My World

My World

Monday, December 3, 2012

Cinta adalah Anugerah Allah.. Part 1


Assalamualaikum..

Ku mulakan penulisan hari ini dengan persoalan dari mana datangnya cinta? ia merupakan satu tanda tanya yang tak dapat aku nak rungkaikan dan tak dapat aku nak jawab..hihi.. sebenarnya ia adalah Anugerah dari Allah SWT..

Setiap perempuan mahupun lelaki yang dah bersedia untuk mendirikan rumah tangga sudah pasti merencanakan sesuatu untuk dirinya..begitu juga aku..aku berkawan dengan lelaki bukan cuma sekadar berkawan, melainkan kawan-kawan sekolah, tempat kerja, fb, twitter, blog dsb..yang ni kawan dalam bracket..heheh..aku tetapkan tujuan..nak mencari calon suami..

Setelah beberapa kali gagal dalam mencari pasangan hidup ni (macam banyak kali ja kan..hihi), aku nekad dah malas dah nak mencari cinta..kalau nak berkawan dengan aku, direct aku cakap, aku bukan nak cari boypren, aku nak cari suami..

SEPTEMBER 2011..
Adala si polan sorang ni..nak berkenalan dengan aku..dekat fb..ni pun kawan aku yang memperkenalkan aku kepada dia..yang si polan ni pi tanya kawan aku, ada tak kawan-kawan bujang..kawan aku ni dah kawen pun..kawan aku pulak tak bagitau apa-apa pun time tu..huhu

Aku ni kadang-kadang main approve ja fren kat fb tu, dah nak berkawan kan..sekadar menambah kenalan..aku pun approve jela si polan ni..dia start mesej aku..aku tengokla details dia kat fb..hmmm awal-awal lagi aku dah reject..haha..kenapa? nanti kita sambung part 2 pulak..  :D macamana aku boleh terima dia dan si polan ini lah yang bakal menjadi suami aku tak lama lagi.. hihi.. InsyaAllah..


9 days more.. :)

3 comments:

Adib Hussaini said...

alahai bru nk baca smpai abih..aiyaa

Cik Puan Tqah said...

oh oh.. cepat gee.. nak tau niee

I'm SUPERAZ said...

cikgu cepat sambung nak tahu hehehe, tahniah cikgu. saya mintak maaf x dapat pegi kenduri ckg nanti sbb sy kena pi kl. hanya doa je saya mampu kasi :D

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...