My World

My World

Saturday, April 5, 2014

Kehidupan sebagai seorang warden..


Assalamualaikum wbt..

Setelah sekian lama jariku tidak menari-nari mengarang cerita di papan kekunci laptop ku ini.. Akhirnya, pada tarikh 5.4.14 jam 1.14 pagi..memandangkan mata yang masih cerah, secerah mentari pagi..terasa mahu menulis sesuatu yang ingin dikongsi..

Saat dan ketika ini, aku berada di kampung halaman, bersendirian di hadapan tv, melayan bola Pulau Pinang melawan JDT2..siaran ulangan entah yang bila..layan saja..tengah-tengah malam begini perut pun berkeroncong, baru sudah makan nasi dengan masak lemak ketam..haha sodap sampai menjilat jari..

Hari ni dah masuk hari sabtu, petang sabtu aku akan pulang ke rumah kediamanku 3 tingkat di SMK Pokok Sena..wahh hebatnya rumah sampai 3 tingkat kan..haha..anak-anak ramai sampai 50 orang..tu rumah sampai 3 tingkat.. :D

banglo 3 tingkat..haha

Sejak menjadi warden mulai 1 September 2013, kehidupanku telah banyak berubah..yang dulunya boleh dikatakan lebih relaks..apapun aku tetap bersyukur diberi kepercayaan untuk menjaga 50 orang pelajar yang aku belum kenali..terasa sesak nafas juga apabila diarahkan untuk memegang jawatan ini..bermacam-macam terlintas di fikiran, risau, takut pun ada..

Alhamdulillah, kira-kira 6 bulan menjadi warden (tolak cuti sekolah hujung tahun) segalanya berjalan lancar..walaupun ada sikit-sikit masalah timbul, semua tu ujian untuk aku menjadi tabah dan untuk menambah pengalaman bagi menghadapi hari-hari mendatang yang belum tahu bagaimana ujiannya..

Pelajar-pelajar semua ok, cuma biasala budak-budak remaja ni macam-macam perangainya..tak kenal maka tak cinta..haha..kena marah tu dah perkara biasa kot bagi depa..please belajar dari kesilapan pelajar-pelajarku sayang..cikgu takkan marah tanpa sebab..

Seawal sebulan lebih jadi warden, aku dah di 'surprisekan' dengan lakonan yang sangat hebat..ya Allah beraninya depa mengenakan aku..apapun terima kasih kerana menjadikan hari itu hari yang bermakna untuk cikgu..tahun ni dekat2 befday, nak lari seminggu dari asrama, takmau kena prank lagi dah..haha macam la boleh nak lari..tolong jangan buat surprise yang bukan2 hokay..tak payah buat terus lagi senang.. :D


tq semua..tq jugak kat incik suami komplot ngan budak2 ni..haha

Cukup sampai sini dulu..banyak lagi yang nak diceritakan..tapi sambung entry lain pulak la..

Sebagai seorang warden dan juga guru, tiada harapan lain melainkan ingin melihat kejayaan anak-anak murid dan mengharapkan mereka menjadi orang berguna di dunia mahupun di akhirat..all the best untuk semua..jadilah pelajar yang baik dan rajin tanpa menimbulkan sebarang masalah di asrama..semoga kejayaan bakal mengiringi anda semua.. :)

^^


-end-



1 comment:

khai artzfar said...

rindunya smkps. tambah - tambah asrama,.banyak kenangan dekat sana. Sampaikan salam cikgu - cikgu dekat sana

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...