My World

My World

Monday, August 29, 2011

Cara-cara membuat keputat palas..


Eh keputat pulak..ketupat la..setiap tahun menjelang hari raya ja, ni la keja aku..buka daun balas..banyak jugak la aku buat semalam..sampai lebih kurang pukul 2..petang kelmarin pun dah buat sikit..mak aku kata nak buat sampai 3 kilo..memang banyak la kena buka daun palas..aku buka sorang memang tak sempat siap..so mak aku pun buka sekali..

Ni la hasilnya..





Meh aku nak ajaq macamana nak buat ketupat palas ni..


1. buka daun palas sehingga menjadi begini..dan luruskannya..


2. jadikan bentuk begini..


3. lipatkan bentuk yang ke-2 tu..


4. pusing 2 kali daripada bentuk yang ke-3..


5. ambil lebihan daun palas tu dan jadikan seperti bentuk di atas..


6. tarik lebihan daun palas tu sehingga menjadi bentuk yang kemas seperti gambar di atas..


Ha camtu la..senang ja..ni namanya ketupat jantan..ada yang salah buat jadila ketupat betina..ketupat betina tu ketupat yang tak jadi..he.he

Semalam jugak, ada acara memakai inai kat rumah aku..anak-anak sedara aku yang nak pakai..so, mak aku tolong gilingkan inai tu..lepas maghrib tu diorang terus pakai..yang kecik-kecik pun pakai sendiri..tak sabar sangat..patutnya tunggu la aku balik dari terawih, bolehla aku tolong pakaikan..tengokla hasil pemakaian inai diorang ni..


ini budak namanya adam...dia pakai 3 jari saja..okla, tak la belemoih sangat..


ini budak namanya fatihah..memang belemoih.. :D.. yang bulan kat tengah tapak tangan tu besaq bukan main..


ini saja-saja punya kes..Asmidah..dia boleh pi buat nama dia pulak..


Seronok betul budak-budak ni bila balik kampung..macam-macam aktiviti depa buat..tambah-tambah bila berkumpul ramai-ramai..rasa macam nak pakai earphone pun ada..hehe..bising sungguh..(anak kakak 5, anak abang 5, = 10, hari raya campur lagi 4 orang anak abang, = 14) habis duit bonus aku nak kasi duit raya kat depa..hihi :D takpa, sekali sekala, bukan selalu semua berkumpul..hari raya saja la nak meriah macam ni..dan hari raya jugak la hari untuk menghabiskan duit (bagi yang dewasa la)..yang kanak-kanak gembira tak terhingga dapat duit raya..

Sempena hari raya yang bakal tiba esok..aku ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafaan kepada semua (kaum keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan sekerja, anak didikku) dari hujung rambut sampai hujung kaki andai ada kekhilafan sama ada disengajakan atau tidak disengajakan..halalkan jugak makan minumku..

Semoga 1 syawal ini diberkati olehNya dan kita dapat meraikan bersama-sama dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan..

Sekian...


Sunday, August 28, 2011

Shopping Raya..



jum pegi shopping raya...


MasyaAllah..ramainya orang shopping hari ni..maklumla lusa dah nak raya..aku shopping awal-awal lagi..cuma hari ni kena bawak adik ngan anak sedara pulak nak shopping..




Mula-mula kami ke tesco extra..yang baru bukak kat stargate tu..tapi tak menarik sangat kat situ..so kitorang tukar haluan ke alor star mall pulak..adik dan anak sedara aku nak membeli kasut..punyala lama nak mencari kasut yang berkenan di hati..bila dah berkenan tu harga lak over bajet..yang murah-murah tak cantik la pulak..biasa la tu..

Anak sedara aku ni memang berkenan sangat la kat kasut ni..tapi tak cukup pulak duit yang diberi mamanya..melihatkan muka dia yang sedih itu, aku kesian pulak..so aku menawarkan untuk tambah yang selebihnya..dia tak mau pulak..segan..so aku kata 'makndak tanya sekali ja ni, kalau takmau takpa' chewah macam garang pulak..saja ja gertak.. :D so dia dengan muka happy nya pun ambil la kasut itu..

