My World

My World

Sunday, May 1, 2011

Selamat Pengantin Baru..


Tahniah diucapkan kepada kawan sekampung ku..Nur Zafirah, atau aku panggil dia sebagai Noah..dia panggil aku pulak sebagai jah..haha..maklumla kawan dari kecik...

Jah ucapkan semoga Noah berbahagia hingga ke akhir hayat..

Uwaaaaa, semua kawan-kawan sekampung aku dah kahwin dan ada yang nak kahwin..yang lagi sorang kawan baik aku jugak, nak langsungkan akad nikah pada 14 Mei ni..alamak! tinggai aku sorang ja la..aiyaaa nak lari mana la lepas ni kalau orang-orang kampung dok tanya..haha...

Buat apa la nak lari..ni maksudnya jodoh depa dah sampai..jodoh aku belum lagi..aku tak merungut pun apatah lagi mengeluh..Allah tahu yang terbaik untuk hambanya..kalau Dia kata baikla sesuatu itu, baikla benda tu..kalau Dia kata tak elok, Dia takkan bagi lagi dekat kita..semua tu ujian yang kita kena hadapi...

Walaubagaimanapun aku memang takkan dapat lari dari persoalan ini..anak-anak murid sendiri pun dok tanya..so biarlah mereka bertanya...biarlah rahsia aku ngan Tuhan bila aku akan kahwin.. :)

Ok, aku tempek gambar2 kawan aku lah...cantik sangat Raja sehari ni..anggun didalam kilauan merah..jum layan..









p/s: Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan..Jodoh usah terlalu dirisaukan..tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorongnya supaya jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang..

Eh belum habis cerita sebenarnya ni..masuk entry yang ke-2 untuk hari ni..he..semalam aku pergi jenguk anak2 sedara aku..rindu kat dorang..tambah2 kat oya yang nakal tu..



awat masam je auliya?

dah banyak entry cerita pasal si oya ni..antaranya kat sini, sini dan sini...

Pastu aku main-main sekali ngan azmil hafiz (adik oya)..kuat gelak ini budak..kecik2 dah pandai gelak bila diacah..untuk yang belum tahu cerita pasal azmil boleh tengok kat sini dan sini...semoga azmil cepat sembuh ye..




Hari ni pulak, jumpa lagi dengan oya..mak ayah dia datang kenduri kat umah jiran aku tu..so angkut anak2 dia semua la..tengok la si oya yang belemoih ni..tak boleh duk diam..memang aktif sungguh..


Ok, sampai sini dulu entry aku..cukup untuk hari ni..sehingga berjumpa lagi..sebelum tu, kita sama-sama renungkan..

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: “Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). ” - Hadis riwayat Imam Bukhari


3 comments:

CikHaniBhulat said...

cantiknyew...merah mak ngah baju pengantin =)

Cik Tqah said...

ala.. zafirah kawen x ajak kami pon gee..km ada kt kedah kot

Gee Jah Noor said...

CikHanieBhulat: merah tu menawan..he

Cik Tqah: huhu dia tertinggal la tu..kami pn keterlupaan..kalut aritu..huhu sowiey2..kalau x,leh jemput bg pihak dia..

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...