My World

My World

Wednesday, October 6, 2010

Lima Bentuk Keganasan...

Tetiba lak cerita pasal keganasan..haha..aku dok tengok utusan online..pastu terbaca tentang artikel ni..aku pon tertarik untuk share ngan korang..so aku pon letak la kat blog aku ni..

Keganasan dalam artikel ni lebih kepada keganasan terhadap wanita...sesuai untuk yang dah kawen..tapi takpala, yang tak kawen lagi pon kena tau jugak pasal ni..oleh itu, wahai wanita-wanita sekalian (termasukla aku), keganasan kat kita ni bukan ja dari segi fizikal..tapi orang boleh aniaya kita dalam pelbagai cara..seperti yang aku senaraikan kat bawah ni..

  • Keganasan fizikal

Antara contoh keganasan fizikal ialah tindakan lelaki memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang, melukakan, mematahkan tulang, membaling barang, menggunakan senjata dalam tindakan dan sebagainya.

Selain itu tindakan suami atau lelaki yang menghalang isteri atau mana-mana wanita daripada mendapatkan keperluan asas manusia seperti makan, minum, tidur dan juga tempat perlindungan juga dianggap perlakuan di bawah kategori keganasan fizikal ini.

  • Keganasan psikologi/emosi

Secara umumnya, ramai wanita tidak menyedari bahawa keganasan berbentuk psikologi atau emosi ini lebih mendatangkan impak yang mendalam dalam kehidupan mereka.

Tindakan lelaki yang berbentuk ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah wanita atau isteri boleh membahayakan nilai harga diri dan perasaan wanita yang akhirnya akan hidup dalam suasana 'berendam air mata'.

Perlu ditekankan dalam Islam, menyebabkan darar syarie (kecelakaan pada tubuh badan isteri), yang boleh menjadi alasan perceraian, adalah juga mencakupi aspek kecelakaan berbentuk psikologi atau emosi ini.

  • Keganasan seksual

Memandangkan isu-isu berbentuk seksual adalah sesuatu yang tabu (terlarang) dalam masyarakat kita, ramai juga mangsa di kalangan wanita berasa malu ingin menzahirkan hakikat bahawa mereka telah diganasi melalui perlakuan atau tindakan berbentuk seksual yang ganas.

Ada juga persepsi di kalangan wanita mengatakan bahawa perkara tersebut adalah hak seorang suami dalam perkahwinan dan sang isteri mestilah tunduk menurutinya.

Antara contoh perlakuan, suami atau lelaki memaksa isteri atau wanita melakukan atau melihat sesuatu berbentuk seksual tanpa kemahuan wanita tersebut.

Selain itu segala bentuk perlakuan suami yang menyakiti isteri ketika melakukan hubungan seksual juga dikategorikan sebagai keganasan seksual yang termasuk perlakuan liwat, memasukkan sebarang objek ke dalam kemaluan isteri dan lain-lain.

  • Keganasan sosial

Keganasan atau penganiayaan berbentuk sosial ini juga sering berlaku tanpa disedari kaum wanita, terutama mereka yang telah dikaburi dengan pemahaman agama yang tidak tepat berkenaan hak suami dan isteri dalam rumah tangga.

Keganasan berbentuk sosial ini boleh berlaku apabila Isteri atau wanita itu sering didorong untuk bergantung bulat-bulat kepada suaminya.

Sifat kebergantungan antara suami isteri adalah sifat yang mulia yang seharusnya diterapkan dalam kehidupan berumah tangga.

Namun jika kebergantungan ini didorong oleh sikap untuk memeras dan menindas hak seseorang wanita, ia adalah satu tindakan yang salah dan menyalahi hukum syarak sendiri.

  • Keganasan kewangan

Keganasan aspek ini boleh berlaku apabila seseorang wanita itu dihalang daripada mencari pekerjaan dan juga dinafikan hak nafkah yang mana adalah mutlak milik isteri dalam perkahwinan.

Ada juga banyak kes yang mana isteri itu tidak dibenarkan untuk membuka akaun bank atau menyimpan wang pendapatannya sendiri, ini menyebabkan seorang wanita bergantung sepenuhnya kepada suami walaupun keperluan asas beliau.

Justeru, berdasarkan penjelasan yang diberikan di atas, keganasan terhadap wanita itu adalah perbuatan yang menganiayai wanita dalam pelbagai cara, bukan hanya semata-mata fizikal, yang semua lapisan masyarakat perlu akur dan menerima bahawa ia tidak boleh diterima sebagai satu daripada cara hidup dalam rumah tangga masyarakat yang bertamadun.

