My World

My World

Thursday, October 20, 2011

Dah agak dah..mesti kena punya...




Sebelum aku memulakan entry kali ni, ingin aku memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dah selesai pun kursus induksi sistem saraan malaysia (KISSM)..semoga keputusan yang diumumkan nanti dapat memberikan sinar keceriaan kepada aku dan kawan-kawan aku..Aku juga bersyukur kerana dipanjangkan umur dan telah mencapai umur ..... pada 14 Oktober yang lalu.. :D

Ok, nak start cerita yang berlaku sekitar hari lahir aku minggu lepas..housemate aku memang dah merancang sesuatu..nak buat surprise la kunun-kununnya..tapi aku dapat tahu..so dah tak seperais..depa bawak aku makan kat satu tempat ekslusif..anak murid aku pun terlibat dalam perancangan ni..terima kasih kepada semua yang terlibat..








Makan punya makan, tanpa disedari..datang beberapa orang..tau tak depa buat apa? depa nyanyi lagu happy befday..memang aku terkejut..tiba-tiba ja kedengaran nyanyian happy befday yang sangat kuat..rugi tak sempat rakam saat ini..kali ni memang menjadi seperais..

Lepas pada tu, aku ingat selesai la program malam tu..boleh balik camtu ja..rupa-rupanya kawan-kawan aku ni dah plan something..depa siap bawak tepung..masa jalan-jalan kat tepi pantai tu berlaku adegan kejar mengejar dan lawan lari 100meter..huhu..aku ni memang mangsa utama la..tak boleh nak elak..so aku pun membalas balik kepada mereka-mereka yang berkenaan..

Nasib la takdak bawak teluq..kalau dak, habis hanyir kereta aku malam tu..tapi kek pun terkena gak..krim2 aising tu..abes kotoq baju ceq..takpala, sebab befday punya pasal..tapi masa hari kejadian tu belom masuk 14 oktober lagi pun..baru 12 oktober..disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan, tu sebab celebrate awai..

Kemudian, pada keesokan harinya, memang terkena lagi..pertang rabu tu aku pergi sekolah sebab ada latihan hoki..sempena kejohanan hoki yang jatuh pada befday aku tu..so hari khamis tu (13 oktober) lepas ja training hoki, mai seorang budak ni..dalam keadaan yang mencurigakan, terdapat cebisan cat di jarinya..aku dah agak dah mesti nak calit kat aku..

Aku punya la lari dari dia, last sekali kena jugak..sampai bergelut jugak la nak mengelak..apakan daya, terkena lagi..tak pa la..nasib sikit ja cat tu..warna hijau pulak tu...

Pada hari kejadian jugak, ada seorang pelajar aku ni kenakan aku lagi..asyik terkena ja..nasib aku tak menangis ja..huhu..Dan pada malam itu, belom pon sempat befday aku, dah ada yang wish..terima kasih kepada semua yang wish dan mendoakan.. :)

Keesokannya, yakni 14 oktober 2011, berlangsung lah karnival hoki sempena 1 murid 1 sukan..pertandingan ni diadakan sehingga peringkat separuh akhir..dan final akan di bawa pada 2 November nanti..




Selesai peringkat separuh akhir tu, kami semua pun nak menyimpan barang-barang dan peralatan..tapi firasat aku mengatakan memang akan ada something, mereka-mereka telah merancang untuk mengenakan aku..aku memang nak cepat-cepat simpan kayu hoki..ce tengok gambar ni..aku siap angkut semua kayu hoki nak bawak p simpan..dan aku suruh sorang budak bawak motor..






Masa aku pegang kayu hoki tu, geng-geng yang nak mengenakan aku ni dok berkumpul elok ja bawah khemah..aku memang macam nak lari dah..pastu gaya aku nak naik moto, ni memang aku tak sangka la..sebab kawan aku a.k.a cikgu zamzahrina datang kat aku..aku ingat dia nak buat apa, rupanya diketuknya telur kat kepala aku..atoooiii sakit tau tak..start dari situ lah, anak-anak murid aku pun menyerbu..siap baling telur, ditaburnya tepung kat aku..MasyaAllah, dasyat sungguh keadaan masa ni..aku siap cakap, sapa lagi nak baling teluq, tepung, mai lekaih..aku pasrah ja waktu itu..tak dapat berbuat apa-apa..huhu..kesian sungguh...




