My World

My World

Sunday, January 22, 2012

Sahabat Saya..



Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi.
Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.
Ya Allah,
Sahabat ketawa, saya gembira,
Sahabat sayu, saya syahdu,
Sahabat layu, saya pilu,
Sahabat cemerlang, saya gemilang.
Ya Allah,
Kawan saya, sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.
Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.
Ya Allah,
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
Bermusuh kami, na`uzubillah,
Berpisah mati, insyaAllah,
Pengubat hati, do`a rabitah..

Sunday, January 15, 2012

Menceriakan kelas..


Hari Jumaat baru-baru ini, ramai cikgu cikgi dan para pelajar turun ke sekolah untuk sesi mengecat dan menceriakan kelas..yang bahagian mengecat tu kelas aku tak termasuk..cat kelas aku ok lagi..

Kelas bahagian atas sahaja yang mengecat..sepanjang bangunan blok tu..5 kelas yang terlibat..housemate aku yang kena jadi guru kelas 4ICT pun turun padang mengecat..aku pun tolong skali la..hihi


Ni setelah siap di cat keseluruhan kelas..



Dan hari ni pulak turn kelas aku..balut meja smua, hias-hias apa-apa yang patut..ni antara yang kami buat sekali..untuk sudut P&P..


Terima kasih kepada pelajar yang hadir yang tolong cikgu..walaupun ada yang buat kerja sat, rehat sat, buat kerja, rehat, takpalah, nampak jugak hasil..tapi aku rasa aku yang banyak menyumbang..sampai lenguh kaki-kaki..hihi..

Hurrmm teringat zaman sekolah dulu..kalau hias kelas, cikgu tak mai pun..kami-kami ja yang hias..zaman sekarang dah berubah..nak cari yang betul-betul rajin dan semangat tolong cikgu tu ada ja la beberapa kerat.. :D

Tuesday, January 10, 2012

Kerja Cikgu zaman sekarang..buat jadual sekali..


Tadaaa..hebat budak-budak sekarang..cikgu pulak buat jadual bertugas, jadual waktu dan sewaktu dengannya..nasib la guru kelas nya rajin..hihi..



Yeaayy besok boleh lekat kat kelas.. :D

Monday, January 9, 2012

Bermain dengan anak jiran.. :D


Dani yang comel..debab..suka gelak..petang-petang mesti keluar rumah ngan mama dan abahnya..kalau kami keluar, habisla dani, semua pakat berebut nak dukung dia.. :D




ni  masa dani dengan mamanya datang rumah kami..

Sunday, January 8, 2012

Lepak di tepi pantai..


Pertama kali di tahun 2012 kami serumah menjejakkan kaki di pantai..saja mencari ketenangan setelah kepenatan bekerja sambil-sambil menghirup udara segar, melihat kebiruan langit, mendengar deruan ombak,  bermain-main pasir dan menikmati makanan apa yang ada..hehe..








Kesimpulannya..memang best lepak di pantai menikmati keindahan alam ciptaanNya.. :))

Tuesday, January 3, 2012

Jadual Saya..


Inilah jadual saya..jeng jeng jeng..


Tidak ku sangka..dapat mengajar math semua untuk tahun ini..seronok tak terkata..hehe..Alhamdulillah..ingatkan ada jugak ajar sivik..I enjoy teaching math..tapi ajar sivik pun enjoy jugak.. :D

Kalau tengok kepada jadual tu, aku dapat mengajar 2 buah kelas rancangan khas..kelas terpilih daripada kalangan pelajar 4a & 5a UPSR..mereka ini lah yang diharapkan untuk memberi kecemerlangan kepada sekolah dalam peperiksaan PMR..namun, kelas lain pun turut diberikan tumpuan..

Bila dapat mengajar kelas RK ni, aku agak cuak jugak, nak kekalkan prestasi depa untuk subjek matematik..aku kena cuba sedaya upaya untuk membawa mereka ke pentas kecemerlangan bagi subjek math ni..InsyaAllah, i'll try my best..

Dah kebetulan mengajar kelas RK ni, aku pun diberikan jawatan yang agak mencabar untuk aku..Setiausaha Kelas Rancangan Khas..Sebagai setiausaha ni, aku kena bertanggungjawab untuk segala program RK yang dibantu oleh pihak kaunselor dan AJK KRK yang lain..tu aku dok pikiaq, program apa nak buat ek untuk depa2 ni..sebulan mesti ada 1 program untuk depa..

