-cikgu akan bangga dengan kamu..



Cikgu sayang kamu semua.. :)

Tuesday, December 20, 2011

Seronoknya mereka.. :))



Kalau ada funfair kat mana-mana mesti penuh dengan orang..seronok bawak anak masing-masing bagi main kat funfair tu..tak terkecuali budak-budak sekolah, remaja-remaja yang datang sendiri nak main-main permainan yang menguji keberanian..

Dah masuk kali ke 3 pun aku pergi funfair tu.. (jadi drebar ja..) bawak anak-anak buah..hehe..tapi kali ke 3 tu aku bawak oya, ikhwan dan izwan..aku bagi naik yang mainan budak-budak je la..tapi ada 1 tu aku bawak oya naik macam buaian pusing-pusing..laju jugakla dia pusing..Ya Allah cuak tak terkata..tapi oya relax ja..berani sungguh ini budak..

Ni video yang sempat aku rakamkan..seronoknya depa ni main..oya lagi terserlah keseronokannya.





Oya kata kat makndak dia sebelum hantar pulang ke rumah "nanti mai lagi na.."
dia nak pi lagi la tu.. :D

Saturday, December 17, 2011

Apabila kanak-kanak berada di dunia mereka..


Seronok tengok kanak-kanak bermain dengan aktif..tapi kadang-kadang naik lelah la jugak tengok mereka bermain tanpa mengenal erti penat..last2 kita yang jadi penat..huhu 

Video satu: 1 heroin lawan 5 hero.. 

Video 2: Imaginasi yang tinggi..kalau boleh semua superhero beliau nak jadi..tapi ultraman lah menjadi sumber inspirasi..Arif Ikhwan nama diberi.. 

Video 3: Adegan meminta belas kasihan..

Video 4: Doremon..

Video 5: main gosok gigi bear pulak..sapa yang cipta teddy bear nanti buatlah gigi skali..sure kanak-kanak lagi suka bermain begini.. :D

Video 6: Sang hero jatuh tersungkuq..haha

Video 7: Menjadi kebiasaan kalau kanak-kanak bermain, tak pernahnya tak bergaduh..nasib ada seorang puteri datang memujuk.. :D

Sekian alkisah kanak-kanak riang..mari kita layan gambaq pulak.. :D

mereka yang tomel..

penggemar ultraman nomot 1

abang dan adik..

gaya superhero..

dengan lagak masing-masing..

oya pun turut serta..

kunun-kunun macho la..hehe


ini aksi kiut yang sengaja dibuat apabila disuruh berlakon gosok gigi..hehe..

Sekian sahaja cerita tentang anak-anak buah ku yang bermacam-macam aksi ni..semoga mereka cepat membesar dan menjadi orang berguna..

P/s: Oya mai lagi tau nanti..boleh makndak update blog..oya mai baru makndak semangat update blog..hehe..

Friday, December 9, 2011

Oya kena tahan kat wad..sian dier...


Dah dua malam oya kena bermalam di wad..hari ni masuk hari yang ke tiga di wad, keadaannya semakin pulih..masa aku sampai tadi dia tengah baring minum susu..

Lepas nurse tambah air kat badan dia dan kemudian nurse buang sambungan wayar ke tangan dia tu, bukan main aktif lagi..kalau tak takleh lari-lari sebab ada wayar tu..lepas buang wayar, dia jadi hiperaktif..risau pun ada tengok dia..takut nanti lelah balik..

Walaupun masih ada jarum lagi di tangan dia, langsung dia tak rasa sakit..masa tengah main-main tu dokter masuk nak cek dia..terus senyap (takut kut)..dokter cek cek, pastu dokter kata dia dah boleh balik..Alhamdulillah..tapi kena tunggu surat dari dokter dulu baru boleh pulang..

yeaaayy saye dapat loti..

saye nak makan loti ni..

 harap-harap saye boleh balik la hari ni.saye rasa dah sihat..

 ni handset makndak, saye suka main handset makndak..

saye kena pam gas dulu sebelum pulang..

video di bawah ini menunjukkan keaktifan oya yang tidak boleh disangkal lagi..jarum dok ada kat tangan tu langsung tak dipedulikannya..isk2..jangan lari sangat ceq, satgi kena masuk wad balik.. :D semoga oya sihat dan sihat untuk hari-hari seterusnya..


Thursday, December 1, 2011

Budak demam campak dah sihat..


Walaupun tak sihat sepenuhnya lagi, dua-dua anak sedara aku yang kena demam campak hari tu bukan main cargas lagi bermain di rumah aku pagi tadi.. Oya la nak datang sangat rumah aku..dia cakap kat mama dia 'Oya nak pi mah tok..'

Tengok la gambaq kat bawah ni..dalam dok demam campak tu boleh lagi main basikal..ni dia taktau naik lagi..kalau dah tau kayuh, rasanya merata dia p..


  Ni la peace oya..bila suruh buat peace, gini la jadinya.. :D


Kecik-kecik dah pandai nak dukung adik..sampai macam nak tercekik adiknya tu..huhu..


Azmil hafiz dah pandai nak kalih channet tv lak..


Ini budak demam pandai buka peti ais minum ayaq sendiri..


Sampai tengahari ja oya dok kat umah aku..lepas zohor abang aku pun pulang..lepas zohor tu pulak rumah aku ada buat kenduri kesyukuran sikit..mak aku jemput geng2 mengaji dia..

meh meh makan bihun sup..

Ok, tu ja cerita ceq pada hari ini.. papai.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...