aku diserbu..




ha kutip jangan tak kutip, pi basuh bagi bersih..


peace..haha


Lepas semua dah menjalankan tugas masing-masing, tiba lah giliran aku pulak..aku pun pi balas balik..dekat sapa-sapa yang sempat jela..ni la antara gambar-gambar pembalasan aku..haha.. (oh ya, masa kempem mengenakan aku ni diadakan, ada 2 jurukamera entah dari mana datang..kedua-duanya guna Dslr pulak tu..dasyat sungguh la..depa ni boleh jadi wartawan..cepat, cekap dan pantas.. :D)


haha..amek..


hasil daripada telur yang melekat di baju aku, aku lap kat motor budak ni yang menjadi dalang utama mengenakan aku..haha


ni lawan-lawan baling ais ketul pulak..


Sememangnya befday kali ini meninggalkan kenangan yang tak dapat aku lupakan..terima kasih untuk yang menjayakan semuanya..walaupun terkena dengan teruk, tidak mengapalah..sekadar main-main, suka-suka..jangan simpan di dalam hati..befday hanya setahun sekali.. :)


huahua, hebat si tikah ni..


Wednesday, October 12, 2011

Epilog silam..





Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...


Best sangat lagu ni..dah berulang-ulang kali jari aku menekan button play untuk mendengarkan lagu yang telah aku upload ni..aku masih lagi di sekolah..dengar lagu sambil-sambil buat kerja, sambil-sambil online.. :D

layan...





Saturday, October 8, 2011

Budak buas jatuh tersembam benjol dahi..



Assalamualaikum..dah lama aku tak mengupdate blog..kesibukan kemelandaan dan ketidaksenangan perasaan..haha apa la mengarut-ngarut ni..

Sekarang aku sedang berada di kampung..minggu lepas pun aku pulang ke kampung jugak..sebenaqnya mak aku tak berapa sihat..terjatuh di dalam bilik air..dah hampir 2 minggu..tapi mak aku tak pulih seperti biasa lagi..dah berubat merata jugak la..aku sentiasa berdoa supaya mak aku sembuh secepat mungkin dan dapat berjalan seperti biasa...Amin..

Semalam rumah aku riuh rendah dengan anak sedara aku..tambah-tambah bila ada oya..abang aku datang untuk bawak mak aku berubat..semua anak-beranak dia ikut..lepas balik dari berubat tu dah pukul 10 lebih..oya ni main-main sampai kul 12 lebih..abang aku pulak tertidur..tapi anaknya ni tak reti-reti nak tidur..oya memang selalu tidur lambat..hiperaktif..

Main punya main sampai jatuh tersembam..benjol dahi ngan hidung dia..teriak kejap ja pastu sambung main balik...

Meh tengok video-video oya.. (maaf lah, rumah memang berselerak tarak, anak-anak sedara ramai..menyimpan pun semak balik..huhu)














haha..'kakak ni' ja yang banyak..mama dia start cakap kakak ni tu..pastu dia kata balik mama ni..pastu aku pun try test..tu yang jadi makndak ni.. :D

Itulah bideo-bideo yang telah dirakamkan..memang banyak..sampai ada yang tak terupload..he..oya dah tau dah makndak dia ni memang suka ambik video dia..lepas ja rekod dia akan tengok balik dan dia ulang-ulang apa yang dia cakap sambil gelak-gelak..sweettt..

Oklah, itu saja cerita budak nakal..last but not least, ini doa untuk ibuku..moga mak cepat sembuh seperti sediakala..

Allahumma rabban naasi adzhibil ba’sa, isyfi antas syaafi, laa syifaa-a illa syifaa-uka syifaa-an laa yughaadiru saqaman.
Ertinya: "Ya Allah Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakit. Sembuhkanlah, Engkaulah penyembuh. Tak ada penawar selain dari penawar-Mu, penawar yang menghabiskan sakit dan penyakit." (HR. Bukhari dan Muslim)

Amin ya Rabbal 'Alamin..


Nak pegi pack barang dan siap-siap untuk pulang ke langkawi..tata..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...