My World

My World

Wednesday, June 1, 2011

Banyaknya Kenduri Kahwin...


Banyak giler kot kenduri kahwin cuti sekolah kali ni..dari la hari sabtu bermula cuti sekolah sampai la ke hari sabtu berakhir cuti sekolah..

Tapi tak kesemuanya aku dapat menghadirkan diri..untuk 1st week cuti ni ja aku dapat makan kenduri..2nd week cuti sekolah aku tak da kat Malaysia..haha macam nak pi jauh ja kan..padahal aku nak pi negara yang berjiran dengan Malaysia ja..insyaAllah..

Hari Sabtu lepas aku pergi 3 buah kenduri..memang penuh perut aku sampai kenduri yang ke-3 tu aku tak makan dah..eh lupa pulak..makan jugaklah..makan bubur gandum..nak makan nasi memang tak boleh dah..perut aku dah sesak dengan nasi..hehe...

Hari Ahad pulak aku pergi kenduri kat kuala muda..kat kampung mak aku..kalau p kuala muda tu tak sah kalau tak singgah rumah sedara mara..sedara sebelah mak dan arwah ayah aku banyak kat area sana..so pergi pagi, petangnya tu baru balik rumah..hari ini jugak ada 2 kenduri lagi..1 kat kuala ketil dan lagi 1 kt simpang empat..tapi aku tak dapat pergi sebab dah pegi kat kuala muda..sory kawan2..

Hari isnin dan selasa aku dok di rumah ja, buat kerja apa-apa yang patut..kenduri takdak hari isnin dan selasa..

Ha hari ni ada pulak kenduri..kat kampung aku ni..sat lagi nak pi la kenduri ni..esok pulak aku nak pi melawat kawan-kawan aku yang dah lama tak jumpa..

Hari jumaat ada kenduri ke ek..rasanya tak da kot..tu la banyak sangat sampai terlupa..hehe..tapi petang tu aku janji ngan kawan aku nak pi cari hadiah untuk kawan yang nak kahwin..

Seterusnya, hari sabtu lagi..ni masuk minggu ke 2 cuti sekolah..ha hari ni ada 2 jemputan..dari kawan-kawan aku..tak termasuk yang dari sedara mara..tapi yang kenduri sedara mara tu aku tak dapat pegi..sebab agak jauh..aku pi kenduri yang kawan-kawan aku ni ja la..

Hari ahad pulak (5 Jun)..1 jemputan kenduri kahwin dan lagi 1 majlis pertunangan..aku pergi yang majlis pertunangan..sebab yang kenduri kahwin tu aku pi yang sebelah perempuan pada 4jun..

Ok, itu dulu agenda untuk ke kenduri kahwin..hari isnin 6 Jun aku akan berangkat ke KL..11 Jun pulak baru balik ke kedah..so kenduri yang antara tarikh ni memang aku tak dapat pergi...minta maaf ye kawan-kawan..

sumber dari google images..

p/s: tahniah untuk kawan-kawan yang melangsungkan perkahwinan..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..dan tak lupa jugak yang mengikat tali pertunangan, cepat2 la langsungkan majlis..he.. da...

2 comments:

a n a s t a s y e a said...

Cuti-cuti sekolah macam nie memang banyak kenduri kahwin. =)

anastasyea's latest post .. Bersantai kat pantai Kuala Muda | Hirup udara segar !

Gee Jah Noor said...

aah..sampai tak terpegi pn ada... :D

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...