My World

My World

Friday, December 31, 2010

Berjogging + Berphotoshoot di tengah laut + Bergotong-royong membersihkan kawasan rumah



Dah lama aku tak bangun awal semata-mata untuk berjogging..entah kenapa hari ni bersemangat pulak bangun pagi-pagi dan bersiap-siap untuk pergi jogging..

Mungkin tahun baru nak menjelma kot..dan disebabkan Malaysia menang Piala AFF Suzuki, aku pun nak tunjuk kehebatan berjogging jugak.. *tiba-tiba

Dengan muka semua orang yang baru bangun tidur, aktiviti bergambar mesti diteruskan jugak..biarpun mata sembab je kan..




Sebelum pergi berjogging, kami ahli-ahli rumah guru yang beralamat 40** B, membeli bekal makanan dulu..seperti biasa lah, menu nya adalah nasi lemak dan roti canai...


aku dan el membeli roti canai


ain dan zam membeli nasik lemak


Destinasi untuk berjogging agak jauh dari kawasan rumah..so kami pergi ke trek jogging tu menaiki kereta...




Sesampainya di trek jogging, kami berempat mencari port yang best untuk menikmati hidangan pagi..melantak puas-puas sebelum mengeluarkan peluh..he




Bila semua dah ready, bermula lah perjuangan kami untuk berjogging di trek yang cantik di tengah laut ini...

Penghujung trek jogging terletak nun jauh di sana..memang jauh la..agak termengah-mengah untuk sampai ke sana..


bulatan merah itu menunjukkan penamat trek jogging


Di pertengahan perjalanan, kami singgah bergambar dahulu..heheh..
















Pastu dah sampai di penghujung trek jogging, kami pun memulakan sesi photoshoot...












Huh memang penat...aku ni yang dah lama tak jogging, rasa nak tercabut kaki pun ada.. :P

Bila dah sampai rumah, alang-alang dah berpeluh, kami berempat meneruskan perjuangan dengan membersihkan kawasan rumah..maklumlah nak masuk tahun baru..banyak pulak azam baru kami ni..termasuklah nak berkebun..

Aku siap buat batas tanaman untuk tanam pokok..ermm rasanya nak tanam pokok cili la..bila cili tu masak bolehla petik untuk buat sambal belacan..hak...




Kawan-kawan aku ada yang mencangkul rumput, membersihkan lantai dan sebagainya...










Kawasan belakang rumah kami pun dah cerah selepas ditebas...




Berakhirlah perjuangan kami hari ini...sempena nak masuk tahun baru tengah malam nanti, aku nak ucapkan selamat tahun baru..Marilah kita mulakan tahun baru ni dengan azam baru dan semangat baru untuk mengecapi lebih kejayaan dan kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat kelak... =D


Contest Aku dan Kacamata




Ahak2..juin contest lagi..kali ni contest kaca mata lak..yang dianjurkan oleh sedara Mohd Syafiq Rosli ni..

Ini la syarat2 nya:

  • Menjadi follower seikhlas hati yang mungkin (dah jadi lama dah follower dia ni)
  • Memerlukan gambar anda yang memakai kaca hitam..terpulang edit ataupun original (gambar ada kat bawah ni)


  • Tinggalkan link anda di entri ini apabila sudah join dan letakkan gambar banner di sidebar (settle)
  • Tag 2 orang rakan anda



Ok, siap!


p/s: time kasih kat cik liyana yang telah tag saya.. =D


Thursday, December 30, 2010

HIJAB CONTEST DAN GIVEAWAY by SOFFYA ESHOPE.



Assalamualaikum...

Kenapa semenjak dua menjak ni aku jadi malas nak update blog ni..huhu...
sebab mood aku menurun kot..cuti sekolah dah habis..dah kena start keje..he..

Tapi aku kuatkan semangat jugak untuk juin giveaway yang dianjurkan oleh Soffya Eshope..memandangkan hari ni hari last unduk giveaway ni, aku siapkan entry ni malam ni.. :P

Cik Soffya atau dikenali dengan nama Pia ni menganjurkan Hijab Contest & Giveaway..Hijab Contest aku dah juin dah dulu..ada kat fb Soffye Eshope n blog Soffya Eshope..dah tamat pun..n dah ada pemenang..yang pastinya aku bukan pemenangnya lah..he..sapa-sapa yang nak like fan page Soffya Eshope ni leh klik SINI

Walaupun dah nak tutup dah giveaway ni, aku tag jugak 3 orang membe2 aku..


Cepat-cepat la korang juin kat SINI ye.. =D


Wednesday, December 29, 2010

Jawatan ketua panitia sivik sedang menantiku..


(masa meeting tadi)

Itulah jawatan yang aku kena pegang untuk tahun depan..

