My World

My World

Friday, December 24, 2010

Anugerah Skrin malam ni..ape yang best ek...


Tak sabar jugak nak tengok anugerah skrin malam ni...yang pasti nya kita tertunggu2 nak tahu drama dan filem apa yang terbaik untuk tahun 2010 ni..dan jugak pelakon terbaik, semua kategori la..

Tapi aku percaya ramai yang bukan saja nak tahu keputusan, tapi nak tengok artis-artis kita melaram malam ni kan..nak tengok fesyen-fesyen diorang..

Ini aku ambil sikit petikan dari laman web TV3 tentang anugerah skrin..


Secara keseluruhan, Anugerah Skrin 2010 bakal mempertandingkan 24 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman. 10 kategori drama bakal dipertandingkan termasuklah Anugerah Videografi Terbaik yang baru diperkenalkan pada tahun lepas. Manakala jumlah Kategori Filem yang dipertandingkan kekal 7 kategori dan 6 kategori penerbitan dalaman. Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2010 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research mengikut ‘genre’ masing-masing. Untuk kategori drama, 17 buah drama, 12 drama rantaian dan 5 drama komedi telah dicalonkan. Manakala untuk kategori filem pula 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan untuk Anugerah Skrin 2010 ini. Antara telefilem yang layak bertanding seperti Taubat Nasuha, Bagaikan Sumayyah, Sebelum Akhirat, Masyitah, Kaki, Lillahi Ta’ala, Perempuan, Antara Garisan dan Selipar Jepun Suria. Manakala filem yang layak bertanding di dalam Anugerah Skrin 2010 adalah seperti Momok The Movie, Mualaf, Pisau Cukur, Evolusi KL Drift, Papadom, Lagenda Budak Setan, Setem, Belukar, Adnan Sempit, Kecoh Betul dan Santau. Semua pencalonan akan dinilai oleh panel juri profesional yang dipilih.


Pengacara Anugerah Skrin kali ni menyaksikan gandingan Awal Ashaari dan Vanidah Imran..kalau nak tau macam mana depa mengacarakan majlis yang agak berprestij ni, sama-sama la kita tengok malam ni no...

Aku dengar-dengar (dok follow twitter lisa surihani n adik mia sara), adik mia sara akan naik pentas malam ni..tak sabar gak aku nak tengok budak comel ni..dan lisa pun aku tak sabar nak tengok..memang nama lisa naik sekarang ni..mau tak nya, fan page dia dah sejuta lebih yang like..memang hebat la penangan lisa...


adik mia sara nasuha..cute bangat seyh.. (sumber gambar: google image)


cantiknya lisa surihani...(sumber gambar: google image)


Dato' Siti ada tak buat persembahan malam ni? Kalau Dato' Siti ada memang aku lagi eksaited la nak tengok Anugerah Skrin..he..apa2 pun kita nantikan malam ini, okay!

8 comments:

Liyana said...

x dpt tgk.. malam ni balik kampung. huaaa!!

Gee Jah Noor said...

huaaa...kesian dia..dgr radio jela..hehe

Liyana said...

dgr radio xleh tgk fesyen artis.pasrah~ ehehehe

Gee Jah Noor said...

hehehe..pasrah lah..nt tengok kt internet je fesyen2 artis.. :P

Cik Embun said...

x sabar nak tgk fesyen..
hik3~

Gee Jah Noor said...

tu la..xsabar jugak ni... =D

Nina Mads said...

bestnye dpt tngok..
cntik mlm td lisa pkai bju yg sedondon dgn mia..

Gee Jah Noor said...

huhu xdpt tgk..sbb kuar kejap..adeh ruginye..

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...