My World

My World

Tuesday, November 30, 2010

Sakit perut tanda kanser perut


Aku tertarik dengan info kesihatan kat paper utusan ni..

Berjaga-jagalah kalau kita sakit perut..cepat-cepat pi klinik untuk rawatan lebih lanjut..ni pesanan untuk aku sendiri jugak..sebab aku ni pemalas jugak nak pegi klinik..heheh..

Gambar menunjukkan kanser perut. - Gambar hiasan

SAKIT perut jangan diambil mudah. Mungkin ramai daripada kita bila sakit perut anggap ia tidak serius dan biar hilang sendiri.

Kalau berubat pun memadai dengan menyapu minyak angin atau ambil ubat gastrik.

Tetapi hakikat yang perlu disedari ialah ia mungkin sebahagian daripada petanda awal kanser perut. Ini merupakan kanser ketujuh paling lazim dialami oleh lelaki dan kesepuluh paling lazim bagi wanita di Malaysia.

Berdasarkan statistik, kes kanser perut di negara ini telah meningkat berkali ganda sejak.

Statistik 2006 oleh Institut Kanser Kebangsaan menunjukkan kaum Cina mewakili 61. 7 peratus daripada pesakit kanser perut. Ini diikuti Melayu (25.9 peratus) dan India (12.4 peratus).

Pakar Perunding Gasteorologi Hospital Pusat Kanser Kebangsaan Tokyo, Jepun, Dr. Tekeshi Sano berkata, ramai tersalah anggap mengenai sakit perut sebagai masalah kesakitan biasa ekoran tersilap makan atau terlambat makan.

''Keadaan tersebut sekiranya dibiarkan berlarutan, ia akan memberikan kesan sehingga membawa maut,''katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Kongres Ketiga Kanser Gastroesofageal di Pusat Perubatan Sunway, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Dr. Sano, jika seseorang mengalami sakit perut lebih daripada dua kali seminggu secara berterusan ia kemungkinan mereka diserang kanser perut.

''Pemeriksaan awal penting untuk mengenal pasti atau mengesan kanser pada pesakit.

"Walaupun tidak ada gejala dan tidak mempunyai sejarah penyakit kanser perut, namun penyakit ini boleh menyerang tanpa

sebarang tanda.

''Adalah penting untuk menjalani pemeriksaan atau ujian,'' ujar beliau.

Jelas beliau, melalui teknologi moden, kanser perut boleh dikesan tanpa perlu membuat pembedahan dan juga cepat.

''Kanser perut ini boleh dikesan menggunakan kaedah endoskopi. Satu tiub dengan lensa video pada hujungnya yang dimasukkan ke dalam perut menerusi mulut ataupun dubur.

''Menggunakan kaedah ini, keseluruhan dinding boleh diperiksa. Contoh tisu di tempat-tempat yang disyaki akan diambil untuk menentukan kehadiran sel barah itu,'' ujarnya.

Proses itu tidak menyakitkan kerana pesakit akan diberikan dos pelali terlebih dahulu.

Bagaimanapun, terdapat juga yang membuat secara terangan di mana satu alat sebesar jari kelingking akan dimasukkan melalui mulut.

Katanya, mereka yang menjalani rawatan tersebut dikenakan caj yang minimum kerana ada subsi kerajaan.

Kata Dr. Sano, sekiranya terdapat sel yang menyebabkan kanser dan masih di peringkat awal, pembedahan tidak perlu di lakukan.

''Ia boleh dikeluarkan menggunakan endoskop, bagaimanapun sekiranya berada di tahap yang serius pembedahan susulan akan dilakukan bagi mengelakkan keadaan semakin kritikal", kata beliau lagi.

Malah jangka masa untuk membuat rawatan itu juga tidak terlalu lama iaitu selama 10 hingga 20 minit.

Bagaimanapun sekiranya pesakit berada ditahap yang kritikal iaitu peringkat tiga dan empat ia mungkin sukar untuk dirawat.

''Rawatan bagi mereka ini lebih kepada radioterapi ataupun kemoterapi. Jalani pemeriksaan awal kerana ia boleh dikawal secepat mungkin," katanya.

Cara mengawal kanser perut

- Amalkan tabiat pemakanan yang sihat. Apa yang anda makan dan cara makan amat penting. Makanlah secara sederhana, pada waktu yang ditetapkan dan makanlah dengan tenang.

- Kekalkan berat badan yang sihat. Masalah pencernaan boleh terjadi tidak kira berapa berat badan anda. Tetapi, pedih hulu hati, kembung dan sembelit lebih ketara di kalangan mereka yang terlebih berat badan.

