My World

My World

Saturday, January 8, 2011

Weekend 4 Orang Guru..


Hermmm 2 hari aku tak update blog..pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi diri aku..

Untuk hari ke 3 ni aku gagahkan diri mengupdate blog..di kala line internet yang begitu mencemburui aku untuk membuat entry baru..

Namun, itu semua tidak ku peduli...

Ecece apesal aku bermadah puisi pulak ni..

Kita ke slot slumber je lah..tak mau skema-skema ni..

Macam ni, sejak bermula persekolahan, memang kesibukan melanda diriku..nak kata sibuk sangat sampai takdak masa nak online tu tipu la jugak..cuma mood nak online dan update blog ni dah berkurang..line broadband pun teruk sangat..bikin panas je..

Kalau dulu, balik ja sekolah, terus update blog..kalau keluaq pi mana-mana aku akan bawak laptop dan broadband bersama aku..sampai kat kedai makan pun boleh lagi aku online..kira makan tido kerja online saja..

Tapi sejak bermula tahun 2011 ni, aku kena mengurangkan diri untuk online..memandangkan tugas aku makin berat sebab memegang jawatan ketua panitia sivik, aku tak boleh terlalu obses untuk online...

Macam hujung minggu ni memang boleh sesangat la nak update blog..kalau hari persekolahan, kalau tak sibuk aku akan cuba update jugak..

Sebenarnya nak cerita pasal weekend aku dan kawan-kawan aku..tapi termelalut ke tempat lain pulak..

Hari khamis yang lepas..lepas saja persekolahan, rasa merdeka sekejap..sebab memikirkan cuti 2 hari yang membolehkan aku merelaxkan diri..

Malam khamis tu, terasa nak makan mcD..so aku dan kawan-kawan aku pergilah menunaikan hajat kami..dekat langkawi ni ada 1 tempat ja yang ada mcD..iaitu di Langkawi Fair..




Nasib ada mcD..kalau takdak memang meraung jugak la dok kat langkawi ni..Pizza Hut dah la takdak..kesian kat kami kalau teringin nak makan pizza..kena tunggu cuti sekolah, baru boleh makan kat kampung.. sob sob.. =D

Lepas makan mcD tu, sesaja lah round Langkawi Fair..tengok-tengok kan ada pameran kereta volkswagen (betul ke tak ejaan ni yek)..aku pun try bergambar dengan kereta ni..yang memang takkan menjadi milik aku..hanya dalam mimpi saja jadi milik aku..hee




Keesokannya, iaitu hari jumaat..pagi-pagi tu kami breakfast nasi lemak dan roti canai..lepas tu spend time untuk main board game..sapa yang tak tahu, aku dan housemate aku memang gila main board game..best sangat main board game ni..

Sampai dah letih main baru berhenti..pastu kami keluar lagi..pergi beli barang-barang rumah..sebab hari ni (sabtu) ingat nak masak..ala masak biasa-biasa ja pun..maklumlah orang bujang..

Makan tengahari kami telah dilanjutkan ke waktu petang..nak dekat-dekat malam baru kami makan nasi..sebab petang tu dok asyik main game saja..hahah

Inilah gambar sementara menunggu makanan sampai..kami makan di restoran bamboo..sesapa yang datang langkawi aku suggest kan tempat ni untuk makan..best makanan dia..dan suasananya tenang sekali..berlatar belakangkan laut lagi..
















Sebenarnya, kelmarin ada cerita yang sangat menyayat hati..cerita yang tak disangka..bila aku dengar berita ini daripada kaunselor sekolah, isma, terus aku jadi lemah lutut..

Masa memulakan perjalanan keluar dari sekolah (sebab kami dok kuarters), isma call aku..dia kata dia sedang berada di wad kecemasan..ada students sekolah accident..2 orang..sorang meninggal dan lagi sorang koma dan sedang dibedah..

Mendengarkan berita itu, aku dan housemate terus menuju ke hospital langkawi..takziah diucapkan kepada keluarga arwah nabil fikri, yang sebelum ini belajar di Tingkatan 3E..

Aku tak berapa kenal sangat arwah sebab tahun lepas, aku mengajar sesi pagi..arwah belajar di sesi petang..tahun ni baru masuk sesi pagi tapi aku tak mengajar kelas nya..

Kawan aku tunjuk gambar arwah dekat aku..memang arwah seorang yang ceria dan sangat suka senyum..kawan aku yang pernah mengajar kelas arwah masih terbayang wajahnya..kalau kena marah dengan cikgu pun dia tetap senyum..

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman..

Lagi seorang student yang terlibat dalam kemalangan tu, saiful..keadaan dia stabil selepas dibedah..dan telah sedarkan diri..sebelum keluar dari hospital, aku dan kawan aku sempat melawat saiful di wad..dia dalam keadaan lali tapi masih boleh bercakap..

