My World

My World

Sunday, July 31, 2011

Oya dah pandai cakap..



muka baru bangun tidoq..


seronok dapat minum ayaq..


Lebih kurang sebulan tak jumpa oya, bila jumpa hari ni dah pandai cakap dah dia..pantang tanya soalan, dia memang akan jawab..

Oya dok umah tok dia sorang lagi..aku pi jumpa kejap tadi..masa aku pi tu dia tengah tidur..pastu bila terjaga, dia memang tak layan aku..maklumlah baru bangun tidur..

Lepas tu aku try la main-main ngan dia..tangkap gambar dia..pastu dia main-main handset aku tu..pastu dia dah gelak-gelak dah..bila aku nak balik dia nak ikut pulak..sampai nak salam ngan aku pun dia tak nak..aku pegi naik moto je..kalau naik kereta tak kisah sangat nak bawak dia balik rumah aku..tapi sebab dia nak ikut sangat, aku bawak jela naik motor pun..memang aku dah biasa bawak anak-anak sedara aku naik motor..tapi seriau la jugak auliya ni buas..

Alhamdulillah kami sampai di rumah aku dengan selamat..malam ni aku tak dapat pergi terawih, jaga auliya..mandikan dia tadi, pastu suapkan nasi..sekarang dia tengah main-main..lari-lari dalam rumah ni..seronok betui dia main..tambah-tambah sepupu dia ada..dia sorang ja perempuan..sepupu2 dia semua lelaki..tadi mama dia call..tengok la video dia borak ngan mama dia ni..comey je.. :)






Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita semua dan lebih baik berbanding tahun-tahun lepas..Gunakanlah kesempatan Ramadhan kali ini untuk menggilap hati kita yang pudar dan nafsu-nafsu hitam yang bertakhta di hati kita selama ini..Selamat berpuasa kepada semua umat Islam seluruh dunia.. :)




Bila Cinta Berputik. Adakah Dia Jodohku?



"Tiada terfikir,
Terlintas Engkau akan tiba,
Membawa perangsang.

Tiada terfikir,Terlintas,
Engkaukan membuka,
Sempadan perasaan.

Bunga kembang bertali hati,Bunga kembang di puncak akli"

Begitu indah cinta, membawa perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akan tetapi diluah melalui boneka jasad serta lirikan mata, lidah kelu diam seketika, jantung berdegup pantas tidak mencemaskan tetapi indah.

Remaja pada awalan usia mereka merasakan diri mereka ingin dicintai dan ingin mencintai. Akhirnya mencari cinta. Cinta pada usia muda yang sering digelar cinta monyet.

Tidak kurang pula ketika mereka melangkah ke menara gading. Mitos memaksa mereka mencari pasangan sebelum mendaki anak tangga pentas konvokesyen, kononnya, menara gading tempat mencari pasangan hidup yang akan hidup bersama mereka selepas graduasi.

Akan tetapi, alangkah sedihnya cinta yang berputik dan berbunga-bunga akhirnya tewas, melebur membentuk luka yang pedih dan sakit. Sesak nafasnya!

Lebih teruk kesannya jika apabila mereka sedar (meskipun tidak mengakui atau tidak menunjuk) bahawa perjalanan kisah cinta mereka telah pun melangkaui batasan agama, bersentuhan, berkucupan, berkhalwat dan terlanjur. Malu dan kesal serta sedih kerana diri telah menjadi tidak suci dan kotor, akan tetapi orang yang bersama-sama untuk berkongsi kotor dan jijik tidak lagi bersama. Risau pula jika perbuatan mereka dikhabarkan.

Yang nyata dan pasti, kamu tidak terlepas dari pandangan Allah dan Allah mengetahui perbuatan kemungkaran kamu. Taubatlah!

Jika kamu merasakan dia jodohmu, adakah dia mengajak kamu kepada kebaikan lebih banyak daripada membawa kamu kepada kemungkaran?

Oleh kerana itu, saya ingin mengajak para adik-adik untuk berfikir sejenak apakah niat kita bercinta dan dimana kita mahukan ia berakhir? Terutamanya adik-adik yang bakal bergelar graduan.

Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia.

Jika cinta Allah lebih kamu sayang, letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kamu.

Apabila kisah cinta mula melorot dari satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa salahnya kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti?

Dan pada ketika itu, fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka? Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu. Jika pernikahan yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari keredhaan Allah.

Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala diluar jangkaan kamu. Namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan.

Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu.

Jauhi dari hati yang makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh. Itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini.

Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah SWT. Tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.

Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah SWT.

- Artikel iluvislam.com

Sumber imej: google image..

Saturday, July 30, 2011

Cerita semasa Program Qiamullail..


Hermm..macam-macam yang berlaku masa program qiamullail pada hari khamis lepas..