- Senaman aerobik yang meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung juga merangsang aktiviti otot-otot usus, membantu untuk membuang sisa-sisa makanan melalui usus anda dengan lebih cepat. Lakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti aerobik setiap hari.

- Kawal tekanan. Tekanan akan meningkatkan risiko anda menghidap sakit jantung dan strok, melemahkan sistem ketahanan anda dan boleh mencetus atau memburukkan lagi masalah kulit yang dialami. Ia juga meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan sistem pencernaan.

- Disebabkan tekanan merupakan sesuatu yang sukar untuk dielakkan bagi kebanyakan orang, cara terbaik adalah mengawalnya dengan berkesan.

- Salah satu langkah paling mudah dilakukan ialah dengan mengamalkan diet berkhasiat, dapatkan rehat secukupnya, lakukan senaman dan rehat dengan cara-cara yang menyihatkan. Jika anda bermasalah untuk berehat, anda boleh mengambil meditasi, yoga atau tai chi.

Tolong Jangan Kacau Saya..


Boleh tak jangan kacau saya..jangan ganggu hidup saya lagi...saya dah penat tau tak..dari semalam lagi saya pening memikirkan hal ini..biarlah saya bawak diri ke suatu tempat..sapa pun tak boleh kacau saya lagi...

Hahah..macam bersandiwara pulak aku ni...sebenarnya ada cerita di sebalik ayat di atas ini..

Macam ni ceritanya...aku memang tengah sibuk ni..sibuk mengemas barang..sebab esok aku akan berangkat ke suatu tempat..dan lusa pun berangkat lagi ke suatu tempat yang aku telah plan sekian lama..nak tau perkembangan aku? nanti aku akan update..heheh..mungkin jugak ada yang dah tahu.. =D

Dari semalam lagi aku pening dok menguruskan hal-hal ini..Alhamdulillah dah settle..dan hari ini aku pening nak bawak baju mana lagi untuk berangkat esok...dok sambil-sambil mengemas leh lagi menulis blog..

baju mane lagi ni nak bawak ni? susah betol nak buat keputusan..heheh

Dengan kat luar bilik aku ni anak-anak sedara aku buat hal..dok bising-bising, pastu yang kakak nya mengadu lah kat mak ndak nya ni..

Kakak: Mak ndak mai tengok ikmal ni..dia tak mandi lagi...pastu dok kacau-kacau orang...

Aku: Ikmal ni nak kena ni..satgi mak ndak keluaq siap la..

Macam tu la lebih kurang ayat nya..Tapi aku masih tak keluar bilik pon.. :P ..so memang ada kena mengena la dengan ayat aku di atas kan...tolong jangan kacau aku..hehe..biasa la budak-budak ni..sabar je lah dengan kerenah mereka...

Ok lah, nak sambung kemas-kemas lagi ni..bilik aku pun dah bersepah ni...cau cin cau...

Aku Ingin Mencintaimu..



Tuhan betapa aku malu atas semua yang kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa
Entah mungkin karena ku terlena sementara Engkau beri
Aku kesempatan berulangkali agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMu

Aku ingin mencintaiMu setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMu selamanya sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMu yaa Rabbi


*Layan lagu ni di tengah-tengah malam ni.. ('',)

Monday, November 29, 2010

Dasyatlah Dato' Siti ni...



Aku memang minat Siti Nurhaliza..yang tak minat tu terpulangla..masing-masing ada hak untuk meminati sesiapa pun..so untuk kesekian kalinya aku letak kat blog aku pasal Dato' Siti..betapa kejayaannya yang semakin hari semakin menjadi..dan betul-betul menjadi inspirasi aku...


Sumber ini dipetik daripada
Harian Metro

Siti kukuhkan bisnes kecantikan

JIKA sudah popular, ada nama, ada reputasi, pencapaian terbukti dan bertaraf diva, letak mana pun peminat tetap mengikuti perkembangan semasa.

Status itu sinonim dengan reputasi ikon selebriti Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.

Bukan saja berjaya dalam nyanyian, malah berterusan mencari peluang perniagaan terbaik, bahkan menjadi inspirasi kepada peminat bersama menikmati kehidupan lebih baik dalam penjagaan kesihatan.

Khabar baru untuk peminat, Siti kini menceburi bidang perniagaan baru dikenali Sity Avita Sdn Bhd. Perniagaan itu mengetengahkan produk berasaskan pengambilan khasiat tambahan kesihatan berkualiti tinggi.

