My World

My World

Saturday, January 1, 2011

Azam baru 2011 tergugat disebabkan sakit perut... (T____T)


Adeh..baru nak feeling2 tahun baru..dengan bersemangat azam baru, tetiba terencat azam baru tu sebab terkena sakit perut yang agak dasat...

Pagi ni saja dah berapa kali masuk toilet...bukan aku saja..tapi kawan-kawan serumah aku pun..nampaknya kami dah tersalah pergi kedai makan semalam...

Tak apalah, nak buat macammana dah nasip kami..uhuk2..

Sebut pasal azam baru...aku ada banyak jugak azam tahun baru 2011 ni..meh aku list kan kat bawah ni...

- Pertama sekali aku nak berjaya dalam bidang kerjaya aku..tahun lepas aku baru memulakan tugas dan baru belajar menyesuaikan diri sebagai seorang guru..banyak benda yang tak berjalan dengan lancar..so tahun ni aku harap bidang kerjaya aku bertambah mantap dan dapat mengajar students2 dengan lebih bagus..dan menjadi seorang guru yang tegas..aku ni boleh kata guru yang baik la..hee tapi ada jugak garangnya..students sekarang ni depa tak peduli sangat kalau cikgu tu marah...so tahun ni aku nak bagi depa peduli bila aku marah.. maksudnya depa dengar cakap aku.. :P

-Kedua, aku nak kumpul aset untuk diri aku dan keluarga aku...bukan aset apa, cuma nak melancarkan lagi pengurusan kewangan diri aku ni..aku nak selesaikan segala hutang piutang aku..dan nak bantu keluarga aku dengan lebih jayanya..tahun 2010 memang kucar-kacir sikit perbelanjaan aku..seterusnya aku akan kumpul duet untuk simpanan aku pada hari esok..mana tau tetiba nak kahwin ka..haha...

- Yang ketiga adalah aku nak memantapkan iman aku...yang ni aku tak gheti nak huraikan panjang-panjang..

-Seterusnya, nak belajar memasak yang dasyat2..chewah...maksud aku masak yang best2..setakat masak untuk diri aku boleh aja dong..tapi masak untuk ramai-ramai takut depa tak lalu makan ja...haha..macam persediaan untuk masak kat mak mertua ja..opss persediaan sahaja la..jodoh tu tak tahu sampai bila..aku berserah padaNya..so umur 25 tahun ni memang wajib lah kena pandai masak.. =D

- Last sekali pasal bertunang...tak tahu la ini dikira sebagai azam atau tidak..sebab 50:50 ja..nak bertunang dengan sapa la kan..he..saja ja aku cakap nak bertunang..padahal hati ni belum terisi lagi..mungkin hujung tahun ka baru terisi @ kalau cepat pertengahan tahun ka..entahla..semua ni aku tak dapat jawab..semua ketentuanNya...

Itu sahaja lah azam aku untuk tahun ini..sebenarnya tak da la tergugat pun azam baru ni disebabkan sakit perut..cuma terasa lemah dan letih di hari pertama di tahun baru ini...


aku tak mahu letak azam untuk kahwin..takut tak tertunai ja..ngeh2..


p/s: Jagalah kesihatan kita supaya kita lebih sihat untuk meniti hari-hari seterusnya demi mencapai kejayaan yang diimpikan..



No comments:

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...