My World

My World

Friday, April 11, 2014

Anugerah Terindah..Umrah Ziarah Makkah Madinah 11-22 Jun 2013


Assalamualaikum wbt..

Kalau dilihat pada tajuk itu rasanya sudah lama ini cerita..haha..baru nyempat mo cerita sekarang..hold dulu cerita pasal asrama..terasa teringat sangat pada bumi Makkah dan Madinah..Ya Allah rindunya suasana di sana..mengabdikan diri sepenuhnya kepadaMu..setiap saat setiap detik di sana tidak akan dilupakan sama sekali..

InsyaAllah ada peluang, dengan izinNya, ingin ku pijak lagi bumi Makkah dan Madinah satu hari nanti..

Alhamdulillah, syukur teramat sangat..rasanya kalau dah teramat tak perlu ada sangat..tapi nak menunjukkan betapa bersyukurnya dapat sampai ke tanah suci itu, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata..hehe

Sudahla dapat menunaikan umrah bersama suami tercinta, suatu kenangan abadi yang tidak ternilai harganya..ditambah pula dapat pergi bersama-sama sahabat baik+karib+segala2 lah..ceq taktau dah nak habaq macammana lagi perasaan tu..tudiaaa keluaq dah bahasa kedah..hihi..

 di KLIA sebelum bertolak..

Labaik Allahuma labaik. Labaika laa syariikalaka labaik. Innal hamda wani'mata lakal walmulk. Laa syariikalak. 
(aku datang kepada MU ya Allah, aku datang. Aku datang dengan tidak mensyirikan Engkau aku datang. Sesungguhnya segala kepujian kepada Engkau, segala ni'mat dari Engkau dan kerajaan kepunyaan Engkau. Tiada sekutu bagi Engkau. 
(Talbiah sunat dilafazkan sebaik2 sahaja kita berniat dan memulakan perjalanan meninggalkan rumah dibaca sepanjang perjalanan dan berhenti tatkala melihat baitullah di Mekah.)

Sayunya hati dapat melihat Kaabah depan mata sendiri..

SubhanAllah..

Moga-moga berpeluang lagi pergi ke sana..Aaminnn..sesiapa sahaja yang telah dipilih menjadi tetamuNya, janganlah lepaskan peluang keemasan ini.. :)

Nak cerita banyak-banyak pun tak reti dah..cerita dari gambar saja lah.. :D

 sungguh ramai manusia..

 melawat ladang unta

 di Bukit Uhud

 wif my bestie di Bukit Uhud

 Ija wif Sara yang comell..







 dengan dira..menunggu incik suami masing-masing

 di Jabal Rahmah, bukit kasih sayang..

 laluan Sai'e

 berhadapan Masjid Nabawi

 ladang kurma..

 Daus dan incik suami bersama Pak Arab

 kak julie, dira, ija @ladang kurma

 berlatar belakangkan Jabal Rahmah

 dengan cik ija

 dira & ummi..di Masjid Nabawi

menunggu untuk menaiki van sebelum menunaikan umrah..

perjalanan pulang..dalam flight dari Madinah ke KLIA..

Terima kasih Allah..atas hadiah yang sangat berharga ini..hambaMu ini memohon supaya suatu hari nanti kami dapat menjejakkan kaki ke sana lagi untuk beribadah kepadaMu..Aminnn..


Saturday, April 5, 2014

Kehidupan sebagai seorang warden..


Assalamualaikum wbt..

Setelah sekian lama jariku tidak menari-nari mengarang cerita di papan kekunci laptop ku ini.. Akhirnya, pada tarikh 5.4.14 jam 1.14 pagi..memandangkan mata yang masih cerah, secerah mentari pagi..terasa mahu menulis sesuatu yang ingin dikongsi..

Saat dan ketika ini, aku berada di kampung halaman, bersendirian di hadapan tv, melayan bola Pulau Pinang melawan JDT2..siaran ulangan entah yang bila..layan saja..tengah-tengah malam begini perut pun berkeroncong, baru sudah makan nasi dengan masak lemak ketam..haha sodap sampai menjilat jari..

Hari ni dah masuk hari sabtu, petang sabtu aku akan pulang ke rumah kediamanku 3 tingkat di SMK Pokok Sena..wahh hebatnya rumah sampai 3 tingkat kan..haha..anak-anak ramai sampai 50 orang..tu rumah sampai 3 tingkat.. :D

banglo 3 tingkat..haha

Sejak menjadi warden mulai 1 September 2013, kehidupanku telah banyak berubah..yang dulunya boleh dikatakan lebih relaks..apapun aku tetap bersyukur diberi kepercayaan untuk menjaga 50 orang pelajar yang aku belum kenali..terasa sesak nafas juga apabila diarahkan untuk memegang jawatan ini..bermacam-macam terlintas di fikiran, risau, takut pun ada..

Alhamdulillah, kira-kira 6 bulan menjadi warden (tolak cuti sekolah hujung tahun) segalanya berjalan lancar..walaupun ada sikit-sikit masalah timbul, semua tu ujian untuk aku menjadi tabah dan untuk menambah pengalaman bagi menghadapi hari-hari mendatang yang belum tahu bagaimana ujiannya..

Pelajar-pelajar semua ok, cuma biasala budak-budak remaja ni macam-macam perangainya..tak kenal maka tak cinta..haha..kena marah tu dah perkara biasa kot bagi depa..please belajar dari kesilapan pelajar-pelajarku sayang..cikgu takkan marah tanpa sebab..

Seawal sebulan lebih jadi warden, aku dah di 'surprisekan' dengan lakonan yang sangat hebat..ya Allah beraninya depa mengenakan aku..apapun terima kasih kerana menjadikan hari itu hari yang bermakna untuk cikgu..tahun ni dekat2 befday, nak lari seminggu dari asrama, takmau kena prank lagi dah..haha macam la boleh nak lari..tolong jangan buat surprise yang bukan2 hokay..tak payah buat terus lagi senang.. :D


tq semua..tq jugak kat incik suami komplot ngan budak2 ni..haha

Cukup sampai sini dulu..banyak lagi yang nak diceritakan..tapi sambung entry lain pulak la..

Sebagai seorang warden dan juga guru, tiada harapan lain melainkan ingin melihat kejayaan anak-anak murid dan mengharapkan mereka menjadi orang berguna di dunia mahupun di akhirat..all the best untuk semua..jadilah pelajar yang baik dan rajin tanpa menimbulkan sebarang masalah di asrama..semoga kejayaan bakal mengiringi anda semua.. :)

^^


-end-



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...