Siti yang mendapat gelaran ‘Celine Dion Asia’ mungkin kurang selesa bergelar ‘business woman’ atau ‘superstar’, tetapi itulah label terbaru diberikan rakan perniagaan dan sesetengah peminatnya.


Keceriaan beliau membuat pelaburan produk kesihatan terbaru terpancar sejak mengamalkan pengambilan Celergen iaitu penokok antipenuaan dan terapi sel termaju dari Switzerland.

Ia menyusul selepas kejayaan produk kecantikan peribadinya, SimplySiti yang dilancarkan lapan bulan lalu.

Kata Siti, minat menyertai pelaburan produk kesihatan timbul selepas mencuba sendiri pengambilan Celergen sejak lebih setahun lalu.

“Saya mengenali produk Celergen diperkenalkan adik ipar, Zaini Muhd Jiwa. Selepas mencubanya berulang kali, ia ternyata memberi banyak kebaikan dan manfaat kepada dalaman dan luaran diri.

“Sehingga kini, kami sekeluarga termasuk suami dan ibu mentua berterusan menggunakannya.

“Saya mendapati produk ini mampu memberi tenaga tambahan, membuatkan kecergasan diri meningkat dan menambahkan keceriaan menjalani tugasan seharian yang sentiasa sibuk.

“Lebih menarik, saya turut memberikan sekotak produk berkenaan kepada rakan baik dari Indonesia, Kris Dayanti (KD) dan dia menyukainya.

“Buat masa ini, saya merancang memperluaskan produk berkenaan di Indonesia. Hajat masa depan, mahu memperluaskan perniagaan tetapi masih mengekalkan aliran dalam bidang kecantikan dan penjagaan kesihatan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Sity Avita, Sabtu lalu.

Turut hadir, rakan niaga Sity Avita diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Lee Xiang Yin; suami Siti, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa serta pelakon dan ahli perniagaan, Datuk Shah Rezza.

Impian Siti selepas ini membuka pusat kecantikan sehenti bukan saja untuk wanita, tetapi juga lelaki.

Katanya, ini antara usaha dan inisiatifnya untuk mencapai matlamat bergelar usahawan wanita selepas mencapai impian sebagai penyanyi sepanjang 15 tahun.
“Alhamdulillah, sejak produk SimplySiti dilancarkan, golongan lelaki semakin menyedari dan mengambil berat terhadap penjagaan kesihatan mereka.

“Mereka mula faham pelbagai faktor boleh menyebabkan diri mereka mengalami proses penuaan sebelum tua,” katanya.

Sity Avita mula beroperasi di Malaysia sejak 2008 dan kini bertapak di Singapura, Taiwan, Jepun, Australia, Hong Kong, Filipina dan Indonesia. Selain amalan kesihatan menggunakan produk penjagaan kulit dengan jenama SimplySiti, Siti yakin kejelitaan dan keremajaan berpunca daripada makanan diambil.

Kata Siti, peminatnya memberi sambutan yang cukup baik sejak SimplySiti berada di pasaran dan ini juga menjadi motivasi kepadanya dan juga peminat.

“Untuk itu, saya mahu sama-sama berjaya bersama mereka terutama melahirkan usahawan wanita. Jika ada yang hendak menceburi perniagaan bersama Sity Avita ini, saya mengalu-alukan penyertaan mereka,” katanya.

Mengenai reaksi peminat dengan pengumuman terbukanya untuk berundur daripada pertandingan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) yang akan berlangsung April tahun depan, Siti hanya tersenyum.

Katanya, pada mulanya memang sukar untuk mereka terima keputusannya itu dan tidak semua peminat yang dapat menerimanya dengan hati terbuka.

“Mungkin mereka sudah biasa kerana wujudnya kemeriahan sepanjang satu bulan untuk proses mengundi kategori pencalonan Siti. Apapun, Siti sudah memberitahu hasrat berkenaan sebelum ini. Saya yakin mereka dapat menerima keputusan ini seadanya,” katanya.


Aku sangat terkesima dengan keputusan yang Siti buat untuk tidak menyertai ABPBH lagi..lepas ni mesti suram sikit kan ABPBH sebab Siti tak juin..sebab aku rasa ramai yang nak tengok Siti ja kat ABPBH tu..hehe pandai-pandai ja aku ni...apa-apa pun kita nantikan ABPBH 2010..

Kawan aku pun tercalon untuk kategori Penyanyi Wanita Popular..sapa yang tahu pasal kawan aku tu diam-diam je lah..yang tak tahu, kalau tak nak ambil tahu pun takpa..
Kalau nak tolong vote sekali pon boleh.. =D

Aku pun turut terinspirasi dengan kejayaan dia jugak..makin menempa nama pulak sekarang ni..tapi tak boleh lawan dengan Dato' Siti la, artis tersohor negara..apa-apapun aku doakan dia berjaya dalam apa yang dia lakukan dan dapat masuk pencalonan akhir untuk Penyanyi Wanita Popular ABPBH 2010.. ('',)

Ade pulak muka aku kat sensasi selebriti..