Aku doakan dia cepat sembuh dan boleh pergi ke sekolah macam biasa..tahun ni nak ambil exam pmr, so dia kena cepat sembuh..kalau tak nanti banyak yang dia akan ketinggalan..

Sekali lagi, takziah aku ucapkan kepada keluarga arwah nabil fikri..

Hrmm, esok dah mula sekolah balik..bila dah mula kerja tak sabar nak tunggu weekend pulak..memang begitulah kehidupan seharian kita kan..

Yang mana kat kl dan negeri2 sewaktu dengannya, esok masih bercuti..jadi aku ucapkan selamat bercuti.. yang negeri kedah, perlis dan kelantan, selamat bekerja esok..


p/s: baru perasan bila tengok gambar2..kesemua kami 4 orang memakai kemeja...nice.. =D


Wednesday, January 5, 2011

Terima Kasih Teman..





Aku terjumpa video ni di youtube..dan aku terpanggil untuk share di blog aku ni..best sangat..

Di saat kita ada masalah atau tengah berduka, memang kita sangat memerlukan teman di samping kita..

Disebabkan itu, aku nak ucap terima kasih dekat semua teman-teman aku tak kira lah teman dahulu @ teman sekarang..semua-semua nya kawan aku dan korang memang terpatri dalam ingatan aku..

Terima kasih teman atas segala-galanya.. =)




Monday, January 3, 2011

Apabila stress menguasai diri...


Apa yang korang akan buat bila korang stress?

Kalau aku, aku suka lepak-lepak kat tempat yang menenangkan supaya fikiran aku melayang-layang, tak fikir sangat tentang masalah..lepak kat tepi pantai pun besh jugak..ambik angin petang..

Lagi best kalau dapat main bowling, tengok wayang..tapi itu memerlukan pengeluaran duit..untuk menjimatkan duit, baik pegi tepi pantai ja..tengok-tengok laut..memang dapat menenangkan fikiran...

Hari ni 3.1.2011..dah start sekolah..bermulalah kerjaya aku pada tahun ini..aku tak stress pun sebenarnya..hari ni semuanya berjalan lancar..hari ni jugak ada pemantauan daripada PPD..aku risau jugak kalau dia pantau aku masa dalam kelas..nasib baik aku tak kena lagi..selamat ceq..he

Kerja memang banyak lah di awal persekolahan ni..segala jenis rancangan kena siapkan..bukan saja rancangan pengajaran harian, rancangan pengajaran tahunan pun, carta gantt, kalendar persekolahan dan sebagainya yang kena tampal dalam buku rancangan mengajar..

Aku dok siapkan rancangan pengajaran tahunan dari petang tadi sampai lah malam ni..setiap tingkatan aku kena sediakan sebab aku dah kena lantik jadi ketua panitia..uhuk2..so sebagai ketua, aku kenalah jalankan tugas aku..

Yang lawaknya, housemate aku sorang ni, dari tadi dok tengok aku buat kerja..dia pulak yang stress..haha..

So petang tadi lepas kawan aku balik dari sekolah (yang mengajar sesi petang) kami pun keluar makan..lepak-lepak, sembang-sembang..topik yang diborakkan mesti pasal sekolah..hari-hari mesti cerita pasal sekolah..tak pasal sekolah, pasal kahwin..hee..kami semua bujang lagi..oppss terpromote pulak.. =D



Lepas ni aku nak siapkan RPT lagi..esok nak kena bagi kat cikgu-cikgu sivik...ok, cau dulu..bye!

Oh ya, pagi tadi sebelum perhimpunan bermula, kami sempat lagi bergambar.. :P




Sunday, January 2, 2011

Video merempit aku dan ija.. :p


Ini la kerja kami masa kat UMS..menjadi minah rempit..he..

Tapi bukan merempit macam mat rempit..kami ni pompuan..bawak moto pon ala-ala pompuan la..kami masih sayangkan nyawa kami dan masih berfikiran waras... =D

Kat ums aku selalu merempit dengan ija, dira, su dan wahidah..kerap kali aku yang jadi pemandunya.. tapi video kat bawah ni ija yang jadi pemandunya...aku pembonceng yang merakam video ini..haha..




Punyala dasat tak dasat..siap rekod lagi video merempit ni..aku tak ingat dah kenapa aku boleh rekod video ni...sesaja ja kot..tapi detail yang ada kt handset aku tarikh video ini direkod adalah pada 8 Februari 2009..hampir 2 tahun yang lepas..

Masa ni kami on da way ke ODEC ums, mengambil angin petang dan bergambar-gambar di sana bersama-sama ngan kawan kami yang telah menunggu di sana..

Disebabkan aku sekolej kediaman dengan ija, memang kami selalu merempit bersama..gi kelas pun sesama naik moto..time ni ija memang dah jadi artis dan sambung balik pengajian selepas tangguh 2 semester..