Disebabkan aku jadi ketua panitia sivik, jadual aku semua dipenuhi dengan subjek sivik..

Jurusan aku kat universiti memang takdak kena mengena dengan sivik..tapi disebabkan sekolah ni kekurangan guru sivik dan kelebihan guru sains, aku terimalah arahan untuk mengajar sivik..he..

Kawan aku lagi best, jadual dia takdak mengajar apa pun.. Cuba tengok kat bawah ni..




Jangan tertipu ya..ismajulian ni kaunselor..jadi memang dia tak mengajar subjek apa pun..jadual dia ni kira halimunan la..sebenarnya jadual guru kaunseling adalah fleksibel..ia ditentukan oleh guru itu sendiri..bila nak buat sesi kaunseling, konsultasi, relief kelas 2 waktu sehari, dan sebagainya..

Setiap guru ada tugasnya masing-masing..selain ketua panitia sivik, ada lagi jawatan lain aku kena pegang..ketua pandu puteri, ajk hoki, ajk kebersihan utk majlis rasmi, dan sebagainya..sapa-sapa yang berpengalaman tu silalah beri tunjuk ajar..aku ni baru setahun jagung jadi warga pendidik ni..kalau ada salah silalah tegur jugak supaya aku dapat belajar dari kesilapan dan memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik..


ain, zam & el...zam tengah kusyuk mencatat minit mesyuarat


Tuesday, December 28, 2010

Sian baby kena demam kuning...


Pagi tadi sebelum aku pulang ke langkawi, aku sempat bawak kakak ipar dan anaknya yang baru lahir pergi ke klinik..anak sedara aku kena demam kuning..tapi sikit saja la..

Cuma kena p cek kat klinik..dan amik darah..kalau teruk baru kena duduk ward..

Sementara tunggu kak ipar aku siap-siap, aku pegang la baby ni..aku memang suka pegang baby baru lahir..


sian baby, kena demam kuning


abang baby pun nak bergambar jugak


auliya (oya) yang belom mandi


keciknya anak sedara aku yang ni


Aku mula dapat anak sedara sejak aku darjah 2..anak sedara aku yang sulung sekarang baru lepas ambik SPM..sapa yang tak tahu lagi berapa orang anak sedara aku mai sini aku nak bagitahu..aku ada 14 orang anak sedara..

Kesemuanya memang aku pernah mengasuh..yang baby pun pernah aku jaga..siap tukarkan pampers, pakaikan baju..tapi aku tak berani mandikan la sebab baby ni lembut lagi badannya..bagi mak aku yang mandikan...Bila dah siap mandikan baru aku siap2 kan baby tu...

Masa dorang dah besar baru la aku mandikan..basuh berak dorang tu sudah menjadi kebiasaan la..huhu...

Best jugak dapat jaga mereka-mereka ni..tapi aku suka jaga depa masa kecik-kecik ja..mai dah besaq, aku dah malas dah..he..bukan apa, bila dah besaq, dah banyak akal, aku tak reti sangat nak melayan..tak pasal-pasal nanti kena lulu ngan aku bila depa cari pasal.. :P

Berbalik kepada cerita baby di atas yang belum diberi nama..aku pun bawak kakak ipar aku dan baby ke klinik..baby ni tidur ja..langsung tak sedar..masa nurse ambik darah pun dia masih nyenyak tidur..isk2 memang dasat betul dia tidur...

Kakak ipar aku yang seriau bila nurse ambik darah anak dia..aku pun seriau jugak..kesian kat baby tu..baru beberapa hari lahir dah kena ambik darah..

Bila dah siap ambik darah, aku pun letakkan botol yang ada darah tu kat makmal..pastu tunggu keputusan..bila dah siap, nurse tu kata baby tu ada lagi kuning..tapi tak teruk..so besok kena mai klinik lagi untuk cek..

Maksudnya besok pun kena ambik darah lagi..kesiannya kat baby ni...nurse kata sebab baby ni kecik sangat tu yang senang kena demam kuning..baby ni beratnya 2.2 kilo saja masa lahir..memang kecik ja..

Bila dah selesai, aku pun hantar kak ipar aku balik..kak ipar aku duk umah mak dia..umah mak dia ngan umah aku tak jauh..dalam 5minit sahaja..abang dan kak ipar aku ni kawan 1 sekolah..bercinta sejak sekolah la ni..he

Masa dah sampai rumah, kakak baby ni, auliya nak ikut aku balik umah..meronta-ronta dia nak ikut..aku dukung sekejap la..pastu mak chack dia ambik dia..menangis la jugak..


oya dah comel dah lepas mandi


Kalau ikutkan memang nak bawak dia balik umah aku ja..tapi aku pun dah nak balik langkawi, nanti takdak sapa nak mengasuh dia..mak aku pun dah tak larat..budak ini nakal ooo..