Segeralah cari pertolongan, laporkan kepada pihak berkuasa dan hentikanlah kitaran keganasan yang telah, sedang atau yang akan berlaku dalam rumah kita sendiri. Mendiamkan diri bermakna kita menerima perlakuan jenayah yang berlaku, dan ingat jika ini berlaku tidak mustahil ia boleh berlaku dalam rumahtangga kita sendiri.

Ingat, perkahwinan, percintaan dan kasih sayang itu tidak boleh dan tidak sepatutnya disulami dengan keganasan dan penindasan.


Bahana letak komputer riba atas paha..

Ni aku nak share info berguna dengan korang-korang semua...aku tengok kat kosmo online...mari kita hayati info ini bersama-sama.. :P

CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.

Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.

Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.

Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.

Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.

GAMBAR yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan seperti melecur akibat meletakkan komputer riba di atas pahanya.

Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.

Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.

Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.

Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.

Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca.

**so kita kena la amik iktibar atas apa yg berlaku ni ye...janganla letak laptop korang atas riba korang..letak kt atas meja ke lantai ke, kecuali paha..sayangi lah paha anda...lebih baik kita elak daripada kita merawat di kemudian hari...berguna kan info saya ni..hehe...ok da...

Monday, October 4, 2010

Gee Jah Network & Resources...

Suka pulak aku menulis blog sekarang..nape ye? Ha..sebabnya banyak jugak masa terluang sekarang ni..student-student aku nak amek peksa PMR..jadi tak la sibuk nak sediakan lesson plan bagai..cuma kena awasi dorang ja masa periksa nanti...waktu petang-petang memang tak buat apa la..tido jela keja aku...sebelom tido tu la aku tulis blog ni..nak p
dating petang-petang pon nak p dating ngan sapa? Haha...

Untuk pengetahuan korang aku malas lagi nak pikir cinta-cinta ni...memang tak dak mood la la ni..aku rasa bebas bila sorang-sorang ni..suka ati aku je nak buat apa kan..nape aku jadi camni yer..hmmm entahla..sebab dah banyak kali kecewa kot..banyak ke? Sikit je pon..tapi tersangat peritnye la bila kuciwa..so sekarang biar je la..laki-laki yang kat luar sana yang tengah berhasrat nak mengorat aku tu padamkan jela hasrat korang tu (amboi belagak nya minah ni..padahal tak dak pon laki-laki nak mengorat aku ni)..kalau ada pon, suka ati la nak kata aku ni minah poyo ka..lantak la hangpa nak kata apa pon..hidup aku,aku punya suka..cewaahhh..
macam hampeh je..hakhak...

lau dah jodoh tu kawen jugak aku nanti kan..dah sampai seru nanti kawen je terus..bercinta lepas kawen..kan senang..haha..sekarang ni aku tak nak lagi buang masa pikir cinta-cinta ni..aku pon masih muda lagi..muda ka? Haha...banyak lagi komitmen yang aku kena handle...antaranya.. kerjaya aku ni, keluarga aku, bisnes aku..bisnes? ha bisnes apa tu? Itu yang korang taktau..haha..nanti bila dah bisnes ni berkembang baru aku akan perkenalkan..
cewahhh... sekarang masih dalam permulaan..aku harap ia akan berjaya..sedikit
sebanyak dapat mengubah kehidupan aku n family aku..
banyak agenda yang aku sedang aturkan..hope
akan menjadi kenyataan..insyaAllah...

Ni aku cuma nak share sikit ja..(yang atas tu baru mukadimah)..ni baru nak masuk isi..kikiki..nama company aku..fuyyyooo company ka? Bukanla company..cuma kedai biasa-biasa ja..asalnya Gee Jah Network & Communication..tapi tak approve pulak..ni la logonya...


