My World

My World

Saturday, October 8, 2011

Budak buas jatuh tersembam benjol dahi..



Assalamualaikum..dah lama aku tak mengupdate blog..kesibukan kemelandaan dan ketidaksenangan perasaan..haha apa la mengarut-ngarut ni..

Sekarang aku sedang berada di kampung..minggu lepas pun aku pulang ke kampung jugak..sebenaqnya mak aku tak berapa sihat..terjatuh di dalam bilik air..dah hampir 2 minggu..tapi mak aku tak pulih seperti biasa lagi..dah berubat merata jugak la..aku sentiasa berdoa supaya mak aku sembuh secepat mungkin dan dapat berjalan seperti biasa...Amin..

Semalam rumah aku riuh rendah dengan anak sedara aku..tambah-tambah bila ada oya..abang aku datang untuk bawak mak aku berubat..semua anak-beranak dia ikut..lepas balik dari berubat tu dah pukul 10 lebih..oya ni main-main sampai kul 12 lebih..abang aku pulak tertidur..tapi anaknya ni tak reti-reti nak tidur..oya memang selalu tidur lambat..hiperaktif..

Main punya main sampai jatuh tersembam..benjol dahi ngan hidung dia..teriak kejap ja pastu sambung main balik...

Meh tengok video-video oya.. (maaf lah, rumah memang berselerak tarak, anak-anak sedara ramai..menyimpan pun semak balik..huhu)


video


video


video


video


video


video


haha..'kakak ni' ja yang banyak..mama dia start cakap kakak ni tu..pastu dia kata balik mama ni..pastu aku pun try test..tu yang jadi makndak ni.. :D

Itulah bideo-bideo yang telah dirakamkan..memang banyak..sampai ada yang tak terupload..he..oya dah tau dah makndak dia ni memang suka ambik video dia..lepas ja rekod dia akan tengok balik dan dia ulang-ulang apa yang dia cakap sambil gelak-gelak..sweettt..

Oklah, itu saja cerita budak nakal..last but not least, ini doa untuk ibuku..moga mak cepat sembuh seperti sediakala..

Allahumma rabban naasi adzhibil ba’sa, isyfi antas syaafi, laa syifaa-a illa syifaa-uka syifaa-an laa yughaadiru saqaman.
Ertinya: "Ya Allah Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakit. Sembuhkanlah, Engkaulah penyembuh. Tak ada penawar selain dari penawar-Mu, penawar yang menghabiskan sakit dan penyakit." (HR. Bukhari dan Muslim)

Amin ya Rabbal 'Alamin..


Nak pegi pack barang dan siap-siap untuk pulang ke langkawi..tata..

No comments:

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...