My World

My World

Saturday, December 25, 2010

Nyaris-nyaris kehilangan kasut di kenduri kahwin..


Hari ni aku pergi kenduri kahwin member lagi..minggu lepas sabtu dan ahad pun p kenduri kahwin gak..esok pun ada lagi jemputan kenduri kahwin..pokoknya memang banyak lah kenduri kahwin time cuti sekolah ni..

Tapi cuti sekolah dah nak habis dah..sedih pulak rasa..macam nak sambung cuti lagi je..haha..hari selasa ni, aku akan pulang ke langkawi..hari rabu ada mesyuarat guru..oh cepatnya masa berlalu..

Ok, berbalik kepada tajuk..tadi aku pergi kenduri kawan aku, lepas makan nasik minyak aku pun masuk ke dalam rumah pengantin..pengantin belom sampai..so aku tunggu la kat dalam rumah...sambil tangkap-tangkap gambar ngan teman yang meneman aku gi kenduri ni...


ngan anak sedara ku, amirul


pastu tangkap gambar sendiri pulak...






Pengantin dijangka tiba jam 12.30..tapi terlewat dari jangkaan...dekat 1.30 baru sampai..

Masa dok tunggu pengantin tu, aku ternampak kelibat 3 orang yang sangat aku kenali...

Rupanya coursemate aku (masa kat ums) pun datang jugak..mereka ni kawan baik kepada pengantin lelaki..oh ya, kenduri yang aku pergi ni sebelah lelaki..kawan matrik aku dan jugak kawan ums..namanya hafizal tapi orang panggil jan..

Sebelum tunggu pengantin sampai aku pun bergambar ngan kawan-kawan aku yang datang dari jauh ni..2 orang dari johor sorang dari kl..


ngan aidil, hakim n adilla


tunggu pengantin lambat sangat sampai..he


ngan aidil yang comey.. :P


Tunggu punya tunggu, sampai tak larat nak tunggu, aku pun call jan..tanya dia lama lagi ka..sebab aku pun kena balik cepat..jan kata dah nak sampai..5 meter ja lagi..haha aku tak tepon dia pun takpa..wat rugi kredit ja..ahak...


tu dia pengantin dah sampai..


wajib bergambar ngan pengantin..tahniah untuk hafizal & izyan


Dah bergambar ngan pengantin, aku pun mahu pulang la..sekali masa kat pintu, aku cari-cari kasut aku tak jumpa..haaa sudah..kasut mahai tu..haha..menangis tak berlagu la kalau hilang kasut tu...

Actually tak la mahai pun..kasut tu kasut baru lagi..baru beli bulan lepas..tu pun sebab sale 50%..dapat la harga murah sikit..memang aku sayang gile la kasut tu..baru ja pakai beberapa kali...

So aku pun pegi la cari kasut tu..setiap pintu rumah aku cari tapi tak da jugak..adehhh camna aku nak balik ni??

Pastu aku bertenang seketika...aku relax2 jap..tapi orang kampung situ pulak perasaan kegelisahan aku..dorang tanya cari kasut ka? aku pun jawab, a'ah cari kasut..tadi letak kat sini..ni tak dak pulak..

Makcik tu suruh tengok kat pintu tingkat atas..aku kata aku dah tengok tapi tak dak...aku pun suruh anak sedara aku naik tengok pulak..dia pun pegi la tengok..

Sekali bila dia turun dia cakap ada..'kasut makndak yang crocodile tu kan? ada kat atas...'

Aku pun berlari-lari anak ke pintu atas..tengok-tengok memang ada..fuhhh lega gila hati aku...

Pesanan aku dekat sapa-sapa yang nak masuk rumah pengantin, simpanlah kasut anda dengan selamat..sembunyikan sikit di sebalik pasu bunga ke, kalau tak dak pasu bunga bawak je kasut tu masuk dalam rumah..hehe

Biasala time kenduri kahwin memang selalu jadi macam tu..tambah-tambah bila pengantin nak sampai..keadaan akan jadi kalut, haru biru..so depa akan main pakai ja kasut orang sebab nak tengok pengantin..tak kira la kasut sapa pun, redah saja..haha..

Lepas ni aku kena letak kasut aku di tempat yang selamat lah..tak nak jadi macam ni lagi..tak pun aku pakai selipar jepun je..kalau hilang tak la terasa sangat..hehe..ok, dah abes entry aku..daaaa...


Heliza main bola sepak? Biar Betol? Terror ke?



Salam pagi sabtu..

Tekejut eden bila tengok kat notifications FB kawan eden shared link kt wall eden tengah2 pagi buta semalam pasal bola..video bola..

Dalam hati aku ape kena kawan aku ni bagi link pasal bola.. sapa lawan bola ni..