Walaupun dia ni artis, tapi dia macam kita-kita jugak..tak kisah pun nak naik moto ni..kereta dia ada ja kat kolej kediaman tu..kalau hari hujan @ malas nak naik motor baru kami naik kereta..

Rindu sangat nak merempit macam dulu..tapi tu la, sekarang dah masuk alam pekerjaan..dah tak sama macam dulu..sesapa yang masih study tu, gunakanlah masa yang sebaiknya masa kat U...memang kenangan yang terindah adalah kenangan masa belajar dulu..macam-macam yang kita belajar bila kita kat universiti..kawan kita lah yang paling rapat dan tempat bekongsi suka dan duka..

Bila dah bekerja ni lain pulak caranya..kita menjadi lebih dewasa dan perlu menjaga tatatertib sebagai seorang pekerja..tambah-tambah pulak aku ni seorang guru..memang tak boleh jadi hu ha hu ha terlebih macam masa study dulu..apa-apapun aku tetap enjoy dalam kerjaya aku bersama-sama teman-teman sekerja aku kat sini.. =D

Kat bawah ni ada gambar yang sempat dirakam masa zaman merempit dulu-dulu..









p/s: kat sekolah menengah pun merempit jugak..start dari form 3 dah bawak motor pergi sekolah..rindu jugak nak merempit ngan kawan-kawan sekolah menengah.. (T_T)

p/s/s: saja mengimbau kenangan lama ini..esok dah start sekolah..so esok bermulalah hari baru dari segi kerjaya aku..semoga tahun ini semuanya berjalan lancar.. ('',)


Saturday, January 1, 2011

Azam baru 2011 tergugat disebabkan sakit perut... (T____T)


Adeh..baru nak feeling2 tahun baru..dengan bersemangat azam baru, tetiba terencat azam baru tu sebab terkena sakit perut yang agak dasat...

Pagi ni saja dah berapa kali masuk toilet...bukan aku saja..tapi kawan-kawan serumah aku pun..nampaknya kami dah tersalah pergi kedai makan semalam...

Tak apalah, nak buat macammana dah nasip kami..uhuk2..

Sebut pasal azam baru...aku ada banyak jugak azam tahun baru 2011 ni..meh aku list kan kat bawah ni...

- Pertama sekali aku nak berjaya dalam bidang kerjaya aku..tahun lepas aku baru memulakan tugas dan baru belajar menyesuaikan diri sebagai seorang guru..banyak benda yang tak berjalan dengan lancar..so tahun ni aku harap bidang kerjaya aku bertambah mantap dan dapat mengajar students2 dengan lebih bagus..dan menjadi seorang guru yang tegas..aku ni boleh kata guru yang baik la..hee tapi ada jugak garangnya..students sekarang ni depa tak peduli sangat kalau cikgu tu marah...so tahun ni aku nak bagi depa peduli bila aku marah.. maksudnya depa dengar cakap aku.. :P

-Kedua, aku nak kumpul aset untuk diri aku dan keluarga aku...bukan aset apa, cuma nak melancarkan lagi pengurusan kewangan diri aku ni..aku nak selesaikan segala hutang piutang aku..dan nak bantu keluarga aku dengan lebih jayanya..tahun 2010 memang kucar-kacir sikit perbelanjaan aku..seterusnya aku akan kumpul duet untuk simpanan aku pada hari esok..mana tau tetiba nak kahwin ka..haha...

- Yang ketiga adalah aku nak memantapkan iman aku...yang ni aku tak gheti nak huraikan panjang-panjang..

-Seterusnya, nak belajar memasak yang dasyat2..chewah...maksud aku masak yang best2..setakat masak untuk diri aku boleh aja dong..tapi masak untuk ramai-ramai takut depa tak lalu makan ja...haha..macam persediaan untuk masak kat mak mertua ja..opss persediaan sahaja la..jodoh tu tak tahu sampai bila..aku berserah padaNya..so umur 25 tahun ni memang wajib lah kena pandai masak.. =D

- Last sekali pasal bertunang...tak tahu la ini dikira sebagai azam atau tidak..sebab 50:50 ja..nak bertunang dengan sapa la kan..he..saja ja aku cakap nak bertunang..padahal hati ni belum terisi lagi..mungkin hujung tahun ka baru terisi @ kalau cepat pertengahan tahun ka..entahla..semua ni aku tak dapat jawab..semua ketentuanNya...

Itu sahaja lah azam aku untuk tahun ini..sebenarnya tak da la tergugat pun azam baru ni disebabkan sakit perut..cuma terasa lemah dan letih di hari pertama di tahun baru ini...


aku tak mahu letak azam untuk kahwin..takut tak tertunai ja..ngeh2..


p/s: Jagalah kesihatan kita supaya kita lebih sihat untuk meniti hari-hari seterusnya demi mencapai kejayaan yang diimpikan..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...