N ni sijil pendaftaran..(alamat, no pendaftaran n jenis perniagaan dirahsiakan dulu..hihi)


So tukar la nama kepada Gee Jah Network & Resources... (logo yang sama, tapi tukar tulisan Communication kepada Resources)..actually, nak kata bisnes aku je, tak jugak..sebab ia melibatkan family..kira bisnes family la ni..masing-masing menyumbang..cuma aku nak letakkan nama aku..adik aku memang jeles gile ni..tapi okay apa nama adik pon ada jugak..untuk letrik kedai tu..hahaha..n abang aku la yang banyak menyumbang tenaga dan keringatnya..thank u so much..adik aku la yang menguruskan bisnes ni sekarang...aku jauh di rantauan..terpisah dek lautan..nak balik tiap-tiap minggu parah la jugak..tambang feri ja dah berapa..plus teksi lagi..nak p jeti n masa nak balik ke kuarters..hu banyak tu duet abes skali balik..so lepas ni aku kena kurangkan balik..sebelum-sebelum ni hampir setiap minggu gak aku balik..sebab nak settle kan hal ni la..tapi kadang-kadang kalau dah tak tahan nak balik tu, balik jugakla..rindu kat kampung halaman..pasal bisnes aku ni agak-agak aku wat perkhidmatan ape? adala...nanti-nantila aku share...ni kecil-kecilan je..baru peringkat permulaan..nak share pon malu je..hehe..

Masa cuti sekolah nanti aku betol-betol nak tumpukan kat bisnes aku ni..nak tambah ape-ape yang patut..sekarang cuma memberi arahan dan membuat pemantauan..ha..nanti cuti sekolah aku akan turun padang sekali la..insyaAllah..korang-korang janganla expect bisnes aku ni hebat..ala setakat gerai kecik dekat umah je..nak membantu adik aku yang tak dak keja lagi tu..so aku bagi la keja kt dia..haha..sedikit sebanyak leh tolong mak aku kat umah tu..lau dia keja jauh-jauh, nanti tinggal mak aku sorang kat umah..at least dia leh tengok-tengokkan mak aku..anak sedara aku lak, sejak kedai tu ada barang sikit-sikit, walaupun belom buka lagi, depa la menjadi pelanggan utama..pelanggan tetap pulak tu..setiap ari masuk kedai tu..isk2..yang lawaknya, mintak duet kat mak aku pulak tu..lau mak aku tak bagi, nanges pulak..nanges yang berjam-jam baru nak stop..mak aku yang baik ati tu pon bagi la kat cucu dia tu..huhu...

Pasal nak bangunkan bisnes ni bukan senang ye..dah lama sangat dah planning..macam-macam urusan..lepas satu, satu..tertangguh-tangguh la jugak..asalnya nak buka awal lagi..dalam bulan 6 la, pastu tangguh punya tangguh, secara rasminya bulan 10 ni baru buka..aku rasa yang jadi bulan 10 ni sebab bulan kelahiran aku kot..supaya menjadi lebih bersejarah..cewahh..hakhak.. pasal bajet tu tak payah nak kata la..banyak la aku abes..sampai orang kata hutang keliling pinggang la..sesak nafas pon ada..huhu..sekarang ni pon masih lagi..sebab selagi bisnes
tak maju kan..bisnes ni pon ada pasang surutnya...aku tak boleh terlalu berharap..
papepon aku cuba sedaya aku...rezeki tu datang dari Tuhan..aku hanya mampu
berdoa dan berdoa supaya dilimpahkan rezeki..amin.. (“,)

PMR datang lagi...


Arini ari ahad..lusa ari selasa..iaitu hari exam PMR (5/10/10).. nak dekat-dekat exam PMR ni teringat kisah aku dulu masa nak amek PMR....aku ni tak la rajin stadi sangat...wat keje sekolah tu ari-ari la..time nak exam je baru ulangkaji...hehe...aku ni nak kata bijak sangat tak la jugak..tak penah pon dapat nombor 1, 2 @ 3...tapi top ten la..hehe..masa form 1 aku memang minat sangat math n geog...memang salu aku skor...geog tu salu la jugak highest..hehe..math tu ada la jarang-jarang skali..sebab ramai yang terror math dalam kelas aku tu...subjek yang lain-lain tu okla..nk kata terror pon tak jugak, lemah sangat pon tak jugak..pertengahan la..hehe...masa masuk form 2, math n geog aku merosot..math tu aku jadi tak berapa faham dah bila cikgu ajar..makin kompleks la katakan..aku betol-betol konpius tajuk nombor negatif...geog pon makin susah...smpaila result aku btol-betol merosot..math yang tak penah gagal pon leh gagal...huhu ape dah jadi ni...so masa form 3, aku minta kebenaran kat ayah aku nak amek tuisyen math..kt Sek. Men TM..ala kat sebelah Mydin yang dekat-dekat ngan city plaza tu...aku just amek tuisyen math je..subjek lain tak amek pn..yela, masa tu aku ingat lagi, family aku susah sket..keadaan kewangan yg tak mengizinkan untuk aku amek tuisyen subjek lain..so amek subjek yang penting je..bila p tuisyen tu baru la aku paham math yang sejak form 2 yang aku tak faham...aku cover balik tajuk-tajuk yang aku tak paham tu..wat latihan bebanyak..smpai la aku jadi terrorist..eh silap, terror..hehe...agak-agak dalam beberapa bulan je aku pon benti tuisyen kt situ...