Sekali aku play video tu, dia yang main bola da.. kelakar siot.. haha.. lawak je aku nengok... korang tengok la...



macam terror pulak ija sepak bola.. :P


Video ni ada kat fan page dia..Heliza Helmi..sapa-sapa yang belom like fan page dia dan rasa nak like bolehlah like kat SINI.. (time kasih sebab like) =D

Video ni sempena dengan Final Piala Suzuki..Malaysia lawan Indonesia esok..so si ija ni bersemangat betol menyokong pasukan Malaysia sehinggakan buat video ni..kreatip jugak kawan aku ni...he..

Aku pun nak bagi sokongan gak kat pasukan Malaysia..tapi aku tak reti la nak buat video2 ni..uhuk2..GUDLUCK pasukan bola sepak Malaysia..3-0 okay!

Kepada ija, ko memang banyak idea betol lah..haha..so aku letak la video ko kat sini supaya semua yang tengok blog aku ni pun jadi bersemangat sokong pasukan Malaysia..tak gitu kawan2? he..ok, cau dulu... ('',)

ni ade sekeping gambar ija aku curik kt fb die..hehek


Friday, December 24, 2010

Anugerah Skrin malam ni..ape yang best ek...


Tak sabar jugak nak tengok anugerah skrin malam ni...yang pasti nya kita tertunggu2 nak tahu drama dan filem apa yang terbaik untuk tahun 2010 ni..dan jugak pelakon terbaik, semua kategori la..

Tapi aku percaya ramai yang bukan saja nak tahu keputusan, tapi nak tengok artis-artis kita melaram malam ni kan..nak tengok fesyen-fesyen diorang..

Ini aku ambil sikit petikan dari laman web TV3 tentang anugerah skrin..


Secara keseluruhan, Anugerah Skrin 2010 bakal mempertandingkan 24 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman. 10 kategori drama bakal dipertandingkan termasuklah Anugerah Videografi Terbaik yang baru diperkenalkan pada tahun lepas. Manakala jumlah Kategori Filem yang dipertandingkan kekal 7 kategori dan 6 kategori penerbitan dalaman. Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2010 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research mengikut ‘genre’ masing-masing. Untuk kategori drama, 17 buah drama, 12 drama rantaian dan 5 drama komedi telah dicalonkan. Manakala untuk kategori filem pula 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan untuk Anugerah Skrin 2010 ini. Antara telefilem yang layak bertanding seperti Taubat Nasuha, Bagaikan Sumayyah, Sebelum Akhirat, Masyitah, Kaki, Lillahi Ta’ala, Perempuan, Antara Garisan dan Selipar Jepun Suria. Manakala filem yang layak bertanding di dalam Anugerah Skrin 2010 adalah seperti Momok The Movie, Mualaf, Pisau Cukur, Evolusi KL Drift, Papadom, Lagenda Budak Setan, Setem, Belukar, Adnan Sempit, Kecoh Betul dan Santau. Semua pencalonan akan dinilai oleh panel juri profesional yang dipilih.


Pengacara Anugerah Skrin kali ni menyaksikan gandingan Awal Ashaari dan Vanidah Imran..kalau nak tau macam mana depa mengacarakan majlis yang agak berprestij ni, sama-sama la kita tengok malam ni no...

Aku dengar-dengar (dok follow twitter lisa surihani n adik mia sara), adik mia sara akan naik pentas malam ni..tak sabar gak aku nak tengok budak comel ni..dan lisa pun aku tak sabar nak tengok..memang nama lisa naik sekarang ni..mau tak nya, fan page dia dah sejuta lebih yang like..memang hebat la penangan lisa...


adik mia sara nasuha..cute bangat seyh.. (sumber gambar: google image)


cantiknya lisa surihani...(sumber gambar: google image)


Dato' Siti ada tak buat persembahan malam ni? Kalau Dato' Siti ada memang aku lagi eksaited la nak tengok Anugerah Skrin..he..apa2 pun kita nantikan malam ini, okay!

Thursday, December 23, 2010

Mencari ketenangan dengan menikmati Prosperity Burger..hihi


Petang kelmarin, 22.12.12 angin aku kurang baik..hati aku asyik nak memberontak saja...ada saja yang tak kena..lepas tu pulak anak-anak sedara aku buat perangai time2 nak maghrib...

Diorang saja nak menguji kesabaran aku...mak aku sabar ja dengan mereka..tapi aku jadi kurang sabar pulak..memang terkeluar ayat pedas la dari mulut aku..lepas tu aku tak nak masuk campur dah..terus masuk bilik..kalau aku masuk campur lagi confirm semua nangis disebabkan aku..heh...