Aku ditugaskan untuk menjaga para pelajar perempuan semasa mereka tidur di dalam dewan..
Pelajar yang terlibat dalam program ini adalah pelajar-pelajar dari kelas-kelas rancangan khas..pelajar cemerlang, pelajar yang boleh membanggakan nama sekolah..tapi aku agak kesal..kesal dengan apa yang berlaku pada malam itu..

Sepatutnya pelajar dikehendaki tidur pada jam 12.00 a.m..tapi ada yang p tukar baju, makan keropok dulu dek kelaparan..ok, tu takpa, dimaafkan..

Bila semua dah ada dalam dewan tertutup tu, dah bersedia nak tidur, lampu pun dipadamkan..

Masih ramai pelajar yang bersembang, bergelak ketawa..aku diamkan dulu..sampai ada pelajar yang nak tidur tu pergi marah yang bising tu..

Ustazah yang jaga depa pada malam tu pun dah tegur suruh tidur, tapi tak nak dengar jugak..
Last sekali, kesabaran aku pun dah sampai kemuncak..aku pun jerkah la pelajar-pelajar yang tak reti nak tidur tu..tapi kesian dekat yang dah tidur..sampai tokojut dengar suara aku yang tak pernah sekuat itu..sorry untuk pelajar-pelajar yang dah tidur tu ye..

Lepas tu aku pun membaringkan diri..aku ngan 2 orang ustazah tidur kat atas stage beralaskan toto..budak-budak ni la kesian..ada yang beralaskan selimut, alas kain je pun ada..

Aku memang tak dapat nak lelapkan mata..masih ada bising-bising lagi..kedengaran suara dari belakang..dan aku nampak lampu handset..kalau nak main handset pun tak kisahla tapi jangan sampai mengganggu kawan-kawan lain yang nak tidur..

Jam menunjukkan pukul 1.15 camtu..hissyy depa ni tak reti nak tidur ke..rungut hati aku..sekali lagi aku p round..aku cakap sapa dia yang dok cakap-cakap tu, mai nak bawak p tidoq kat luaq..depa diam la sat..aku pon patah balik ke stage nak tidoq..

Ya Allah..pukul 1.45 pun dok sembang-sembang lagi..bukannya taktau nak kena bangun pukul 3 untuk qiamullail..dari jauh aku dok tengok ja depa buat apa..dalam kesamaran cahaya tu aku nampak ada yang bangun berjalan pi kat kawan tu, kawan ni..pastu siap gelak-gelak, jerit-jerit..ingat cikgu depa ni dah tidoq ka..mata aku dok segaq lagi..

Kesabaran aku memang diuji..sampailah satu tahap aku dah tak leh nak sabaq, aku pun pi dekat depa..masa tu dah pukul 1.55a.m..yang tengah dok duduk tu buleh pulak terus pengsankan diri..buat kaku seolah-olah dah tidoq..aku pun tunggu la kat situ nak tengok lama mana depa boleh berlakon..memang depa tak bergerak terus..aku tunggu sampai depa lena..aku cari kerusi tapi kerusi semua depa buat sidai tudung & baju..so aku pun duduk atas lantai..

Dalam hati aku depa ni nak bangun lagi ka dak ni..last skali aku pi ambik selimut ngan bantal aku tidoq dekat yang ada ruang kosong dekat pelajar yang bising-bising tadi..ha baru depa tau..lepas pada tu tak bunyi sora dah..aku pun cuba melelapkan mata..aku alarm pukul 3..tengok jam 2.15..tak leh tidoq lagi..2.30 pon tak leh tidoq..last skali dalam 2.45 kot baru aku lelap..

Pastu kul 2.57 aku sedaq ada pelajar yang dah bangun..so aku pun membangunkan diri aku..aku balik mandi dan siap-siap kat rumah..dalam 3.40 aku mai sekolah balik dan bersiap sedia untuk qiamullail..

Sebelum qiam tu start, semua pelajar kena marah dengan fasi..sebab buat bising, tak tidoq..memang kena kaw-kaw..kesian dekat yang tak terlibat..tapi itula, sebab nila setitik rosak susu sebelanga..

Tolongla wahai pelajar-pelajar yang buat bising tu..tolong ubah perangai kamu..cuba kamu di tempat pelajar lain yang nak tidur..mungkin kamu akan rasa terganggu dan marah-marah..tapi kamu tak rasa masa tu..Ingat, Allah nampak apa yang kamu buat..kalau dia tak balas kat dunia ni, ingatlah dia akan balas kat Akhirat..amalan-amalan kamu semua tu dicatat oleh malaikat pun..cikgu bukan nak marah tapi nak nasihat (untuk pelajar yang baca blog ckgu ni)..

