My World

My World

Tuesday, May 31, 2011

Hari Ni Lepak Kat CC je...

Apa program aku hari ni? erm pagi-pagi tadi bangun bawak adik aku pi belajaq kereta..dekat stargate..iaitu kawasan yang baru saja dibangunkan yang belum beroperasi..so boleh la nak belajaq bawak kereta kat situ..memang luas gak kawasan dia...

Biasala aku ni kalau mengajaq adik sendiri automatik jadi garang gila..padahal budak tu baru belajaq, memangla tak berapa reti sangat nak control stereng, gear, clutch..tapi sebab menggunakan kereta kesayangan aku yang masih baru lagi tu, (baru ke? hehe) tu yang aku seriau..tapi lepas marah tu aku cool balik la..hihi

To my sis, sorry kak tak sengaja termarah..tapi tak pa, confirm lepas ni adik pandai bawak kereta, and gud luck four your JPJ test tomorrow..i know u can duit (do it.. :p).. all da best!

Dan untuk hari ini aku lepak-lepak kat CC ja..tolong apa-apa yang patut..tapi yang banyaknya tolong online je la..haha..sejak kebelakangan ni CC aku kurang mendapat sambutan sikit..disebabkan ramai pelajar sekolah dapat notebook free..notebook yang 1 Malaysia tu..selalunya budak-budak yang datang online ni kebanyakannya budak sekolah menengah kat kawasan rumah aku ni..tapi memandangkan depa dah ada laptop depa pi la online kat tempat yang ada wireless..

Aku terima benda ini..kalau dah Allah kata banyak tu rezeki aku banyak tu lah..aku redha..cuma sekarang aku nak merancang strategi lain untuk memantapkan lagi perniagaan aku ni..mungkin lepas ni fokus kat fotostat la pulak..

Dan jangan lupa apa-apa pun yang berlaku, Allah sentiasa bersama kita..kalau ada masalah, kita boleh memohon pertolongan daripadaNya di samping kita berusaha untuk mempertingkatkan diri...

Di sini aku nak share sikit doa apabila kita dalam keadaan susah hati..

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

”Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan manusia.”

Amin...

Sekian, wassalam...


tata ('',)

2 comments:

Cik Puan Tqah said...

xpela gee..rezeki kat mana-mana jer..wat business online plak ke..hehe

Gee Jah Noor said...

bisnes on9 xreti la..huhu

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...