ehem ehem yang sonoknye masa tuisyen kat situ sempat lagi sorang budak ni tackle aku...haha..aku ingat lagi nama dia..biarlah rahsia..dia anta surat kat aku...minggu depan tu baru aku balas..yela tuisyen seminggu sekali...dalam surat tu dia kata nak berkenalan ngan aku...masa kat tuisyen tu dia suka kacau aku..dok sakat-sakat aku..pastu dok tiru-tiru la...aku tak berapa suka la..bila dia antaq surat tu, aku pon karang la ayat untuk balas balik...aku ckp aku tak nak kawan ngan laki..ayah aku tak kasi..huhu..n ada lagi la dot dot dot yg aku tak ingat dah...masa tu memang tak reti lagi nak pikir pasal cinta-cinta ni...bukan macam budak-budak skang ni..sekolah rendah pon dah pandai bercinta..men fb lagi la..dulu fb pon kita tak kenal...sebab masa tu mana la ada fb lagi..n belom lagi femes internet-internet ni...lagipun ayah aku ni memang tak suka aku berkawan ngan lelaki...almaklumla anak ustaz..nak kata aku anak yang baik tu tak la sangat..tapi masih taat pada perintah ibubapa..hehe...Cuma aku terkilan ayah aku dah pergi meninggalkan kami sekeluarga..semoga rohnya aman di sana...amin...mak ayah aku nak aku stadi, tumpukan pada pelajaran, nak anak-anak dia berjaya..lau dok start berkawan ngan laki ni macam-macam boleh jadi...alhamdulillah berkat tunjuk ajar dorang, aku dah berjaya skang...

Ok, sambung balik kisah math aku tu..bila dah faham math tu betol-betol, aku pon menunjukkan belang aku la..cewahhh...dalam exam pertengahan tahun kot, aku dah mula skor..n sterusnya smpai la exam PMR...masa PMR tu aku target A la untuk math..yang lain-lain aku tak berani sangat kecuali BM n Pendidikan Islam..kiranya 3A dalam tangan la..tapi kan aku ni ada gak berangan...lau la Geog pon dpt A, Sejarah pon dapat A, KH pon dapat A, Sains pon dapat A, selonokkknyeee...BI memang takleh target A..huhu...tp tula, angan-angan je la kan...aku kan suka berangan..haha...masa trial lau tak silap aku cuma dapat 2A je...harap-harap PMR lagi okla...tik tok tik tok jam berdetik smpaila keputusan PMR kuar...aku dok angan-angan lagi ni..tapi tak mengharap sangat la..aku pon p sekolah ngan kawan-kawan aku amek result...berdebar takyah kata la...sampai giliran aku untuk amik result tu...fuuhhhh alangkah terkejutnya aku...BM A, Math A, Sains A (tak sangka), Geog A (tak sangka jugak), Sejarah A (lagi la tak sangka), KH pon A...fuyyyooo banyak jugak A aku ni...tapi PI aku...aduh kenapa?..kenapa?.. kenapa PI aku dapat B..isk2...BI tu takpala dapat B..tapi kenapa PI..memang susah jugak terima kenyataan..hehe...tapi yang best yang len-len tu dpt A...jumlah smuanya 6A 1B...tak penah-penah aku sangka..aku cuma berangan ja..jadi kenyataan la pulak..tapi PI tu tak jadi kenyataan..padahal aku kondifen gile leh dapat A..tu la lenkali jangan terlalu kondifen..kan dah kena..huhu...aku bangga la jugak dengan diri aku ni..hehe...(walaupon kat seluruh malaysia ramai lagi yang dapat 9A la)..aku antara pelajar terbaik kat sekolah aku..yang paling terbaik 7A 1B..pastu ada beberapa org lg 6A 2B...