Sebenarnya, ada cerita di sebalik kasut tu..mula-mula aku pun berkenan sangat kat kasut yang sama macam anak sedara aku nak tu..cuma aku berkenan putih..dia berkenan hitam..memang hampir terbeli dah..tapi tak jadi pulak sebab anak sedara aku pulak berkenan..bagi chance kat dia jela..lagipun aku ada dah kasut raya yang dikitar semula dari kasut keja yang jarang-jarang pakai.. :D

Lepas anak sedara aku dah test2 kasut tu & dah dapat saiz yang dikehendaki, kami pun menuju ke kaunter..nak bayaqla..tengok-tengok panjangnya barisan..so aku suruh anak sedara aku yang beratur, aku pi jalan-jalan tempat lain..hehe..




Aku beli apa hari ni? tak beli apa-apa pun..sebab kelmarin dan kelmarin dulu dah beli..kalau beli jugak, makan megi la bila dah start keja nanti..hihi

Ok, tu ja cerita aku..jum kita pi main masak-masak pulak.. :)


Saturday, August 27, 2011

Memasang lampu lip lap lip lap..


Lampu lip lap lip lap..lawak ja bunyi nya..tapi itula nama panggilan untuk lampu yang berkelip-kelip yang ramai orang pasang masa nak raya..entah apa nama sebenarnya aku pun tak tahu..

Kalau bab pasang-memasang ni serah kat kaum lelaki jela..aku boleh ja nak panjat memanjat ni, tapi banyak kerja lain lagi nak kena buat, so suruh ja anak sedara aku gantungkan..hehe

Lampu ni abang aku yang belikan..ingatkan colourful..rupanya 1 color ja..color oren..hantam sajalah..janji ada..pelita tak pasang pun kali ni..sebab musim hujan..kalau pasang pun memang takkan menyala..jadi, tak payahla pasang..tu yang tukar kepada lampu lip lap lip lap..








haaa..barula meriah sikit rumah aku malam ni bila ada lampu lip lap lip lap ni..tambah pulak dengan pertambahan kaum kerabat iaitu family akak aku dari taiping..memang meriah! :D


Friday, August 26, 2011

Melepaskan rindu kat Azmil Hafiz dan Akhyar Auliya..





Petang tadi abang aku sekeluarga datang berbuka kat rumah aku..apa lagi, memang hingaq bingaq rumah aku..ditambah dengan anak abang aku yang belakang rumah..pastu pulak tadi aku keja dok mengkelai ngan oya ja..pandai cakap sungguh dia la ni..pot pet pot pet.. :D

Yang aku dukung ni adik oya..banyak jugak cerita pasal azmil hafiz ni yang pernah aku cerita kat blog aku ni..antaranya kat SINI dan SINI..

Azmil dah makin buas la ni..tak duduk diam langsung..kalau dukung dia memang boleh lenguh tangan..kalau tengok gambar dia ni, merah-merah kat muka dia dah makin pudar..kalau dulu lagi merah dan ada biji-biji timbul..tapi sekarang biji-biji tu dah banyak yang surut..Alhamdulillah..moga kesan merah ni boleh hilang sepenuhnya..



Aku memang suka main ngan oya..dia ni lain sikit..comey macamana taktau..dengan perangai dan keletah dia tu..comey lah..tengok gambar kat bawah ni..qenyeh sakan sungguh...









Oya sangat suka bergambaq..kalau jumpa dia mesti aku suruh dia posing..yang lawaknya dia nak buat peace..banyak kali dah aku ajaq dia..tapi tak jadi-jadi lagi..kesian..hehe..takpa oya, nanti kita cuba lagi..


ni bukan peace la oya..


jangan kacau adik tidoq tu oya...

Minggu lepas aku balik kampung jugak..sebelum ke KL..abang aku pun datang buka posa kat rumah..tapi time tu oya demam..dia jadi senyap ja..n tak banyak cakap..minggu ni baru nampak semangat sikit..