Pada sebelah malamnya, aku keluar dengan anak-anak sedara aku jugak..tapi bukan yang cari pasal la..memang aku dah plan nak belanja dorang dan adik aku..sebab dorang ni banyak membantu kat kedai aku..

Jadi yang tak mengikut tu aku cakap aku bungkus jela kat dorang...untuk memujuk balik yang kena marah ngan aku tu..he...

Ini la gambar-gambar kami di McD..


akhirnya dapat gak makan prosperity yang diidamkan..


ngan adik aku yang debab..he


rasa macam nak makan lagi la bila tengok gambar-gambar ni..aiyakkk


tudung merah = prosperity :P


2 orang yang suka buat perangai tinggal kat rumah.. =D


izwan yang kena paksa senyum


Yang si kecik izwan tu aku terpaksa bawak..he bukanla terpaksa..tapi memang kena bawak..sebab kalau tinggal di rumah memang dia akan cari pasal dengan abang-abangnnya...kuat gadoh ini budak..dan kuat nangis jugak...

Anak sedara aku ramai sangat..walaupun atas aku cuma seorang kakak dan 2 orang abang, tapi anak sedara aku dah nak mencecah 14 orang..bulan depan cukupla 14 orang..yang tinggal dengan mak aku ni 5 orang...sebenarnya rumah diorang belakang rumah aku ja..

Tapi diorang bukan duduk rumah diorang pun..hari-hari mai rumah aku dan tidur kat rumah aku..kecuali yang kakak 2 orang tu saja tidur rumah depa..kadang-kadang ja mai tidur rumah aku..

Memang happening sungguh la rumah aku..hari-hari ada saja pergaduhan..tak larat nak tahan telinga dengaq depa bertekak, bergaduh pastu menangis..sangat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk melayan kerenah mereka sebelum mereka dah jadi matang...

Apa-apapun, kalau diorang takdak memang sunyi jugak la..memang dah lumrah kehidupan, budak-budak ni kecik-kecik ja macamni..dah besar dah lain pulak situasinya...yang penting kesabaran perlu ada untuk mendidik mereka...aku pun banyak lagi kena belajar..sebab tu tak boleh kahwin lagi..he...

Ok, setakat itu sahaja..memang aku puas hati dapat makan prosperity burger semalam..hilang sikit rasa gundah di dada...ok, bye!


Wednesday, December 22, 2010

Sakan sungguh aku bergambar sekarang..Photoshoot lagi..ngeh3..


Ini photoshoot yang dah lapuk..beberapa hari yang lepas...masa nak gi kenduri kahwin member gua kat kl..

Kawan aku ni tak payah suh posing memang dia dah pandai posing..yang aku ni la, jap macam tu, jap macam ni..aduh tak pandai la ceq...

Aku memang hentam saja lah..cube korang-korang tengok menjadi ke tak posing aku ni...hehe


cerah benar gambar ni..terlebih flash kot..tapi aku suke..he


ini gaya ape eh aku buat..gaya tunduk sikit kot.. :P


ini memang gaya yang aku suka buat..letak jari kat dagu..heeee


suke sangat gambar ni..tapi jadi golap..so aku edit lah untuk mencerahkan..janji boleh tengok..hoho


letak jari kt dagu lagi...


tu je gaya yang aku pandai buat..heee


ini gaya simple saja..


ini macam pengacara nona pun ada...kikiki



yang di atas tu semua kira gambar full la..mai kita cuba try test gambar half pulak...

ini aku tak buat gaya apa-apa pun..pandang kamera saja..


gambar jadi gelap lagi..tapi biarkan ia gelap..aku suke gak gambar ni..


hitam itu manis..hehe


ha ni cerah balik..


ok, tamat lah sesi photoshoot kami berdua.. :P


Oh ye, kalau kau orang perasan, dengan entry yang lepas, main kahwin-kahwin.. ija tukar style tudung masa pergi kenduri kahwin kawan kami tu..klik SINI untuk tengok entry itu..

Kalau dah tengok, berbeza kan..kan..dia saja suka suki tukar..tapi aku suka tengok dia pakai yang time photoshoot ni..memang versatile lah...tapi kat kenduri kahwin tu style jugak..menampakkan dia lagi comel..opps terpuji pulak...korang-korang rasa macam mana?

Yang gambar-gambar kat atas ni ija nampak lain sebab style ni lain dari yang lain..he..papepun anda memang gorgeus lah..aku pun tak pandai nak tiru style2 dia walaupun kira aku ni berkawan dengan dia..heeee

Sekian sahaja entry photoshoot..lepas ni dah tak de kot entry photoshoot..sebab aku kat kampung je..nak photoshoot ngan sape la hai..kalau ngan kawan-kawan aku memang ada ja cari pasal nak bergambar...hoho...ok, daaaa.. ('',)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...