My World

My World

Sunday, February 26, 2012

Senyummmm.. :D


Tima kasih kepada tuan yang tangkap gambaq ni.. tak perasan pulak bila dia snap gambaq kami masa kami tengah amek gambaq sendiri-sendiri.. :D

ok sedia..

 senyum..

 senyum lagi..

ok, done..heheh

dan ini la dia gambar yang terhasil: 
 :D

kek befday yang sangat syedapp..

InsyaAllah, we'll meet again.. :)

Sunday, January 22, 2012

Sahabat Saya..



Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi.
Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.
Ya Allah,
Sahabat ketawa, saya gembira,
Sahabat sayu, saya syahdu,
Sahabat layu, saya pilu,
Sahabat cemerlang, saya gemilang.
Ya Allah,
Kawan saya, sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.
Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.
Ya Allah,
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
Bermusuh kami, na`uzubillah,
Berpisah mati, insyaAllah,
Pengubat hati, do`a rabitah..

Sunday, January 15, 2012

Menceriakan kelas..


Hari Jumaat baru-baru ini, ramai cikgu cikgi dan para pelajar turun ke sekolah untuk sesi mengecat dan menceriakan kelas..yang bahagian mengecat tu kelas aku tak termasuk..cat kelas aku ok lagi..

Kelas bahagian atas sahaja yang mengecat..sepanjang bangunan blok tu..5 kelas yang terlibat..housemate aku yang kena jadi guru kelas 4ICT pun turun padang mengecat..aku pun tolong skali la..hihi


Ni setelah siap di cat keseluruhan kelas..



Dan hari ni pulak turn kelas aku..balut meja smua, hias-hias apa-apa yang patut..ni antara yang kami buat sekali..untuk sudut P&P..


Terima kasih kepada pelajar yang hadir yang tolong cikgu..walaupun ada yang buat kerja sat, rehat sat, buat kerja, rehat, takpalah, nampak jugak hasil..tapi aku rasa aku yang banyak menyumbang..sampai lenguh kaki-kaki..hihi..

Hurrmm teringat zaman sekolah dulu..kalau hias kelas, cikgu tak mai pun..kami-kami ja yang hias..zaman sekarang dah berubah..nak cari yang betul-betul rajin dan semangat tolong cikgu tu ada ja la beberapa kerat.. :D

Tuesday, January 10, 2012

Kerja Cikgu zaman sekarang..buat jadual sekali..


Tadaaa..hebat budak-budak sekarang..cikgu pulak buat jadual bertugas, jadual waktu dan sewaktu dengannya..nasib la guru kelas nya rajin..hihi..



Yeaayy besok boleh lekat kat kelas.. :D

Monday, January 9, 2012

Bermain dengan anak jiran.. :D


Dani yang comel..debab..suka gelak..petang-petang mesti keluar rumah ngan mama dan abahnya..kalau kami keluar, habisla dani, semua pakat berebut nak dukung dia.. :D




ni  masa dani dengan mamanya datang rumah kami..
video

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...