Tak sabar nak tunggu esok pulak..family akak aku akan sampai dari taiping..mereka anak-beranak seramai 6 orang..penuhla rumah aku esok..bila time berbuka kena buat 2 hidangan makanan..kalau 1 hidangan saja, kena buat bulatan besaq..jenuh nak amik lauk..tu sebab kena buat 2 hidangan..kira ada 2 bulatan la.. :D


Frustnyaaa...



Pagi ini..awal-awal lagi aku dah siap-siap..nak hantar mak aku ke Majlis Khatam Quran..lepas hantar mak aku, aku plan nak pergi bank tukar duit raya..lepas tu mak aku minta tolong pergi bank rakyat sekali..ada la urusan yang aku kena buat..aku pun ok, no problem..

Seawal 7.50 aku dah gerak pergi hantar mak aku dan kawan-kawannya sekali..Majlis Khatam Quran tu agak jauh jugak dari rumah aku..lepas dah hantar mak aku tu, aku pun ambil adik aku untuk menemani aku..mula-mula sekali kami ke bank islam..gaya nak masuk bank, pak guard tu kata kalau nak tukar duit dah tak boleh, dah habis..

Ok, aku dan adik aku pun meneruskan perjalanan ke CIMB bank pulak..aku suruh adik aku pergi tukar duit sebab aku nak mencari parking..dah dapat parking adik aku datang kat aku 'kak, duet habis dah..dah 3 hari lepas lagi..' aku pun kecewa jugak..tapi takpa, kita pi lagi 1 bank..maybank..kalau tak dak maybank, bank rakyat la pulak..

Sampai kat maybank, adik aku pun pergi menguruskan hal pertukaran duit..aku pulak ke bank rakyat yang bersebelahan maybank tu untuk selesaikan urusan mak aku..aku pun ambil number...

ni la number nya...


'Mak aih, 2040, sekarang baru 2010' aku bermonolog sendirian..aku pun tunggu jela dulu..pastu adik aku datang, dia dapat tukarkan duit..tapi tak semua..yang mana ada saja..syukurla daripada takda langsung kan...

Tunggu punya tunggu sampai 10.30, abang aku call, suruh ambil mak aku..number pada masa tu adalah 2023..so dalam 17 orang lagi..sempat kot aku pi ambil mak aku dulu then pergi bank rakyat balik..aku memecut laju kereta aku tu dan hantar adik aku dulu..kalau bawak adik aku sekali nanti tak muat kereta..

Oh ya, aku ada nak buat plan B..nak ambil nombor tiket baru..tapi..tapi..kaunter tiket tu dah tutup dah..so tak dapat amek nombor baru..ingat nak buat back up la..kalau terlepas nombor 2040..

Lepas ja hantar adik aku, aku pi ambil mak aku, pastu hantar mak aku kat rumah, pastu aku terus pi bank rakyat..aku pi sorang ja..dah tak bawak adik aku..masa awai-awai pagi tadi aku pi kereta tak la sebanyak yang aku pi kali ke-2 ni..MasyaAllah, nak cari parking pun susah..berkerumun kereta..akhirnya dapat la jugak parking..dah kunci kereta semua, aku pun berlari-lari anak ke bank rakyat..agak jauh tempat parking tu..

Dalam hati aku, minta-minta la masih sempat..bagi la nombor 2038 ke 2039 ke..janganla nombor 2040 lagi...tau tak apa yang terjadi?? sesampainya aku dekat pintu bank rakyat tu..jeng jeng jeng...

Luluhnya hati aku memandang nombor kat skrin tu..sob2..sadis, kuciwa semua ada..nombornya dah 2045..dah terlepas 5 nombor..aku dengan muka yang agak sebak, terus menuju ke kereta dan pulang ke rumah..rasa macam nak menyebai pun ada..dengan nak balik tu kereta banyak, jem nenas sungguh..pastu aku ingat bila dah sampai rumah nak cakap kat mak aku tak nak pi dah bank rakyat tu..tapi bila aku fikir urusan tu penting bagi mak aku..so aku tak jadi cakap camtu..aku cuma mengadu apa yang terjadi..dan aku cakap petang nanti aku pergi lagi..nak pergi naik motor la..senang sikit parking...