Sampai ja kat rumah terus aku capai beg dan pergi jeti nak balik langkawi..kawan aku, namie yang hantarkan kat jeti..pastu jumpa la geng-geng aku yang nak balik langkawi sekali...

ini la geng wondergurlz..




Esok kena bangun awal nak pergi meeting..adeh malasnya dah nak mula sekolah ni..huhu..camna pun kena ada semangat jugak..nak tahun baru ni aku kena tanam azam baru..

Ok, nak pergi tanam semangat untuk meeting esok dengan menidurkan diri..he...bye2..


Monday, December 27, 2010

Kenduri kahwin terakhir yang aku pergi untuk tahun ini..


Tadi ada kenduri lagi..kali ni dekat baling pulak..memang jauh jugakla perjalanan nak pergi kenduri ni...

Aku pergi ngan kawan aku tak lain tak bukan, cik hanie..Sampai kat rumah kenduri memang dah lewat petang..tetamu pun dah kurang..memang segan jugak la..tapi redah jela..alang-alang dah sampai...

Aktiviti wajib yang dilakukan adalah bergambar..hehe












Aku sampai kat rumah dah pukul 6 lebih..lepas solat aku rehat-rehat la dalam bilik..tetiba ada dengar suara yang macam kenal ja ketuk pintu bilik aku...

Rupanya kawan aku yang baru dapat kereta ni datang nak menayang keretanya..dia datang dengan hanie..


kebetulan pulak semua berpakaian merah


Pastu dorang ajak aku keluar kejap..pergi Alor Setar Mall..aku pun test la drive kereta namie ni..seronoknye dapat drive kereta baru..huhu


peace!


Itu saja cerita aku hari ni..aku sangat mengantuk sekarang ni..letih bangat..baju pun lom packing..tengahari esok dah nak balik langkawi..pagi esokla aku packing..ok, daaaa....


Sunday, December 26, 2010

New Born Baby..26.12.2010





Ya Allah..comelnya baby ini..sungguh indah ciptaan Tuhan..aku kecik-kecik dulu pun macam ni jugak kot..hakhak..perasan je.. Semua bayi yang dilahirkan semua comel kan..aku memang suka tengok bayi yang baru lahir...

Selamat datang ke dunia baru untuk baby di atas..nama baby ini belum ada lagi..baru dilahirkan tengah malam semalam jam 12.40a.m..belum pun cukup umur 1 hari...abang aku belum memberi nama lagi..

Agaknya apa la nama yang akan diberi..anak sulungnya diberi nama Amir Afiq..yang kedua Muhammad Arif Ikhwan, ketiga Akhyar Auliya..dan yang ini mesti pangkal nama bermula huruf A jugak..tapi kat depan ada Muhammad la..

Banyak nama yang bermula huruf A ni..contohnya Alif, Akif, Afif, Aiman, Adib, Adam dan banyak lagi..tapi Adam kakak aku yang sulung dah letak kat anak dia..entahla abang aku nak letak apa..wait n see je lah..

Tadi sebelum pegi tengok anak sedara aku yang baru lahir ni, aku pegi cari hadiah dulu..cuba teka aku beli apa?

-
-
-
-
-
-

jeng jeng jeng...

aku beli 1 set baju dan seluar...




pening jugak nak cari..last sekali aku terbekenan yang di atas tu..bolehla kan...harga pun berpatutan..hehe

Ok, tak mau cerita banyak2, meh kita tengok gambar baby ni dan aksi-aksinya...


mak aku menggendong cucu barunya




mak sedara ni pon sibuk gak nak pegang..


nyenyak nya dia tidur


putihnya baby ni..sangat berbeza ngan kulit aku..


macam-macam gaya dia tidur


ni macam gaya nak takbir je..baby nak solat ye...


Ok, habis dah gambar baby..ni aku nak letak gambar kakaknye pulak..yang baru berusia 1 tahun 5 bulan..nampaknya baby dan kakaknya beza setahun je la..kakak baby ni sangat hiperaktif dan nakal..aku ada cerita pasal budak nakal ni kat entry SINI dan SINI..



tengok tu, siap jelir lidah..isk2..


asal muka monyok tu?


tengah main handset aku tu..


apa pandang-pandang shaye hah?


purse aku pulak di ambilnya


tengok gaya dia duduk tu..ganas tu..he


haha kena buat tanduk ngan aku


dia cari pasal nak pakai suar baby..


dapat jugak kat dia..


Ok, abes entry kali ni..aku nak pegi tengok bola pulak..sama-samalah kita sokong pasukan bola sepak Malaysia...Malaysia boleh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...