Credit to www.budiey.com

Ni cite lama dah ni..saja nak memeriahkan blog aku ni jadi aku pon letak la kat blog aku ni.. =D

Boleh jugak jadi kenangan untuk aku kan..satu hari nanti mana tau boleh tunjuk kat cucu-cucu aku zaman tua bangka aku nanti.. InsyaAllah kalau umur panjang.. heeee

Gambar aku ada 2 keping je pon..yang lain-lain semua gambar ija, gambar ija ngan kakak dan adik dia, dan dengan ahli-ahli rombongan yang lain..

Ni semua pasal pegi beijing la..aku ni mengikut jugak pegi beijing tu..saja seronok-seronok berjalan..kalau ada sapa-sapa yang berminat nak p melancong boleh la contact aku..awal disember ni travel agent yang sama buat pegi surabaya..pastu tahun depan pegi bandung dan jakarta..bulan jun 2011..

Kalau nak tengok gambar-gambar itu, silalah klik budiey.com

Ni gambar dari koleksi aku sendiri..

cuba cari aku kat mana? hehe

Aku dah pernah buat entry pasal pegi beijing ni..nak usha? tekan SINI..

Haritu dalam majalah wanita keluaran bile ntah (tak ingat dah) ada jugak muka aku tersepit kat celah-celah ramai orang tu...aku ada beli majalah tu, tapi tertinggal di langkawi..sekarang aku kat kampung..al-maklumlah cuti sekolah..aku kan pelajar lagi, time cuti sekolah aku pun cuti la..ahak ahak..


Ok, itu sahaja..sekian terima kasih.. ('',)



Sunday, November 28, 2010

REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN ASHAARI


Nak kena redah jugak? haa klik lah SINI

Aku suka baca 5 entry ni kat blog En. Ben Ashaari


Gee Berdating dengan sape tu? Auwwww



Gee Jah berdating? ohh tak de maknanya..mana main dating-dating ni..ahaks...

Abes tu yang sebelah engkau tu sape?

Ha meh sini nak bagitau...kalau korang pandai korang teka la dulu..

Yang tengah berselera makan kuih siput itu la dia anak sedara aku a.k.a anak akak aku..kalau orang tengok macam boyfren aku pon ade kan..dengan misainye itu, matured la konon..baru ambik spm tahun ni...

Anak sedara aku ni dok taiping..sebab kenduri sepupu aku, kakak aku sekeluarga datang ke Kuala Muda, rumah maksu aku ni..

Sampai-sampai ja rumah maksu aku, orang-orang di situ suruh bawak mak aku pegi masjid tengok majlis akad nikah..

Masjid pulak berhadapan dengan laut..disebabkan aku tak pakai baju kurung aku lepak la depan laut ni dengan anak sedara aku...



Lepas selesai majlis akad nikah kami pon pulang bersama dengan anak dara dan anak teruna
dah sah menjadi suami isteri..tahniah!

Ha! aku nak imbas balik masa mula-mula nak bertolak...

Tengok kereta aku ni penuh dengan barang-barang..almaklumlah nak pegi tidur rumah kenduri..

Eh ternampak di situ huruf P..aku ni masih memegang lesen P ye..hujung tahun ni baru habis P..

Dan di situ terlihat teddy bear dan turtle yang cumel..mari kita zoom...

tu dia teddy bear hadiah konvo aku..telah diconteng oleh tuan yang memberi..

ini pon hadiah konvo..diberi oleh seseorang..hehe

Kalau korang perasan jugak, ada bunga telur dalam bonet itu myvi..bunga telur tu aku beli kat padang besar hari tu..ada entry kat SINI..aku terberkenan pulak bunga telur berbentuk buah epal ni.. kiut miut pulak...


Okeh, seterusnya aku nak bercerita semasa aku berada di rumah kenduri...

Malam kenduri tu, aku sekeluarga termasuk mak, kakak dan adik aku memang bertungkus lumus membantu apa-apa yang patut di dapur..memang sibuk lah..tak menang tangan..sebab malam tu ada marhaban dan persiapan lain seperti memasang tirai dan menghias bilik pengantin..


Selesai tugas di dapur, aku pon bermain-main la dengan budak kecik yang cumel ini...