Tapi sekarang ni hujan pulak..so tengok keadaan nanti..lepas zohor kalau tak hujan aku naik motor, kalau hujan, naiklah kereta..harap-harap nanti urusan aku dipermudahkan..sebenarnya apa yang berlaku ni Allah nak uji kita..nak tengok tahap kesabaran kita..nak tengok macammana kita tangani emosi kita..Alhamdulillah pasal duit raya tu dah settle..walaupun kena pi sampai 3 bank akhirnya dapat jugak tukar..Pasal ke bank rakyat tu, apa-apa pun yang terjadi, aku kena sabar dan tabah..kalau kena tunggu berjam pun aku akan tunggu..so, chill.. :)




Sumber imej: google image & handset sendiri.. :D


Thursday, August 25, 2011

Kad Raya oo Kad Raya..


Aku dok cari lagi sapa yang bagi kad raya kat aku masa kat sekolah tadi..budak tu bukan bagi terus kat aku..dia kirimkan kat kawan aku..namanya tak bertulis pulak..kawan aku pulak tak kenai itu budak..kawan aku ada cakap dia ni pompuan, agak putih, kecik dan tinggi lebih kurang kawan aku tu..sape la hai..students aku ni ramai..jenuh pikiaq..

Ada satu ayat dia yang pelik sikit kat kad tu..yang buat aku mencari-cari sapa dia ni..wondering betul..Erm, tak kisahla pelajar mana yang bagi kad tu..yang pasti aku memang pernah mengajar dia..

Hari ni aku dapat 2 kad raya termasuk kad raya dari pelajar yang tak bernama tu..hari tu dapat 1 dah..jadi semuanya 3 kad raya aku dapat..semuanya dari students..aku nak tunggu kat rumah pulak kot-kot ada yang pos kad raya kat aku..hehe..

Sekarang ni memang susah dah nak dapat kad raya..ramai yang wish guna sms @ fb je..jadi, kalau dapat kad raya tu memang sesuatu yang sangat bermakna..terima kasih kepada pelajarku yang bagi kad raya..like it very much..dan ada yang buat kad raya sendiri lagi tu..kreatif & cantik.. :)

Ha..aku ada dapat duit raya jugak hari ni.. :D bukan duit raya lah..duit hasil aku mengajar tuisyen kat sekolah selama ni..tapi bersyukur sangat-sangat sebab dapat hari ni..Alhamdulillah..aku ingat nak beli baju raya lagi sepasang lah..sebab baju raya aku sepasang ja.. :D

Ada lagi yang aku dapat hari ni..hee..banyak pulak dapat ye..duit jugak..tapi duit lama yang antik..yang terkoyak2 yang menjadi simpanan pelajar aku ni..tapi hari ni dia bagi duit tu kat aku..walaupun terkoyak2, tapi aku suka duit tu..nak buat simpanan hari tua..mana tau bank negara nak duit lama nanti boleh pi tukaq..hehehe..takdela, aku nak simpan je dalam purse aku tu.. :)


siapakah gerangan tuan punya kad ini?


p/s: walaupun taktau sapa yang bagi kad raya ni, i really appreciate it..tq :)


Tuesday, August 23, 2011

Pen kecayanganku..


Akhirnya jumpa jugak pen kecayanganku..Alhamdulillah..dia nak main nyorok-nyorok ja ngan aku..nak menguji aku kot bila kehilangan dia apa perasaan aku ni..

Sedih la kalau hilang betoi-betoi..ni pen aku dapat..bukan aku beli..aku dapat masa aku pi ceramah kat KL..tajuk ceramah tu 'We are beautiful..Allah love us' yang dikendalikan oleh wardina dengan ahli panelnya Dr. Harlina dan Sis Nurul Iman..kebetulan aku pergi KL masa tu untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan aku..petang nya tu sebelum pulang ke Langkawi ija ajak aku pergi ceramah tu..best..seronok dapat menghadiri ceramah tu..banyak input yang aku dapat..dia banyak bercakap tentang wanita..aurat wanita..wanita solehah..