Takpelah, itu nanti aku akan bincang dengan pihak atasan dan guru-guru yang terlibat..kelas tambahan pun kena berjalan seperti biasa untuk KRK ni..semoga aku dapat melaksanakan tugas ni dengan jayanya..semakin lama menjadi guru, semakin banyak pengalaman yang aku dapat..aku sangat seronok.. :)

Selain jawatan Setiausaha KRK, aku jugak jadi guru kelas 3 Diamond, Ketua guru penasihat Pandu Puteri, Guru penasihat Kelab Hoki, AJK blok, JK Jemputan & Sambutan, Guru rumah sukan Syahbandar dan tugas-tugas lain yang mungkin bertambah nanti..

I want to be a great teacher! InsyaAllah..

Ok, baru nak pulang dari sekolah..daaa..

Sunday, January 1, 2012

Kenangan Mengusik Jiwa di hari terakhir 2011..


Alhamdulillah, bersyukur kepada-Nya kerana diberikan nafas lagi untuk merasai tahun 2012..Selamat tahun baru diucapkan kepada semua, diharap tahun 2012 ini kita akan lebih dekat kepada-Nya dalam meniti hari-hari yang mendatang sebagai persediaan di hari muka kelak..

Ok, masuk kepada tajuk entry aku hari ini..kejadian yg berlaku semalam..memang kenangan terindah sebelum memasuki tahun 2012..kelmarin adalah sesi mengemas rumah yang telah ditinggalkan selama sebulan lebih..memang penuh berhabuk dan bersawang..

Aku dan housemate mengambil part masing2..ada yang buang sawang, sapu sampah, vacuum, kemas2, cuci tandas, dan macam2 la..aku kemas2 dan sapu2 bahagian ruang tamu..masa kemas2 tu aku on la tv..kemas2 sambil tengok tv..tapi kan..bila on astro, astro card problem pulak..tak dapat tengok tv..

Aku pun ambil keputusan telefon astro careline..memang kena bagi ok balik astro tu sebab kami 1 rumah nak celebrate new year sambil tengok tv je..he..ok, aku pun call la astro tu..lambat jugakla baru dapat bercakap dengan operator dia..biasala kalau call careline ni..macam-macam arahan..tekan 1 untuk bahasa melayu, bla bla bla..

Bila dah dapat cakap tu, aku pun bagitau apa masalah aku..dia pun memberi arahan suruh buat itu ini..keluarkan astro card tu dan lap cip dengan tisu..ha part ni la yang melawakkan..aku pun berlari-lari la nak pergi ambil tisu dekat dalam bilik..

Tiba-tiba..jeng jeng jeng..lari punya lari, berlaku satu aksi yang sangat menarik tertarik kau memang da boom..hehe..gedebuuukkk! Aku jatuh tergelongsor macam turun dari papan gelongsorr kat taman tema air.. :D

Aduhai..dari kaki, sampaila ke belakang aku ni menghempap lantai..nasib baik kepala tak hempap lantai jugak..aku sempat tahan dengan siku..kalau tak, boleh hilang ingatan pa..hoho melampau jugak statement ini..hee..syukur aku selamat..

Ini semua angkara nak tengok astro..handfon yang masih dalam genggaman tangan kiri aku nasib baik tak terjatuh..dan operator yang tengah bercakap ngan aku tu mesti pelik..tiba2 bunyi bising riuh2 dek ketawa aku dan kawan2 aku..

Sebenarnya, kawan aku tengah mengemop lantai dekat laluan ke bilik tu..aku tak perasan pulak dia tengah mop..aku dengan pantas berlari2 untuk mendapatakan tisu..huuu sekali aksi yang menyayat hati terjadi..nasib la tak da apa2..

Cuma agak kesakitan 1 badan dan bahagian siku yang cedera..jari anak aku pun cedera..lebam dan melecet..huhu..

Itulah dia kenangan mengusik jiwa yang berlaku petang kelmarin..memang kenangan yang tak dapat aku lupakan..kejap lagi nak kena pergi sekolah untuk sesi pendaftaran..hope tangan aku dapat menulis macam biasa..hihi..ok, tamat cerita..sekian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...