My World

My World

Tuesday, November 1, 2011

Cuti-cuti Malaysia..


Cuti deepavali yang lalu, aku bersama housemate aku telah menuju ke satu destinasi percutian yang agak jauh dari negeri tempat kerja kami..destinasi percutian yang di maksudkan adalah negeri Sabah di bawah bayu..

Aku eksaited jugak nak pergi ke sabah ni..tapi kawan-kawan aku lagi 3 orang memang terlebih eksaited..hihi..perancangan selama berbulan-bulan lamanya ini akhirnya tercapai..aku memang dah ada pengalaman berjalan-jalan di sabah..memandangkan aku study di UMS selama 4 tahun..tapi ada jugak tempat yang masih belum aku jejak..sabah tu besar beb..sebesar semenanjung malaysia kurang lebih.. :D

Berbalik kepada cerita percutian ni..kami bertolak ke kl dahulu sebelum menuju ke sabah..al-maklumlah dok di langkawi..so kami menaiki flight dari langkawi pada malam selasa..setibanya di LCCT, kami lepak-lepak dulu di McD..kemudian kami mencari-cari tempat yang sesuai untuk tidur..hihi..flight ke KK keesokan pagi..membazir pulak kalau nak tidoq kat hotel..so tempat yang sesuai adalah surau..nasib baik surau tak berkunci, boleh jugaklah tumpang tidoq.. :D kalau sebelum ni, aku selalu tidur di kerusi ja..sian sungguh..





Alhamdulillah, dapat jugak tidur..walaupun tak nyenyak sangat..dalam surau tu tersangatlah sejuk..sampai berlapis-lapis jugak la sweater aku pakai..pagi esoknya kami pun bersiap-siap la nak pergi naik flight ke kk..sempat lagi kami breakfast dulu kat food garden..oh ya, pagi tu takkan la kami tak mandi kan..so tempat mandi kami adalah di toilet sahaja..huhu..okla, janji dapat menyegarkan badan..

Ok, masuk cerita di Sabah pulak..sesampainya di Sabah, kami terus mengambil kereta sewa seperti yang telah dijanjikan..kawan aku yang tolong arrangekan..so dapat kereta sewa kami teruskan perjalanan menuju ke ranau..malam pertama di sabah kami menginap di hotel di ranau..dalam perjalanan ke ranau tu, kami melalui kundasang, di mana tempat yang sangat cantik, dengan kawasan yang agak sejuk..dan sepanjang jalan boleh nampak gunung kinabalu tersergam indah..aku sangat kagum dengan kecantikan gunung kinabalu..Subhanallah..






Sebelum sampai di ranau kami singgah untuk solat di Pekan Nabalu..kemudian ambil gambaq sikit..kawasannya sangat cantik..berlatar belakangkan gunung kinabalu..pastu baru kami teruskan perjalanan ke hotel..setibanya di hotel, kami merehatkan diri, berborak-borak sambil makan maggi..dan malam tu kami tidur awal sebab taktau nak buat apa...tv pulak takdak kat hotel tu..line internet pulak memang menguji kesabaran..so semua buat keputusan tidoq awai pada malam itu..

Bila tidoq awai, pagi esoknya kami pun bangun awai..seawal jam 5 dah bangun, solat subuh..matahari pun makin meninggi menandakan hari makin cerah..pukul 6 memang secerah-cerahnya..semua bersiap-siap awal pagi itu kerana kami akan menuju ke Poring Hot Spring untuk bermandi-manda..




Lepas mandi, kami bersiap-siap untuk naik canopy walkway pulak..jambatan gantung yang tinggi melayup..sementara nak sampai ke canopy walkway tu kami semua tercungap-cungap memanjat bukit tu..kira macam jungle tracking la..jauh jugak.ada sorang kawan aku ni hampir nak give up..tak cukup oksigen katanya..dengan tak breakfast lagi..



Tapi akhirnya semua sampai dengan selamat ke pondok yang nak memulakan perjalanan di jambatan gantung tu..macam-macam gaya ada..tak mau cerita la..lawak jugak kawan-kawan aku ni..sampai ada yang ketaq2 lutut..hihi..



Seterusnya, kami teruskan perjalanan ke sabah tea..beli teh sabah..kemudian pi fish massage..besh kat sini..rendam kaki kat sungai yang penuh dengan ikan..ikan tu akan mai gigit-gigit kaki kita..tak sakit pun cuma geli ja..sapa yang geli tu terjerit-jerit lah..




Pastu kami pi desa cattle pulak..tengok lembu new zealand..cantik sangat tempat ni..memang rasa macam kat new zealand pulak..hihi..dan last destination kat kundasang adalah kundasang war memorial..ingat nak singgah kinabalu park jugak..tapi dah lewat..kami pun teruskan perjalanan ke kota kinabalu pulak..yang mengambil masa hampir 2 jam..Sampai kat KK terus check in hotel, rehat-rehat sat, solat, kami keluaq semula untuk pi makan kat pasar filipin..pasar malam yang menjadi kunjungan ramai untuk makan segala jenis ikan dan seafood bakar dengan harga yang sangat berpatutan..






Lepas makan, kami menuju ke tamu berhadapan dengan pasar filipin yang menjual kerongsang, beg2, baju, macam-macam la..ha kat sini kena pandai tawaq-menawaq baru la dapat harga murah..penat membeli kami pun membelah..tapi bukan terus balik hotel..kami p lagi 1 tempat..tanjung aru..tempat lepak waktu malam tepi pantai..cantik..dan macam-macam jenis makanan ada jual kat situ..yang jadi feveret aku jagung rebus dan jeruk..

Banyak sangat dah aktiviti kami pada hari ke-2 kat sabah ni..so next destination tunggu pa lagi..balik hotel lah..aktiviti seterusnya kat hotel tahu-tahu sajalah..hihi..

Takat tu dulu aku nak cerita..hari ke 3 kat sabah kalau rajin nanti aku update..hihi..ok, daaaa... ('',)

2 comments:

♥ Nana BamBam ♥ said...

best die gi jalan2..jeles i jah..huhu

Annisa said...

Salam. cantiknya Sabah ^_^ <3

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...