My World

My World

Friday, December 7, 2012

Majlis pertunangan.. :) Part 3


Post yang sebelum ni dah tau kan tunang aku muda dari aku..terpulangla orang nak cakap apa..aku tua ka, tak sesuai ka..aku terima..memang jarak umur tu jauh jugakla..

Hmm nape ye aku dapat jodoh muda dari aku..tak perlu pun soalan begitu sebenarnya..itulah perancangan Allah..aku pun tak mintak dapat suami yang muda dari aku..aku rasa salah satu sebabnya aku ni jenis berdikari..kawan-kawan aku pun cakap banyak benda aku boleh buat sendiri..tambah-tambah pulak aku ni seorang guru, boleh la jadi cikgu untuk tunang aku yang muda tu..hihi..

Mungkin la jugak..tunang aku tu pulak tentera..nanti aku banyak kena tinggal kalau dia pergi kursus atau pergi berjuang untuk keselamatan negara..tinggalkan ceq seorang diri..kalau dah ada baby bleh jugak temankan ibunya ni..hihi..haishhh terlebih sudahh..

Eh lupa pulak..sambungan dari post semalam..perhubungan yang terputus di tengah jalan.. ceritanya begini..gaduh sangat, aku pun malas nak teruskan hubungan yang belom pasti ni..aku nak kami diikat dengan pertunangan..dalam cuti sekolah bulan 6 lepas..tapi dia takda pun cakap kat family dia..beria nak akad nikah 12.12.12..sebab tarikh lahirnya gitu..huhu..so kalau dah betol nak nikah 12.12.12, aku harap family dia datang merisik cuti sekolah bulan 6 tu..dia cakap ok, nak suruh mak ayah dia datang..tapi tunggu punya tunggu takdak khabar apa pun pasal nak datang merisik..sampai aku dah nak habis cuti sekolah, dah tak larat tunggu tu sebab aku taknak teruskan hubungan..

Mungkinkah aku mendesak? tak jugak kan, sebab dia kata nak suruh family dia datang..setelah beberapa hari kami tak berhubung, sebenarnya dia ada hubungi aku, col berpuluh-puluh kali kot, aku tak angkat, mesej aku tak balas..tegarnya hati ku..masa tu aku pergi kelantan terengganu kenduri dan bercuti, so aku mensibukkan diri tak pikir smua ni..bila dah balik rumah, mulala mencari seseorang untuk mengadu, tanya pendapat kawan terdekat, orang yang lebih berpengalaman..banyakla nasihat-nasihat berguna yang aku dapat..

Lepas pada tu, hati aku jadi sejuk, dan boleh berpikir secara waras, aku pun mula membalas mesej dia dan mengangkat panggilan telepon..dia minta diberi peluang..aku cakap aku boleh bagi peluang..peluang hanya sekali..'esok kalau family awak tak datang, takda peluang dah selepas ni, sebab saya balik langkawi awal, nak train budak hoki'..begitulah lebih kurang dialognye..hihi..Tup-tup besoknya memang mak ayah dia datang..bincang semualah..pasal bila nak buat majlis pertunangan, hantaran..

Mak ayah dia cakap, dia takda pun bagitau suruh mai merisik..kalau suruh awai-awai dah lama mai..haaa haaa kantoi..nak kawen ngan aku, tapi tak bincang ngan family..mungkin dia segan nak bagitau mak ayah dia kot..dah tu muda lagi, tak sematang aku berfikir..kan dah kena paksa ngan aku..hehe..tak tahu lah apa dalam fikirannya..tapi apa pun, aku sedikit sebanyak memahami perangai dia..kena suaikan dengan pemikiran aku yang lebih tua daripada dia..

Owh ya, masa mak ayah dia bincang ngan mak aku, mungkin lepas raya nak bertunang..tengok-tengok dia kata mak ayah dia nak buat 23 jun..aku dah kat langkawi masa tu..buka sekolah kan 17 jun, aku tak prepare apa-apa pun..dah dengan sibuk lawan hoki time tu..19-21 jun hoki mssd langkawi..memang aku burn teruk..huhu..hari jumaat, 22 jun baru aku balik kampung, baru la p cari barang-barang nak buat hantaran..5 barang sahaja, pihak lelaki bawa 3..kak, kak ipaq, sepupu aku bagi barang untuk hantaran.. jumaat tu pulun siapkan..kakak aku yang kat perak pun balik..aku amek cuti rehat khas hari ahad sebab tak sempat nak kejar feri petang sabtu tu..

So selesailah majlis pertunangan aku..semuanya berjalan lancar..Alhamdulillah..encik tunang aku tak datang masa tu..dia kat dalam hutan..hihi..dengan itu, berakhir dah la cerita aku dari mula perkenalan sampailah pertunangan.. cerita lain selepas ni aku akan update lebih kepada persediaan nak kenduri.. :) kalau berkesempatan..insyaAllah..

my mother in law to be..heheh

tersangat lah simple..

kek durian, kak aku bawak dari taiping..

yang ni kak ipaq aku bagi..

ni sepupu aku bagi.. (banyaknya kek..hehe)

yang ni kak ipaq aku sorang lagi yang bagi..

ni saja yang aku beli, beli kat langkawi la..hihi

owh, sungguh gelap time ni..burn sebab hoki..

Ok, itu sahaja untuk post kali ini..semoga selamat semua hendakNya..aminn..

No comments:

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...