So masa penyampaian anugerah cemerlang aku pon tergolong la dalam senarai yang dapat anugerah..aku ingat lagi masa aku form4, masa nka hari anugerah cemerlang kan kena berlatih bagai...aku pon p la setiap sesi latihan tu..pastu bila dah abes sesi latihan, aku pon masuk kelas..masa tu time BM..cikgu tu macam pelik je tengok aku masuk..dia tanya aku p mana..aku jawab la..aku p berlatih amek adiah..dia tanya dapat anugerah apa..aku kata terbaik PMR...dia mcm pelik je tengok aku...huhu..agaknya dia tak sangka aku ni dapat terbaik PMR..yela muka innocent macam aku ni dapat terbaik PMR..isk2 sukar dipercayai...hehe..aku ni bukan kategori yang menonjol kat sekolah..tak kirala dari segi akademik n sukan..tapi ade gak la sket wakil sekolah untuk kuiz perdana..tapi tu pon masa form 4..pokoknya aku start femes sket-sket masa form 4 la..baru orang kenai aku..cikgu-cikgu pon mula kenai..daripada yang tak kenai langsung...hehe...

Oh ye lupe nak cite...lepas je dapat result tu aku pon terus balik umah..aku wat muke slumber je..bila ayah aku tanya, dapat berapa..aku pon tunjuk result aku...ayah aku ni memang menitikberatkan soal pelajaran aku..so bla dia tengok...mcm tekejut jugakla...n nampak riak happy kat wajah dia..family aku ni jenis tak bagi adiah..aku lak tak mintak..so cmtu jela...huhu takpela, janji dapat menggembirakan ayah n mak aku...ha tapi aku ada dapat adiah dari abang aku.. tapi sekali ngan adiah befday.. xpela, janji dapat adiah ..hehe..abang aku bagi pen..pen yang dalam kotak tu...ala nama ape tu pen-pen yang macam tu..tak ingat dah org panggil ape..pen tu ada lagi..tapi dah takleh guna..kehabisan dakwat...ha pastu yang anugerah cemerlang kat sekolah tu, aku dapat piala n sampul..tau tak dalam sampul tu ade ape...ade duet...fuyyyooo duet tu..RM50..sangat-sangat bermakna untuk aku...RM50 pada waktu tu sangatlah bernilai...pastu piala yang aku dapat tu terukir nama aku n tulisan pelajar terbaik PMR...wahhhh bangga siot..hehe...n dapat sijil gak..sijil tu la yang sangat bermakna...

ha begitula cerita pasal PMR aku...hehehe...memang cite yang takleh aku lupa la...saat-saat manis gi amek result tu...terbayang-bayang lagi di benak pikiran aku... aku harap sangat students aku akan berjaya untuk PMR nanti..untuk students kelas aku, 3G (macam nama aku pulak) haha...cikgu harap sangat kamu-kamu semua dapat jawab soklan math..tumpukan kat topik yang cikgu salu bagi latihan tu...cikgu dah cuba bagi kamu faham..harap-harap leh jawabla nanti...tak dapat A n B pon takpela, janji lulus..huhu..yela, ni kelas belakang..ingat senang ke nak ajar dorang..dah la sekolah ni ada 4kelas RK, pastu kelas ABCDEFG..ha cube kira G tu nombor berapa..nombor 11 tau..kelas nombor 11 tu aku ajar..isk2..sabor jela ngan kerenah dorang...yang kelas len-len tu aku ajar sivik..3RK1, 3RK2, 3RK4, 3B n 3F..ha betapa banyaknye kelas aku ajar sivik..math tu 1 kelas je...hahah..takpela, jnji ade gak ajar math...lagipun kat sekolah ni aku pegang jawatan sebagai setiausaha panitia math...mmg akan kena ajar math la walaupun 1 kls..huhu...tu je la cte aku utk setakat ini...gudluck kepada semua yang amek PMR,k..terutamanya anak sedara aku yang kat taiping tu n anak-anak murid aku kt smktp ni...jawab exam leklok...da....