Kamu kelas pandai..tak sepatutnya buat macam tu..jangan rosakkan imej kelas RK dengan perangai macam tu..dan jangan tunjuk berlagak kat orang lain sebab kamu duduk kelas RK..kamu kena buktikan bukan ja kamu boleh berjaya dengan cemerlang, tapi akhlak kamu pun bagus..tolonglah dengar nasihat cikgu ni wahai pelajar-pelajar yang disayangi..dan semoga apa yang kamu belajar masa program tu dapat kamu amalkan dan jadikan sebagai pengalaman baru yang boleh merubah diri kamu menjadi lebih baik..

Ok, nak sambung balik cerita lepas program qiamullail tu..lepas depa kena ceramah ngan fasi-fasi tu, ada sesi muhasabah diri..ada la yang nangis dan ada yang keras hati tak nangis..pastu baru lah start qiamullail, terus solat subuh, dan diakhiri dengan kuliah subuh..

Lepas tu semua pelajar pergi sarapan kat kantin..aku pun juin sekali..dah kenyang aku pun pulang ke rumah dan bersiap-siap nak pulang ke kampung..

Ha ni cerita lawak yang tak dapat aku lupakan..masa kat jeti nak beli tiket ke kuala kedah, satu kejadian yang sangat melucukan berlaku kat aku..punyala lama aku beratur kat situ, aku tak sedar yang aku beratur bukannya kaunter tiket kuala kedah..tapiiiiiiiii, Satun, Thailand..hahahaha...aku sedar pun lepas ada sorang makcik ni tegur aku..dia tanya aku nak pi mana..aku cakapla nk balik kampung kat alor setar..dia tanya lagi, habis tu yang beratur kat sini nak pi rumah sapa..pastu baru aku perasan aku dah tersalah kaunter...malunyaaaa Ya Allah..terus aku p beli tiket kat kaunter kuala kedah..kali ni aku tengok betoi2 dan tak salah lagi memang kaunter kuala kedah..huhu..pening punya pasai sebab tidoq sat sangat..

Dah dapat tiket aku pun p duduk kat balai menunggu..sampai tertidur-tidur kat situ menunggu feri yang lambat lagi tiba..masa tu pukul 8.45, feri pukul 10..dalam 9.45 baru la feri tiba dan aku pun terus masuk dalam feri dan sambung tidur..ni semua gara-gara menjaga pelajar-pelajar yang tak reti nak tidur..huhu..tak pa la, lepas ni kalau ada lagi program qiamullail ni tahu la aku nak buat apa.. :D

Okla, sampai sini ja cerita aku..semoga apa yang berlaku dapat dijadikan iktibar oleh para pelajar dan aku pun turut belajar benda baru masa program hari tu...sekian, wassalam...

Oh ya, kat bawah ni ada sikit gambar dan video masa program hari tu..


masa kuliah subuh


sapa tu yang tidoq tu..isk2..


kalau perasan kat video ni, kelas-kelas RK ni kepupusan lelaki.. :D

ok, daaaa...

Indahnya Aturan-Mu Ya Allah


"Ya Allah, aku tidak mampu."

Ada kalanya inilah antara bait-bait kata yang akan terungkap di bibir kita tatkala diuji oleh ujian-NYA.

Sahabatku, di kala hatimu mendung bagaikan awan yang berat dengan titisan-titisan air, yakinlah ada cahaya mentari yang akan menyinari hidupmu selepas itu kerana Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Seringkali kita terlupa untuk memikirkan hikmah di sebalik apa yang menimpa kita kerana kita terlalu fikirkan kesedihan di hati.

Di mana Allah di hati kita tatkala kesedihan itu bermaharajalela? Adakah kita masih ego untuk menadah tangan kepada-Nya terutamanya di sepertiga malam memohon dan bermunajat kepada-NYA?

Sahabat.. indahnya aturan Allah itu tidak dapat dinilai oleh mata hati yang leka dengan kehidupan dunia.

Di saat kita terleka, Allah turunkan ujian tanda sayangnya Allah kepada kita kerana hanya dengan ujian hati kita akan lebih terarah kepada mengingati Allah dan bermunajat kepada-NYA.

Bukankah Allah sudah berfirman dalam surah Ar Ra'd : Ayat 28 :

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram."[QS. 13:28]

Teruskanlah keyakinan kita dengan indahnya aturan Allah tetapkan kepada kita.

Dengan sifat redha dan bersabar serta berusaha untuk membaiki keadaan ke arah yang lebih baik adalah kata kunci kepada kehidupan yang diredhai Allah. Keyakinan terhadap indahnya aturan yang Allah tetapkan adalah keyakinan yang mampu membuatkan semangat kita tidak pernah luntur.