Pada keesokan hari yakni masa hari kenduri, aku banyak jadi baby sitter je..dan membantu apa-apa yang patut...

Sorang, sorang aku kena mengasuh..hehe..besh jugak jaga budak-budak ni..

Baby yang bawah ni namanya Nur Qasdina..geram giler kat dia ni..comey betol..anak kepada sepupu aku..


mata boolat + bulu mata lentik..

dalam ati dia: tahu la ceq ni comey..banyak pulak tangkap gambar ceq..

Kemudian, si baby ni nak menyusu..aku pon susukan lah dia dengan botol susu dia tu..


Bila nak ada anak sendiri ni..hehe

anak-anak sedara aku pon menyibuk jugak nak bergambar...

dia nak minum susu lagi..

Seterusya baby lain pulak aku mengasuh..baby ni dia merangkak merata-rata di halaman rumah..so aku pon ambik lah dukung dia...

debab ini budak..lupa nak tanya dia nama apa..

penyebok2 yang turut nak bergambar..

Next adalah anak abang aku sendiri yang sampai pada hari kenduri..mak ayahnya nak p makan, so aku lah jadi baby sitter si akhyar auliya ni..

tengah moody ni..taknak tenyum..

dia nak makan kuih..mari kasi dia makan..

nyum nyum...cedapnye tuih ni...

hahak..makan sampai belemoih mulut..

Abes dah cerita pasal mengasuh..

Nak cerita pasal majlis kenduri pulak...

Ini dia penyibuk sudah datang..haha

posing di bilik pengantin

awat aku macam gedix kat gambar ni..tak sabar nak kawen ke??

ini dia khemah majlis kenduri ini..cantik jugak tema oren ni..

pengantin sudah sampai..cak kepong pang bunyi kompang

santapan pengantin bakal dimulakan..

Masuk kepada hantaran pulak..aku nak tunjuk antara hantaran-hantaran dari pihak lelaki yang telah memukau aku..kalau aku kahwin agak-agak dapat hantaran macam ni tak? ohh berangan sajalah gee jah oi..

ini beg jenama Polo..

wow ada handset dah jugak jam bonia..

Mak Aih ini barang-barang Estee Lauder yang confirm mahal nih..

Huh banyaknya gambar aku letak kat entry kali ni..penat gak nih..haha takpa, untuk blog punye pasal..

Masa tengah-tengah majlis tu sempat lagi aku sekeluarga pergi dekat laut..memang laut ni dekat sangat dengan rumah maksu aku..anak-anak sedara aku memang terloncat-loncat nak pegi laut ni..nak tak nak kena bawak jugak lah depa ni..

seronok la budak-budak ni dapat pegi laut..

ecece sempat lagi posing..

Begitulah cerita aku yang entah apa-apa..ok, cekian..bye!

Adoii..Hangin woi camnih...

Bagi salam la dulu..sejuk sikit hati ni..hehe

Assalamualaikum...

Alkisahnya tadi aku keluar dengan mak aku pegi beli barang-barang kedai..sapa yang taktau lagi pasal kedai aku boleh klik SINI..

Perjalanan pon bermula..aku pon reverse la kereta aku..aku pulak jenis yang buka cermin tingkap masa mula-mula perjalanan..aku tak suka buka aircond lagi..ni kawan aku la bagi petua..katanya untuk menjaga enjin kereta..dalam 1 km kereta bergerak barulah on aircond..apa salahnya kan aku aplikasi..

Masa dekat simpang nak ke jalan besar, aku ter bau wangian yang begitu menusuk kalbu..tau tak bau apa? bau tahi kucing weh! memang sah terlekat di tayar kereta aku! kucing yang berkeliaran kat rumah aku tu suka hati ja buang najis mereka merata-rata..tu la aku tak berapa suka bela kucing ni..aku suka tengok kucing kawan-kawan aku ja..bab nak bela kucing ni memang aku allergic sikit..

Aku cuma bela hamster saja..nak tengok kisah hamster aku tekan SINI..

Sambung balik pasal tadi..bila bau ja wangian itu, aku pon dengan serta merta sakit kepala..adoi, stress terus..hehe..aku ni tak boleh stress, kalau stress terus kepala aku sakit..

Kalau kat UMS dulu, bila aku sakit kepala ada sorang kawan aku ni suka bagi cokelat cadbury blackforest..coklat kesukaan aku tuh..bila makan cokelat ni terus hilang stress..hebat betul penangan cokelat ini..

Sekarang ni kawan aku tu duduk jauh..kalau duduk dekat-dekat ni kalau dia tahu aku sakit kepala mesti dia bagi coklat blackforest ni..perasan betol aku ni..hee..thanks mu yang suka bagi cokelat itu..nak harap aku beli sendiri memang susah lah..kadang-kadang kalau mengidam sangat baru aku beli..

