My World

My World

Saturday, January 8, 2011

Weekend 4 Orang Guru..


Hermmm 2 hari aku tak update blog..pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi diri aku..

Untuk hari ke 3 ni aku gagahkan diri mengupdate blog..di kala line internet yang begitu mencemburui aku untuk membuat entry baru..

Namun, itu semua tidak ku peduli...

Ecece apesal aku bermadah puisi pulak ni..

Kita ke slot slumber je lah..tak mau skema-skema ni..

Macam ni, sejak bermula persekolahan, memang kesibukan melanda diriku..nak kata sibuk sangat sampai takdak masa nak online tu tipu la jugak..cuma mood nak online dan update blog ni dah berkurang..line broadband pun teruk sangat..bikin panas je..

Kalau dulu, balik ja sekolah, terus update blog..kalau keluaq pi mana-mana aku akan bawak laptop dan broadband bersama aku..sampai kat kedai makan pun boleh lagi aku online..kira makan tido kerja online saja..

Tapi sejak bermula tahun 2011 ni, aku kena mengurangkan diri untuk online..memandangkan tugas aku makin berat sebab memegang jawatan ketua panitia sivik, aku tak boleh terlalu obses untuk online...

Macam hujung minggu ni memang boleh sesangat la nak update blog..kalau hari persekolahan, kalau tak sibuk aku akan cuba update jugak..

Sebenarnya nak cerita pasal weekend aku dan kawan-kawan aku..tapi termelalut ke tempat lain pulak..

Hari khamis yang lepas..lepas saja persekolahan, rasa merdeka sekejap..sebab memikirkan cuti 2 hari yang membolehkan aku merelaxkan diri..

Malam khamis tu, terasa nak makan mcD..so aku dan kawan-kawan aku pergilah menunaikan hajat kami..dekat langkawi ni ada 1 tempat ja yang ada mcD..iaitu di Langkawi Fair..




Nasib ada mcD..kalau takdak memang meraung jugak la dok kat langkawi ni..Pizza Hut dah la takdak..kesian kat kami kalau teringin nak makan pizza..kena tunggu cuti sekolah, baru boleh makan kat kampung.. sob sob.. =D

Lepas makan mcD tu, sesaja lah round Langkawi Fair..tengok-tengok kan ada pameran kereta volkswagen (betul ke tak ejaan ni yek)..aku pun try bergambar dengan kereta ni..yang memang takkan menjadi milik aku..hanya dalam mimpi saja jadi milik aku..hee




Keesokannya, iaitu hari jumaat..pagi-pagi tu kami breakfast nasi lemak dan roti canai..lepas tu spend time untuk main board game..sapa yang tak tahu, aku dan housemate aku memang gila main board game..best sangat main board game ni..

Sampai dah letih main baru berhenti..pastu kami keluar lagi..pergi beli barang-barang rumah..sebab hari ni (sabtu) ingat nak masak..ala masak biasa-biasa ja pun..maklumlah orang bujang..

Makan tengahari kami telah dilanjutkan ke waktu petang..nak dekat-dekat malam baru kami makan nasi..sebab petang tu dok asyik main game saja..hahah

Inilah gambar sementara menunggu makanan sampai..kami makan di restoran bamboo..sesapa yang datang langkawi aku suggest kan tempat ni untuk makan..best makanan dia..dan suasananya tenang sekali..berlatar belakangkan laut lagi..
















Sebenarnya, kelmarin ada cerita yang sangat menyayat hati..cerita yang tak disangka..bila aku dengar berita ini daripada kaunselor sekolah, isma, terus aku jadi lemah lutut..

Masa memulakan perjalanan keluar dari sekolah (sebab kami dok kuarters), isma call aku..dia kata dia sedang berada di wad kecemasan..ada students sekolah accident..2 orang..sorang meninggal dan lagi sorang koma dan sedang dibedah..

Mendengarkan berita itu, aku dan housemate terus menuju ke hospital langkawi..takziah diucapkan kepada keluarga arwah nabil fikri, yang sebelum ini belajar di Tingkatan 3E..

Aku tak berapa kenal sangat arwah sebab tahun lepas, aku mengajar sesi pagi..arwah belajar di sesi petang..tahun ni baru masuk sesi pagi tapi aku tak mengajar kelas nya..

Kawan aku tunjuk gambar arwah dekat aku..memang arwah seorang yang ceria dan sangat suka senyum..kawan aku yang pernah mengajar kelas arwah masih terbayang wajahnya..kalau kena marah dengan cikgu pun dia tetap senyum..

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman..

Lagi seorang student yang terlibat dalam kemalangan tu, saiful..keadaan dia stabil selepas dibedah..dan telah sedarkan diri..sebelum keluar dari hospital, aku dan kawan aku sempat melawat saiful di wad..dia dalam keadaan lali tapi masih boleh bercakap..

Aku doakan dia cepat sembuh dan boleh pergi ke sekolah macam biasa..tahun ni nak ambil exam pmr, so dia kena cepat sembuh..kalau tak nanti banyak yang dia akan ketinggalan..

Sekali lagi, takziah aku ucapkan kepada keluarga arwah nabil fikri..

Hrmm, esok dah mula sekolah balik..bila dah mula kerja tak sabar nak tunggu weekend pulak..memang begitulah kehidupan seharian kita kan..

Yang mana kat kl dan negeri2 sewaktu dengannya, esok masih bercuti..jadi aku ucapkan selamat bercuti.. yang negeri kedah, perlis dan kelantan, selamat bekerja esok..


p/s: baru perasan bila tengok gambar2..kesemua kami 4 orang memakai kemeja...nice.. =D


No comments:

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...