Yakinlah sahabat, Allah menyayangimu. Allah merindui ratapanmu kepada-NYA di setiap sujudmu. Allah merindui munajatmu terhadap-Nya di sepertiga malam di kala semua orang sedang nyenyak tidur.

Buatmu sahabat, Allah menyayangi dan mendengar setiap bait doa-doa kita.

Ikhlaskan diri dengan sentiasa berdoa kepada-Nya. Luahkanlah segala isi hatimu kepada-NYA.

Yakinlah, tiada apa yang perlu diragukan dan bertawakallah kepada-Nya, kepada Tuhan yang menciptakan dirimu, diri kita dan juga sekalian alam ini.

Yakinlah, indahnya tawakal kepada-Nya dan halawatul Iman itu akan dapat dirasai oleh orang yang melihat dengan mata hatinya.

Indahnya aturan-MU ya Allah.

-Artikel iluvislam.com

Tuesday, July 26, 2011

Oya ooo Oya..Awat tomey sangat ni.. :D


MasyaAllah..geramnya kat oya ni..tak sabaq nak balik kampung minggu ni nak jumpa oya & azmil hafiz & abang-abangnya..tak ketinggalan anak-anak sedara ku yang lain..tapi yang paling nak jumpa si oya ni la..nanti nak suruh dia posing-posing tangkap gambaq..bukan main bergaya lagi dia posing kat bawah ni..


alala macam gaya merajuk ja ni..


macam tgkp gmbaq sendiri ja..biaq betoi oya ni..


tomeynya dia..


Ok oya, tunggu makndak pi jumpa oya hari jumaat ni tau.. :D

p/s: tima kasih kak ani atas gambar ini.. :)

Video Ceghamah lagi...


Ok, ini video seterusnya yang saya nak share..semoga apa yang diperkatakan oleh Cik Nur Heliza Helmi dapat memberi manfaat untuk para pelajar dan juga untuk kita semua..










Ini sahaja video ceghamah yang saya boleh kongsikan..sekali lagi ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada penceramah jemputan yang kemetot ini yang sungguh komited memberikan ceramahnya..hehe jangan marah cik penceramah yang comel.. :D



Daaa....


Sunday, July 24, 2011

Video Ceghamah..



Meh tengok video-video ceghamah yang sempat dirakamkan.. :)










Semoga pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini mendapat input yang berguna yang bukan sahaja boleh diaplikasikan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan malahan dapat sama-sama merubah diri ke arah kebaikan untuk mencapai kejayaan di dunia mahupun di akhirat.. :)

Terima kasih sekali lagi untuk semua yang terlibat terutamanya kepada Cik Nur Heliza Helmi selaku penceramah pada hari itu... :)


Saturday, July 23, 2011

Antara sedutan video ceramah oleh Cik Nur Heliza Helmi..



Cuba tenung-tenung, tilik-tilik, tengok-tengok sapa yang kena dalam video ni...hehe..

Alhamdulillah..ceramah kelmarin berlangsung dengan lancar..walaupun ada sedikit gangguan, itu biasa la..kalau tak da gangguan tu kita tak tahu apa yang perlu diperbaiki untuk ceramah-ceramah seterusnya..

Ada banyak video sebenarnya..tapi nak letak yang ini dulu..selamat menonton..


Terima kasih Cik Nur Heliza Helmi atas ceramah yang sungguh terkesan di hati.. :)

Saturday, July 16, 2011

Keletah Akhyar Auliya yang tomel..


rindu sangat kat oya..tu yang letak bideo-bideo ni.. :)
leh lepaskan kerinduan tengok keletah-keletahnya yang mencuit hati..
(wajib tengok ketiga-tiga bideo ni.. :D)








nak balik kampung jumpa anak-anak sedara ku...huhuuuu
ok, daaaa...



Wanita Yang Indah



Aduhai wanita... sungguh mahal dirimu di mata lelaki, tetapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu sungguh agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri.

Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.

Duhai wanita... Sebenarnya maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah-bongkah batu yang besar. Kau menepis dengan penuh sabar setiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi-tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onak duri. Percayalah wanita, akan ada bahagia di akhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.

Wanita ku... Terima sahaja cemuhan dan makian yang muncul bederu -deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-bibir sumbing yang ingin melihat mu tersungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.

Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak-katikkan imanmu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata-mata. Jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong.

Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu, atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan Sang Jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita, andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, percayalah syurga itu sentiasa menantimu.

Bulatnya iman dan taqwa Sumaiyah ketika dihunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat imanmu harus kepada Penciptamu. Peganglah kata kata ini, "Kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".

Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku. Biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih Khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi-srikandi agama terdahulu.

Jadikan agamamu sebagai tunjang yang memperkasakan akidahmu. Biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah. Jadilah kita wanita paling bahagia.

-Artikel Iluvislam.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...