Pasal kereta aku ni, petang karang la baru aku cuci..aku cuci sendiri la..nak hantar kedai memang bankrap la..dah la baru ja cuci beberapa hari yang lepas..baik aku ringan-ringankan tangan dan badan aku cuci sendiri..menyihatkan badan lagi tu...

Kena tonyoh tayar yang melekat tahi kucing itu dengan sekuat hati..eeee geli pulak rasanya..tapi kena buat jugak petang ni..

Tak habis lagi cerita aku ni..tadi kan, masa mak aku pegi beli barang rumah, aku dok dalam kereta ja..bagus betol anak dia ni..bukan apa, nanti dah siap beli barang aku tolong angkat la..malas nak tunggu dalam kedai tu..masa aku nak keluar sorang, mak aku sibuk nak ikut..ha biarkan dia yang memborong..hekhek..

Tu masa beli barang rumah, masa beli barang kedai tu aku turun sekali la..ingat aku terok sangat ka..haisshh..

Ok, masa aku dok tunggu mak aku tu boleh pulak sorang pakcik ni lalu kat celah kereta aku yang sempit tu (ada sikit ruang antara kereta aku dengan kereta sebelah)..dah la sempit ja, dia nak lalu jugak..tengok apa dah jadi kat kereta aku!

gambar ni di ambil bila dah balik rumah (ulang tayang..hehe)

Sabar jela dengan pakcik tu..sampai terpeleot side mirror keta aku tuh..dia nampak je aku dok dalam kereta..boleh dia buat slumber..takpelah, disebabkan aku ni baik hati, aku maafkan aje..nasib baik takdak calar..kalau tak, menangis tak berlagu la aku...

Pastu kan, bila dah on the way balik rumah, mak aku berkata 'laaa terlupa beli milo ngan roti gardenia untuk budak-budak tu..takpala...dah balik dah, nanti suruh abang la beli'

Haissh mak aku ni boleh pulak terlupa..kalau aku lupa dia bising..eh tak da la.. mak aku ni baik, tak bising pon, aku ni yang bising bila mak aku terlupa beli barang (bising dalam hati ja la..)

Aku pon menyinggah la petronas dekat dengan rumah aku tu..aku la yang p beli milo n roti gardenia untuk cucu-cucu kesayangan mak aku tu..nak suruh mak aku beli confirm dia tak boleh masuk kedai mesra petronas tu..mau tak nya, pintu kedai tu pon dah berat..mesti mak aku tak larat nak tolak..hahaha...macam gelak jahat pulak, tak baik betol.. :P

Kat bawah ni aku sertakan gambar kereta aku..kalau sapa-sapa mengapa-apakan dia memang tak tidur malam lah aku..

si puteh kesayangan aku..

p/s: ada sapa-sapa nak bg blackforest tak? nak bagi hilang sakit kepala aku.. :P

Saturday, November 27, 2010

Cinta ibarat kurap..makin digaru makin sedap..hahaha

Ada sesiapa pernah dengaq pepatah ni tak? aku dengaq pepatah ni daripada roommate aku masa aku study kat ums dulu..memang menggelikan hati bila dia sebut pepatah ni..ketawa terbahak-bahak la jugak...hahaha

Takda benda pon aku nak cerita sebenarnya..cuma nak kongsi video lagu kangen band ni..'yakinlah aku menjemputmu'..

Suka sangat lagu ni..aku ada letak kat blog aku sebelum ni..tapi dah buang sebab aku banyak letak video..jadi gangguan pulak kalau nak letak video bila ada lagu ni..so nanti bila dah aku tak nak letak video baru aku letak balik lagu..tapi mungkin lagu lain la pulak...


sebenarnya lagu ini ada kenangan untuk aku...sob2 :(

ahhh lupekan semua kenangan itu!

p/s: esok aku akan update cerita sepanjang aku berada di kenduri kahwin sepupu aku (kelmarin dan hari ini)....ada kisah aku berdating..hakhak.. :P

Friday, November 26, 2010

Saya ikuti segmen: SAYA SUKA BLOG AWAK LA !


SAYA SUKA BLOG AWAK LA oleh Mr. Ben Ashaari

*Tiba-tiba ja aku rasa nak juin segmen ni..lepas tengok kawan-kawan aku juin..tak salah kan tak salah kan aku juin...

SAYA MENGETAHUI SEGMEN INI DARI BLOG Cik RoSS_NiE yang merangkap kawan dan juga ex-housemate saye..

