My World

My World

Thursday, December 6, 2012

He's younger than me? Part 2


SAMBUNGAN DARIPADA PART 1.. kenapa aku reject dia?

Haha..awal-awal lagi dah kena reject..sebab apa? sebab dia muda daripada aku..memang nampak muda pun..tengok-tengok gambar dia kat fb, aku pun bermonolog sendirian 'tak boleh ni, tak boleh kalau nak berkenalan pastu nak series..muda kot' 

Nak tau muda tera mana? haha.. i'm 25, he's 23..masa tahun lepas la..tahun ni aku 26, dia 24..tapi muda kan..alaahaai..yang aku agak terkejut, dia satu sekolah ngan aku dulu..means, aku form 5, dia form 3..tapi tak penah lak aku kenai dan perasan masa sekolah dulu..huhu

Ok, sambung balik..kalau dah reject kenapa aku terima dia pulak? itulah jodoh namanya..ada la something yang dia buat.. sebenarnya bila berhadapan dengan dia, tak nampak sangat dia muda..macam sebaya dengan aku saja..sebab aku awet muda kot..hihi perasan pulak.. 

Sebelum berkenalan lagi, aku dah cakap aku nak cari seseorang yang serius, nak jadikan aku isteri yang sah..kalau sekadar nak kawan sahaja tak perlulah..dan kenala mai jumpa mak aku..dan memang dia datang rumah aku jumpa mak aku..owhhh ini sudah terlebih berani..

Mula-mula susah jugak nak kenai-kenai pun..aku selalu pikiaq yang dia muda dari aku..macam tak boleh nak go on ja..tapi dia akan marah bila aku bercakap soal umur..lepas tu aku slow2 anggap yang dia sebaya atau lebih tua dari aku..dalam tempoh perkenalan ni, aku bagi masa untuk kami sama-sama kenal dengan lebih dekat untuk mencari keserasian sebelom beranjak ke step seterusnya..

Aku tak nak ada hubungan yang tiada ikatan..kalau dah series, aku nak bertunang.. aku ada bagi syarat..kalau tak serasi, maknanya tak ada jodohla antara kami..sebelom nak series, aku minta petunjuk dari Allah SWT, aku pun minta dia buat solat istiqarah..aku buat sampaila aku dapat petunjuk dan yakin dia lah jodoh aku..dia pun sama..

AWAL JUN 2012..
Dalam dok berkenalan mencari keserasian..biasalah, ada jugak bertegang urat..selalu jugak bergaduh..sampai aku kata kami tak serasi..dan tiba satu tahap tu, aku minta supaya dia tak hubungi aku lagi..hubungan yang aku sangkakan akan berakhir dengan perkahwinan terputus di pertengahan jalan..sob2..

Seterusnya apa yang berlaku? nanti lah aku sambung..kalau dah jodoh kuat, akan disatukan juga akhirnya.. :) InsyaAllah..


6 days more.. Ya Allah, peliharalah hubungan ini supaya kami dapat disatukan dengan ikatan yang sah..permudahkanlah segala urusan kami.. Aminnn..

2 comments:

lina binti abdul nasil said...

gee tahniah...singkatnya berkenalan dah jodoh kan dear...semoga kekal dunia akhirat...amin...:)

Gee Jah Noor said...

insyaAllah..aminn..tq lina.. :)

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...