Ceramah tu diadakan di masjid wilayah..ramai gak yang hadir..sebelum masuk ke dewan tempat ceramah tu, kitorang diberi doorgift yang sangatla banyak..sebab depa banyak sponsor kot..2beg lagi tu aku dapat..antara isi kandungannya, buku nota kecik, pen kecayangan aku tu, surah Yassin, susu kambing, hand sanitizer, ubat gigi mukmin, tudung munawwarah, kupon diskaun untuk tudung tu, pastu ada lagi..lupa dah..dah lama dah pun ceramah tu..bulan april kalau tak silap..

Bercerita pasal pen aku ni, warnanya putih..aku memang minat putih..bila dapat pen ni memang suka gila la..kawan aku dapat warna biru..aku ja dapat putih..barang-barang kesayangan aku kebanyakan berwarna putih..handset, kereta aku, purse, jam tangan, laptop ja warna merah, warna putih habis..




Kalau aku guna pen ni kat kelas, mesti students cakap besaqnya pen cikgu..nak jugak..kalau kat bilik guru pun sama..besaqnya pen gee..beli kat mana..nak beli jugak..huhu semua orang berkenan kt pen ni..so jangan la hilang lagi ya pen..sedih mak kalau kau hilang.. :D tapi sebenarnya bukan hilang pun..aku yang terlupa letak kat mana..hihi..

Itu cerita pasal kemarin..aku nak cerita pasal apa yang terjadi hari ini pulak..cerita yang agak sadis..atas kecuaian aku sendiri..aku telah tersalah tengok jadual..aku tertengok hari rabu punya..so aku termiss 1 kelas..kelas form 5 tak da masalah sebab depa masih lagi trial spm..kelas yang form 2 tu..aku nak habiskan tajuk transformation hari ni..tapi sebab kecuaian aku, 2 masa pulak tu burn..sayangnya..

Pelajar-pelajar aku pulak punyala baguih..depa tak mai jemput aku pun..haishh..kot la nak mai tengok cikgu ada tak kat bilik guru..tapi budak-budak ni kalau cikgu tak masuk depa memang suka..bolehla sembang-sembang..biasala tu..

Lepas ni aku kena alert dengan jadual aku..maklumla ni jadual baru lagi bagi aku..tak hapai sepenuhnya..

Ok, masuk cerita malam ni pulak..tadi aku pi berbuka kat hotel helang..atas jemputan sorang anak murid aku ni bersempena ngan befday dia khamis ni..dia jemput cikgu-cikgu ja..10 orang semuanya..thanks jemput cikgu..makan free memang sodap..hehe..hari khamis ni la cikgu wish befday ye.. :D


amboi ain..


geng cikgu-cikgu..


plus sorang anak murid.. :D


penuh makanan kat meja..


sedapnye ais krim goreng..


wif my housemate..


sweet husband & wife..


wif befday gurl...

Oh ya, semalam pun pi berbuka dengan students gak..students yang aku ajar tahun lepas..yang happening giler..hee..tak dak amek gambaq pulak semalam...

Ok itu lah cerita aku untuk 2 hari ni.. Sekian..tata.. :)


Sunday, August 21, 2011

Masak dengan kasih sayang, tak sodap pun jadi sodap.. :D



Aku bukannya pandai masak pun..main hentam ja..tambah-tambah cucuq cempedak..baru 1st time buat..kalau kat kampung, mak yang buatkan..so apa lagi, buat resepi sendiri sambil merujuk kepada resepi internet la..he..

Jadi mai kita tengok komen-komen orang yang makan masakan aku ni..aku dah macam intebiu anak sedara aku ja gaya ni.. sebab perangai ija yang childish ni memang tak boleh dibuang dari dirinya..tambah-tambah bila dengan aku, memang kanak-kanak dia tu menjadi-jadi.. :D

Enjoy this bideo...