Ok, bawah ni aku list kan 5 blog yang aku suka baca dan skodeng-skodeng dan menempek di blog mereka hari-hari..

Aku suka baca blog Cik Epal ni sebab dia ni sempoi dan kiut-miut orangnya..banyak cerita-cerita lawak dia sampai boleh buat aku tak kering gusi...Pastu blog dia ni simple dan kemas sekemas orangnya..hehe..lagi 1, dia ni suka melayan aku..haish lain pulak ayat aku ni..maksudnya dia tak kan ketinggalan untuk membalas semua komen orang-orang yang komen kat blog dia..termasuklah komen aku...untuk Cik Epal, anda seorang blogger yang sangat rajin... :P

Irine oh irine..Nape la kamu kiut dan comel sangattt...suka tengok gambar-gambar irine ni..Irine ada jugak share tips2 nak berblog, tips pakai inner muncung tu, ha tu yang aku suke..aku pon leh aplikasi kat diri aku ni..thanks irine..Orangnya jugak peramah dan aku happy sebab dia reply gak komen aku kat facebook dia..aku tak mengharapkan dia komen pon tapi bila dia komen rasa terharu jugak..mau taknye, ramai giler follower blog dia nih..hehe gud job irine..

Aku panggil Atin la kat Fatin Liyana ni..comel pulak nama Atin ni..dan secomel orangnya..aku kagum dengan dia ni sebab dia bakal dokter..dalam masa yang sama, aktif berblog..memang rajin sungguh dan mesti pandai membahagikan masa ni..pastu rajin melancong lagi..tolong share kat akak tips2 membahagi masa nih..hehe tiba-tiba pulak...Pastu aku suka tengok gaya-gaya posing dia, dah macam artis pon ade dah..Ok Atin, teruskan berblog walaupun sesibuk mana anda..hehe

Ohh ni lagi sorang yang aku suka masuk blog dia..Cik Nadia @ Puan Nadia ni walaupun umur dah 27, tahun depan 28 la kan..mukanya alalala tak macam umurnya..awak makan ape Cik Nadia? memang awek muda sungguh..dia dan suaminya sama-sama padan dan sama-sama comel bila bergambar...Letak gambar comel-comel lagi ye Cik a.k.a Puan Nadia...

Hai Pia...Aku selalu jugak skodeng-skodeng blog Pia ni..dia ni usahawan berjaya ni..aku pernah beli tudung kat dia..sesape nak beli tudung ke inner ke leh la masuk blog dia..eh sempat promote lagi..si Pia ni orangnya ramah dan stylo gitu..suka tengok dia dressing jugak..banyak tips-tips yang dia kongsi kat blog dia..dan yang paling penting dia pon bakal jadi cikgu macam aku..heheh..


Banyak lagi blog yang aku suka, tapi 5 ni memang terbaikk lah.. :D


Thursday, November 25, 2010

Korang pernah makan maggi dalam cawan/gelas tak?




Haha..ini la kerja kitorang masa bercuti di genting tahun lepas..

Dalam bulan 6/09 aku bersama-sama ngan dira, sue, wahidah dan ida gi round malaysia..hehe...

Kitorang naik flight dari alor setar turun kat kl..jalan-jalan kat kl, tidur di rumah kakak ida dan keesokannya pagi-pagi lagi bertolak ke genting..kitorang sewa kereta dengan drebar nya sekali..masa pegi tu drebar tu antar kat cable car, kitorang naik cable car menuju ke genting..drebar tu memecut keretanya berseorangan dan tunggu kitorang kat puncak genting..drebar tu sebenarnya agen yang menguruskan percutian kami ni..pakej skali ngan hotel dan games outdoor + indoor..

Sampai je kat atas sana terus gi check in hotel then turun main outdoor games..sampailah nak dekat malam baru balik hotel balik..berehat sebentar pastu turun pulak main indoor games..percutian ni sangatlah melawakkan sebab masing-masing bawak duit cukup-cukup aje..so makan pon kena catu..heheh..


Sapa yang ada duit lebih tu dia makan kfc..yang lain-lain tu makan maggi yang dibawak dari kl..betapa tragisnya kan..so lepas main indoor games tu semua pulang ke bilik hotel berehat-berehat, bersembang-sembang sambil makan maggi...disebabkan sorang pon tak bawak bekas @ mangkuk, apa lagi, masak maggi dalam cawan ni je...hahaha

sudu takde, makan guna tangan jela..hahaha

Lepas makan tu, semua pakat lentok..kami kan 5 orang, katil bujang ada 2 ja..kami pon gabung la katil tu..macam korang-korang penah buat la kan..hehe..best nye tidur masa tu..kesejukan sehingga semua nya berebut selimut..

