My World

My World

Saturday, May 14, 2011

Berjogging + Berkuda..


(Entry yang tertangguh disebabkan blogger currently unavailable..)

Macam mana tiba-tiba boleh pi naik kuda ni? Padahal tak plan awai-awai pun..ha meh nak merungkaikan ceghite ini..haha

Alkisahnya kitorang cuma plan untuk berjogging..tapi ada la kawan aku sorang tu dia rasa malas-malas pulak nak jogging..boleh pulak macam tu..haha..pastu aku pun bagi la cadangan kita p cable car ke, naik kuda ke..tapi aku terlupa bawak purse, so tak boleh la p cable car..nanti dia nak cek ic kot..

Masa tengah bersembang-sembang tu memang dah nak sampai kat trek jogging pun..alang-alang aku kata kita jogging jugak la..jalan-jalan je, tak jogging pun takpa..so aktiviti kitorang sepatutnya diberi nama berjalan-jalan di trek jogging..hihi

Hasil berjalan-jalan tu dapat la dikumpulkan serba sedikit gambar-gambar ini.. :D



Kan dah plan nak p naik kuda, aku pun call la anak murid aku, namanya ummu (ladang kuda kepunyaan keluarganya)..tanya dia pukul berapa boleh naik kuda tu..ummu kata pukul 8-11..so masih sempat la nak pi..

Lepas ja jogging tu terus bergerak ke tempat horse riding tu..dulu aku pernah naik kuda masa kat sekolah rendah..time tu ada hari keluarga..yang aku ingat aku bayar RM1 untuk naik..sat ja pun..

So hari ni nak naik lama sikit la..kira lama la jugak dapat round 2 pusingan ladang kuda tu..fuhhh memang best la..mula-mula tu rasa gayat la jugak bila kuda tu start jalan..tapi lama-lama dah ok..ummu kata belajaq balance kan badan dulu..nanti lepas ni bolehla naik pi jalan-jalan dekat dalam hutan pulak..huuu tak sabarnye nak menunggang kuda kat dalam hutan pulak... :D

Sapa-sapa yang berminat bolehla pergi ke tempat horse riding tu..bersebelahan cable car je..tapi harganya aku tak pasti la pulak..sebab hari ni ummu bagi naik free ja..terima kasih ummu.. :D



Naiklah kuda sebelum kuda naik anda..hehe..lepas ni aku nak try sukan memanah pulak..berenang dah, naik kuda pun dah..sebab apa aku mention 3 sukan ni? Haaa sebab Nabi Muhammad menggalakkan kita untuk belajar berenang, memanah dan berkuda..

Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).”(Riwayat Muslim)

Ketiga-tiga sukan ni ada keistimewaannya tersendiri berbanding sukan-sukan yang lain..aku nak kongsikan sama-sama dengan kalian semua..aku petik daripada laman web ni: http://www.mrsmgemencheh.com/ijtihadik/mengapa-berkudamemanah-dan-berenang/

Berkuda
Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.
Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

Memanah

Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.

Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

Berenang

Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular )

Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.

Baginda juga pernah bergusti dengan ahli gusti kafir Quraisy, Rukanah bin Abu Yazid bin Hashim. Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya. Syarat pertandingan itu ialah jika Rasulullah menang, Rukamah akan memeluk Islam. Akhirnya, Rasulullah memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu.

Dalam peristiwa lain, Rasulullah pernah berlumba lari dengan isterinya, Saidatina Aishah. Semua ini membuktikan yang Islam mengharuskan kita bersukan. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’.

Ini semua semenangnya selaras dengan kajian saintifik yang menganjurkan kesihatan melalui sukan.

Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara:

(1) Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah).
(2) Seorang yang mendidik kudanya.
(3) Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya.
(4) Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)

Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Dan ia bersabda:

“Kuda itu ada tiga macam: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan.Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk memenuhi keperluannya.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim )

Itu sahaja dari aku, sekian terima kasih..

p/s: mai pakat ramai-ramai kita bersukan kerana Islam menggalakkan umatnya bersukan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w, Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih Allah kasihi daripada mukmin yang lemah.(Riwayat Muslim)


2 comments:

Anonymous said...

salam..
awk main kuda kat mane?
sy terimgin...dulu pnah naik sekali je...
:)

Gee Jah Noor said...

w'slm..kat langkawi..meh la naik kuda kat sini.. :)

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...