Lenkali aku masak lagi untuk ko ye..suke tengok bila ko makan sampai habish..

p/s: aku tengok cerita rona roni makaroni..dalam cerita tu la tak pandai masak pun tapi bila masak dengan penuh kasih sayang, teruih jadi sodap..hehe..entah lah ye..


Saturday, August 20, 2011

Manjadda Wajada dan Masak Memasak..


Pagi tadi aku ke Shah Alam mengekor kawan aku la..sambil-sambil menyibuk nak tengok penggambaran moderator Manjadda Wajada..he..

Susah jugak jadi pengacara ni rupenye..aku yang dok saja pun boleh berpeluh-peluh..tambah la si pengacara yang kena dok tengah panas tu..

Sementara dok tunggu penggambaran selesai, aku sorang-sorang pun merayau-rayau di kawasan sekeliling sambil menekan-nekan button kamera handset aku.. :D




cantik pemandangan kat tempat ni...




dok menunggu tak siap-siap lagi shooting...


akhirnya selesai shooting part 1 baru..ada lagi 2 part..


hos dia dok hapai skrip..


akhirnya, selesai ketiga2 part...


Program Manjadda Wajada ni ditayangkan di TV AlHijrah setiap isnin 9.30 malam..kalau tak buat apa-apa time tu bolehla tengok ye..ia berkisarkan tentang sesiapa yang berusaha pasti akan mendapat ganjarannya...

Selesainya saja shooting tu, kami terasa kepenatan, lantas mahu pulang terus ke rumah..tapi kawan aku ni bagi idea nak main masak-masak pulak kat rumah..teringin sangat nak makan cucuq cempedak..so kitorang pon coping la barang-barang mentah dan tak mentah..

Sampai kat rumah tu rehat sat pastu baru memulakan aktiviti memasak..tapi memasak pun tak berbuka puasa kat rumah..kitorang kena tapau makanan tu sebabnya aku kena berada di airport kul 8.15..so dalam kul 7.15 kitorang dah gerak..

Ok, cerita pasai memasak tu..bukan main lagi orang tu kata nak masak..last skali aku yang masak sengsorang..dia mai tinjau-tinjau kawasan ja..isk2..hehe tak la, aku suruh dia relax2 ja..biaq aku yang masak.. :D

Pastu dah siap semua kan, nak tapau la untuk berbuka dalam kereta nanti..aku nak jugak bawak balik cempedak goreng ke langkawi..ija pun tanya la aku.. 'ko nk letak cempedak katmana nanti?' aku pun jawabla, kat dalam plastik jela...

Okla, pastu aku dok siap-siap dulu..ija dah siap tapaukan makanan..pastu kan kan..aku nampak la dia tapau cempedak goreng dalam balang..siap balang lagi tu..pastu aku pun saja la tanya kot-kot yang dalam balang tu untuk aku..sekali dia jawab 'ko kan nak tapau dalam plastik ja..' terus aku gelak..wakakakak..ko ni kan..apa punya kawan la..dalam plastik je..ko punye dalam bekas, mana aci...hahaha..

Saja ja aku provoke..padahal kalau letak dalam balang tu memang tak muat nak letak dalam bag aku..so saja la nak gaduh-gaduh ngan ija kat situ..pastu aku siap ugut aku nak cite kat dalam blog..dia kata cite la..nanti aku nak komen..haha...haaa sila la komen komen.. :D


ni la tapau ija punye..


Lepas semua dah siap, kami pun bergerak menuju ke airport...


berbuka dalam kereta je...


Ha ni dia makanan yang sempat dimasak petang tadi...


sambal udang..


cucuq cempedak goreng..


sardin..


sotong goreng tepung..


Okla, panjang gak crita aku ni..ngantok dah..kena pi tidoq dulu..selamat malem...last but not least, thanks to ija dan kak zeq yang menghantar aku ke airport..thanks gak atas semuanya..melayan aku sepanjang di kl.. :D daaaa...


p/s: ada video ija komen pasal masakan aku..esok la upload..malam ni line internet slow motion je..lagipun bantal dah memanggil ni...Wassalam..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...