Pagi esoknye tu kitorang bergerak turun ke kl dan seterusnya ke lcct..naik flight pegi terengganu pulak...untuk pengetahuan korang, tiket ni kami beli awal2 lagi, memang murah sangat2..kalau tak silap aku, untuk 3 penerbangan baru rm120..kalau naik bas entah lagi mahal kot..

Sampai kat terengganu dah malam la jugak..terus gi cari hotel..hotel yang paling jimat la..untuk 2 malam..masa sampai kat terengganu ni aku dah tak sedap badan..demam la pulak..so esoknya tu, nak jalan pon takdak mood..time kawan-kawan aku p shopping aku stay kat hotel ja...

Oh ya, kat terengganu tu aku jumpa kawan aku, kawan maya (kenal kat friendster..masa tu mana aktif facebook lagi)..nama kawan aku tu kema..thanks kema bawak dan belanja kitorang makan ikan bakar yang best sangat dan jugak bawak p beli kopok losong..

naik bas bandar kat ganu..

Demam aku pon dah makin bersurut bila nak balik ke kl semula..2 ari kat terengganu tu best la, walaupun demam dapat jugak jalan2 pegi masjid kristal..ok, petang hari ke 2 tu kami semua naik flight ke kl pulak..kat lcct tu la kami bermalam..dah la masa tu femes ngan selsema burung..tawakal jela tidur kat airport tu..tido pon tak jerap sangat..kejap2 terjaga..mana tak nya tido atas kerusi je..huhu...

Esoknya tu, aku, dira dan wahida naik flight ke Penang..su terus pulang ke kota kinabalu dan ida pegi rumah kakaknya di Gombak...Kat Penang kawan aku datang amek dan kebetulan dia nak balik alor setar, aku pon tumpang dia sampai ke rumah...

Begitulah cerita percutian aku ngan kawan-kawan aku yang agak tragis..tapi best la bila ingat balik... =D

p/s: cerita pasal maggi tu sikit ja pon..hehe


naik cable car

gee wif sue

kayuh jangan tak kayuh..

dari kiri : gee, dira, sue & wahidah

seronok! rasa nak pegi genting lagi..jum!

Wednesday, November 24, 2010

Aku di Trek Selebriti..haha


*Sesi imbas kembali kenangan dolu-dolu...

Wakakaka..gelinya ketiak aku bila tengok balik trek selebriti ni..aku dah cakap kat ija kalau kena intebiu dengan jimmy, tolongla jangan ajak aku..aku teman je bolehla...

Awal-awal tu okla masa ija yang di intebiu...tiba-tiba...masa kuar dewan kuliah tu, ija kata jimmy nak intebiu kawan-kawan dia..aku pon dah cuak la ni..

Aku suh kawan-kawan kitorang yang lain gi jawab intebiu tu..aku tolak kawan aku, tapi depa tak nak..depa tolak aku balik..kesian la pulak kat ija..jimmy pon dah tunggu lama tu..nak taknak aku ngan dira pon rela dalam paksa di intebiu..huhu...malu tu taktau nak cerita la camna kan..tengok muka aku pon dah tau..merah padam...

Haish dah berapa juta orang la tengok trek selebriti ni kan..memang malu tu kena tolak tepi la..

Disebabkan berjuta-juta (sampai juta ke? ntah le) yang dah tengok trek selebriti masa disiarkan 2 @ 3 tahun lepas tu, aku download kat youtube dan letak kat blog aku ni...yang tak penah tengok lagi tu jangan tekejut tengok aku..aku memang tak reti nak jawab soklan intebiu tu..nervous la katakan..muahaha...

Jum tengok trek selebriti bersama Heliza.. Kalau nak tengok aku, tengok video ni sampai abes ye...hihi


Apa la pandangan korang kan bila tengok aku kat trek selebriti ni...aku tak kisah la korang nak cakap apa pon..aku memang tak mintak dan tak nak di intebiu...memang dah nak lari pon hari tu tapi tak sempat nak lari..hehe...dah la aku tak wat preparation..kot-kot la depa bagi skrip ka ok la jugak kan...ni main hentam cakap je..tapi sikit je pon di intebiu..aku ni lebih-lebih pulak..haha...

Apa-apa pon ia tetap menjadi kenangan yang indah untuk aku walaupun pahit sebenarnya..tapi yang pahit tu la indah bila ingat balik kan..

Okeh itu saja cerita aku..sekian.. =D

*blushing (>_<)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...