Thursday, September 30, 2010

Ubat ohh ubat...

ni gamba ubat yang aku amek kt kampung aritu...

ni lak gamba ubat yang aku baru amek tadi...

nak jadikan cerita, aku dah kira sihat dah masa mai sekolah ari isnin aritu...tapi aritu ujan lebat lak..masa tu pukui 12 dah...aku ada kelas...pagi-pagi nak mai sekolah tak hujan pon..aku pon tak la bawak payung...lau ujan pagi-pagi tu mestila aku bawak payung ke sekolah...so ari isnin kul 12 tu aku nak p kelas la..walaupun lalu ikut jalan berbumbung, tapi totap kena ujan..ujan yang sangat lebat..dah la kelas tu jauh...emm nak wat camna kan...so ari isnin petang tu tak rasa apa-apa lagi...kemarin la, ari selasa petang aku rasa len macam sikit...malamnya tu aku tak larat..tertido awal...dalam keadaan yang tak tido betol-betol..napa tak tido betol-betol lak? sebab aku dok tengah online...smbil baring-baring...biar je laptop terpasang...ingatkan nanti nak bangun balik...pastu aku tertdoq..tdoq atas tikaq je..lom hampar toto lagi...oh ye, kat kuartes ni takdak katil n tilam..jadi tidor atas toto jela..hehe...kul brapa entah aku terbangun aku pon hampar toto n sambung tido...

pagi tadi kat sekolah aku rasa macam nak pitam...masa berdiri tengah sembang ngan umarin pasal nk cat tangga n tembok blok c...pastu aku cakapla kat umarin sebab aku dah rasa kelam n badan berpeluh-peluh...umarin suh aku duduk...bila dah ok baru aku p ke dewan bawah makmal untuk jumpa ngan budak-budak tenis pasal projek mengecat tu...minggu depanla baru kitorang start..minggu ni baru nak plan apa nk lukis kat tembok tu n nak wat wording...lepas settle perjumpaan tu aku pon pi kantin...pastu pegi kelas pulak...lepas je kelas tu aku rasa badan makin panas...aku ada relief pulak kul 11.25 n 12.35...aku tanya kak kat depan meja aku tu, kak najat, ok ke kalau nak kuar gi klinik...kak najat kata gitau kat PK1..aku pon pi jumpa PK1, kak rozita...minta kebenaran dia untuk pi klinik..pastu aku tanya camna ngan relief tu...dia kata bagi kat guru yang baru posting kemarin tu...aku pon p cari cikgu tu n bagi jadual relief tu...then baru lah aku p klinik...

tau tak aku p klinik naik apa? aku p jalan kaki je..huhu..ala, dekat je pon dengan sekolah..dah sampai kat klinik aku pon letak ic aku kat dalam kotak tu..tak lama lepas tu aku pon dapat nombor giliran..1070..sebelum masuk p jmp dokter kna wat saringan dulu...pastu bila dah nombor 1070, aku pon masuk jumpa dokter...explain la kat dokter apa dah jadi kat aku...bla bla bla...pastu dokter kata nak amek darah aku...aku pn tanya 'amek darah?' dokter kata ya amek darah, nak tengok kot-kot ada kuman dalam badan aku...gulpppp..aku takut la jugak..tak biasa amek darah lagi ni...huhu...dengan keadaan slumber aku pon cakap ok dokter..dokter suh aku p kat bilik pengambilan darah...tunggu punya tunggu datang la misi yang nak amek darah tu..dia suh aku masuk bilik tu...then dia kuarkan alat-alat untuk amek darah..dia borak-borak ngan aku..taknak bagi aku nebes kot...aku memang tak nebes pon..kecik je jarum tu..hehe...dalam ati aku sakit ke tak ni ye..lepas je jarum dimasukkan ke salur darah aku, baru la rasa sakit sikit..sikit je...pastu dia pon amek darah..banyak jugakla..berapa ml entah..ada kot dalam 10 @ 15ml...pastu dia suh aku p makmal untuk analisis darah tu...

then dapatla result..aku bawak result tu pi jumpa doktor...dia tengok-tengok dia kata darah ok..cuma ada jangkitan kuman sikit...jangkitan tu la yang sebabkan aku sengal-sengal badan ni...huhu...pastu dia tulis la ubat ape nak kasi kat aku..dia tanya nak mc tak..aku kata tak payahla..sebab dah nak abes waktu sekolah pon..aku p balik sekolah nanti pastu 1.10 balikla...bila dah kuar bilik dokter tu aku pon p kat bahagian farmasi...dapatla ubat..aku pon p sekolah balik...wat keje sikit, then 1.10 pon balikla...oh ye, sebelom balik tu aku singgah kat kelas pendidikan khas..depa ada wat jamuan ari raya....aku makan mee rebus n rojak...alhamdulillah kenyang...pastu balik umah aku pon makan ubat...pastu aku menulis blog ni..skang aku rasa mengantuk sebab effect ubat batuk...aku nak pi solat dulu then tidur.... (bawah ni gamba aku kat bilik guru hari ni...hee)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...