My World

My World

Monday, May 16, 2011

Potluck Hari Guru: Kerepek Sukun... Hehehe


Punya la puas berfikir nak buat potluck apa untuk jamuan hari guru..macam-macam yang keluar di minda, tapi last-last kerepek sukun ja..haha..jadi la tu..

Alang-alang dah ada buah sukun kat sekolah aku, apa lagi, ambik je la kan..cumanya buah sukun tu punyala tinggi..jenuh pikiaq camna nak kait..last skali aku tanya kat sorang guru kat sekolah aku ni dan dia bagi cadangan untuk guna batang paip..hahaha..

So, petang tadi pun aku mula lah menjalankan operasi mengait buah sukun ni..bersama-sama ngan housemate kecayanganku..

dasat betoi cikgu-cikgu ni.. :p

sampai naik ke atas bangunan untuk mengait sukun..haha

dapat gak dua bijik buah sukun..

Akhirnya siap la kerepek buah sukun setelah semalaman aku membuatnya...lepas siap buat kerepek sukun ni la aku teruih tulis blog..


Besok macam biasalah, bila tiba hari guru ada la sambutan nya..cikgu-cikgu akan diraikan..disambut oleh para pelajar dan diarak menuju ke dewan bersama-sama dengan iringan kompang...dan macam-macam lah aktiviti lain..tunggu aku update esok pulak ye..

Esok jugak ada acara sukaneka..tadi borang dah diedarkan untuk sapa yang nak join..aku dan housemate aku tak ketinggalan menyertainya..banyak jugakla yang kami masuk..antaranya futsal, isi air dalam botol, bawa bola pingpong, semakin jauh semakin sayang dan boling kelapa..huhu tak sabonya nak bersukaneka esok.. :D

Haaa..untuk sukaneka esok, aku akan pakai baju kat bawah ni..baju malaysia tu..siap pi jahit nama lagi..ni semua kerja aku dan housemate aku..so, besok kami akan jadi boria rumah guru..hehe

smart tak? hehe

Sebagai kata-kata akhir, aku ucapkan selamat hari guru untuk semua pendidik yang telah berjasa menyumbang tenaga mendidik para pelajar..termasuklah cikgu-cikgu yang mengajar aku dahulu..jasa kalian tak pernah aku lupa..bersama-samalah kita menjadi guru yang dapat menjana transformasi pendidikan negara... :)

2 comments:

Cik Puan Tqah said...

selamat hari guru gee :).. sdp kepe..mai skett

Gee Jah Noor said...

thanks tqah..nak kepek? dah habish..hehe

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...