My World

My World

Friday, February 22, 2013

2 bulan 10 hari.. :)


Alhamdulillah..dah 2 bulan 10 hari menjadi isteri kepada Encik Muhamad Zaini..bukan 2 bulan 10 hari tu peknen ye..hihi..belum rezeki lagi..

Maaplah, tak sompet nak update blog pasal majlis perkahwinan hari tu..dah bersawang balik blog ni..Syukur ke hadrat Ilahi, majlis pernikahan pada 12.12.12 berjalan dengan lancar skali..bermula dengan pergi makeup seawal jam 10 pagi..

Nak dijadikan cerita, aku pergi make tu aku yang drive..dengan ditemani anak murid aku yang datang dari langkawi..pastu kawan aku a.k.a. bff aku, diera datang dalam pukul 11 lebih..yang lawaknya, masa nak balik rumah, aku baru terpikio, takkan aku nak drive, dengan makeup, dengan baju pengantinnye..tak ke pelik bila nak amek tiket tol nanti..hihi

So hasil perbincangan dengan diera, aku naik kereta dia, tinggalkan kereta aku kat situ..dalam 12 lebih jugakla baru sampai kat rumah..jantung dah berdengup kencang dah..tunggu nak masuk waktu zohor, kami pun berangkat ke masjid Al-Aqla, kampung benua..

Sampainya kat sana, rombongan lelaki dah ada dalam masjid..aku duduk kat luar masjid je..al maklumlah faham-faham jela ye..dengar-dengar gitu je dari luar masjid tu..sampaila dah lepas akad tu, seolah-olah bermimpi dah jadi isteri orang.. :D

Alhamdulillah, setelah mengharungi berbagai-bagai dugaan di saat-saat akhir majlis, sah juga aku bergelar isteri kepada Muhamad Zaini Bin Abdul Aziz..bukan senang nak kahwin..dekat-dekat majlis ada sahaja dugaannye..walau apapun, bersyukur sangat semuanya dah selesai..setiap apa yang berlaku tu ada hikmahnya.. :)

Dan sekarang sudah 2 bulan 10 hari mengharungi hidup bersama incik suami walaupun kami berjauhan..PJJ (perkahwinan jarak jauh).. walaupun jauh di mata, tetap dekat di hati.. >.-

Nanti cerita pasal majlis perkahwinan pulak.. (entry dah basi pun..hihi)

Sekian..(ada sikit gambo masa majlis pernikahan)









Semoga Allah sentiasa meredhai dan memberkati ikatan ini.. Aminnn


<3>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...