My World

My World

Friday, November 25, 2011

Tenang, aman dan damai.. :)



Begitulah perkataan yang sesuai untuk diungkapkan apabila melihat sawah padi luas terbentang di hadapan mata..Sungguh indah ciptaan Yang Maha Esa..

Itulah kelebihan negeri jelapang padi..negeri Kedah Darulaman..aku rasa bertuah dilahirkan di negeri ini dan bertambah bertuah apabila rumahku terletak di kawasan sawah padi..

Belakang rumah aku, ada hutan..selepas hutan ada sungai..ada pulak jalan (orang kedah panggil batas ban)..kemudian barulah sawah padi..memang penuh sawah padi sehingga ke hujung sana..kiri kanan penuh..tak tau nak gambarkan..hanya kelihatan beberapa buah rumah di hujung sana..di kiri kanan pula tak dak rumah pun..memang penuh la sawah padi..tak tau nak explain macammana..huhu


Dulu, beberapa tahun yang lepas..aku nak ke bendang ni memang redah ja hutan belakang rumah aku..memang ada jalan..tapi banyak pacat dan lintah..tak kena gigit memang tak sah..tapi sekarang jalan tu dah tertutup..sebab kawasan hutan tu dah menutup jalan..so kalau nak ke bendang sekarang, merempit jela..bukan merempit macam mat rempit tu..nama pun kawasan kampung..ada la rempit 20 km/j.. hehe

Teringat lagi masa kecik-kecik..selalu pergi memancing kat sungai dekat ngan bendang tu..bila musim menuai pulak, siap pi tangkap ikan dalam bendang..tangkap guna tangan ja..sebab memang nampak ikan tengah melompat di dalam air yang tak berapa banyak tu..

Jadi main ambik ja ikan tu..kena ikan haruan, sepat tu senang la..kalau ikan puyu bahaya sikit..sirip dia tajam..bila dia marah otomatik sirip dia tu terbuka..kalau kena tangan memang boleh luka..lagi satu ikan keli..ni bahaya jugak..tak berani den nak menangkapnya..sebab ada duri dekat mulut dia tu..kalau kena boleh masuk sepital jawabnya..

Kalau diingat, memang banyak kenangan masa kecik..penah jugak terjun mandi dalam sungai dekat bendang tu..tapi tepi-tepi ja..tak berani pi tengah..maklumla tak reti berenang..hihi..cukupla cerita yang tu ja..pokoknya gue nak bagitau memang best bila melihat kehijauan sawah padi..cantik sangat..Maha Suci Allah..

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 117 : 
“Allah jualah yang pencipta langit dan bumi (dengan segala rupa keindahan). Dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka ia hanya berkata kepadanya : “Jadilah engkau, lalu jadilah ia”. 


Bersyukurlah kita atas nikmat yang telah diberi oleh-Nya..Alhamdulillah.. :)



3 comments:

Unknown said...

wahh suasana die macam kat kuala selangor..

♥ Nana BamBam ♥ said...

kat mana tuh kak ? BEST :)

Gee Jah Noor said...

ni dekat kedah.. :)

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...