My World

My World

Saturday, January 15, 2011

Banyak akai ini budak..kecik-kecik dah pandai melajuk.. =D


Kelakar betul anak sedara aku sorang ni..tadi dia main-main ngan sepupu dia, imran..imran ni darjah 2..si auliya ni baru setahun jagung..

Auliya ni memang nakal..dan agak ganas..atau orang utara kata 'cenge' atau bahasa baku nya garang..kalau sapa-sapa pukul dia, walaupun gurau-gurau, dengan kuatnya dia akan tampar @ cubit balik..

Nak dijadikan cerita, tadi dia tampar2 si imran ni..pastu imran melawak-lawak, marah la dia..lepas tu terus dia tutup muka nya dengan tangan...

Lama la jugak..pujuk pun tak makan saman..tu yang aku masuk bilik terus amek handset untuk tangkap gambar dia..ada kot dalam 5 minit dia tutup muka dia tu..haish dasat betol..








Sampai mak aku kata, ntah-ntah lena dah auliya ni..pastu imran pujuk dan terus pujuk..imran buka tangan dia tu...barulah dia ok..dan jadilah muka dia camni...


Bukannya nanges pun..saja ja dia ni..banyak akai ni.. :P


Tadi masa aku dok online dalam bilik, dia datang tengok2 laptop aku..pastu aku pun amek aku punye inner dan pakaikan kat dia..hihi




Esok cukup la 3 hari aku jaga auliya..petang sok aku akan hantar dia balik ke rumahnya..dan aku akan pulang ke langkawi untuk meneruskan perjuanganku.. =D

Lepas ni mesti rindu kat auliya.. (T_T)


Friday, January 14, 2011

Agak-agak dah sesuai ke aku jadi seorang ibu? wakakaka statement tak tahan.. :P


Hari ni aku menjadi baby sitter..aku saja ambil anak sedara aku dari rumah tok dia satu lagi..umah tok dia (mak kepada kakak ipar aku) dan mak kepada abang aku (mak aku la tu) tak jauh..dalam 5 minit ja..

Kak ipar aku masih dalam pantang..dia tak sihat pulak..demam..dan baby yang baru lahir kena dok di wad pulak..ada masalah sikit..nanti aku cerita..

Sekarang nak cerita pasal tugas aku menjadi baby sitter hari ni...dalam pukul 11 tadi pegi amek auliya ni..balik umah aku dia main-main kejap, pastu minum susu pastu terus dia tertidur..senang nya dia tidur..

Bila dia bangun dia mengelamun kejap..tengok ke luar rumah..agaknya rindu kat mama dan abah dia kot..

Pastu dia main2 lagi..pastu aku tanya dia nak makan nasik tak..biasa la budak kecik, mana pandai cakap lagi..baru 1 tahun 6 bulan..kita lak bila tanya kat dia tanya dalam bahasa kanak-kanak la..contohnya : auliya nak matan nacik tak? pastu dia pun angguk2 kan kepalanya..

Aku pun pegila amek nasik yang berlaukkan ayam dan kari ikan kembung..aku suap dia sambil suap aku sekali..haha...

Pastu dia main2 lagi..penat jugak la mengejarnya..kejap dia keluar rumah kejap dia masuk..kejap pegi kedai depan umah aku tu..

Pastu (banyak pulak pastu) aku saja bawak dia jalan-jalan naik motor..pegi kat kawasan belakang umah aku, kawasan sawah padi..






Sempat lagi aku rekod video tau..jangan tiru aksi ini eh..tapi aku bawak memang slow motion je..10 km/j je kot.. =D




Ha ni gambar si oliya tido tengahari tadi..lama jugak dia tidur..nyenyak betol..





Malam ni auliya tidur kat rumah aku..mak aku suh dia tidur ngan aku kat dalam bilik..sebab kat luar dah terlalu ramai dengan anak abang aku yang belakang rumah aku ni..so, malam ni pun aku akan menjaganya..janganla dia bangun tengah malam mintak susu.. :P

Oh ya, pasal adiknya, yang baby baru lahir 26.12.10 hari tu, ada masalah dekat muka baby tu..macam ada kesan lebam dan kemerah-merahan sejak hari pertama lahir..lupa aku nak bagitau..baby ni namanya azmil hafiz..


kalau perasan kat pipi kanan (pandangan kita) ada sikit lebam..


Minggu lepas dah buat kenduri cukur rambut..dah botak dah die..aku tak balik kampung minggu lepas..adik aku yang amik gambar dia..masa ni lebam tu dah jadi teruk sikit..kemerah-merahan..


makin teruk pipi sebelah kiri dia..sian dia..


Pastu pegi cek kat hospital, dokter tahan baby ni kat wad..dorang nak wat pemeriksaan lanjutan..ibu dia je yang dapat tengok kat wad tu..aku nak gi melawat pun tak dibenarkan..sian baby ni..

Dokter kata takut ada kesan kat mata n otak..sebab dokter tengok mata sebelah kiri dia kecik sikit..dokter jugak kata kemungkinan kejadian ni disebabkan semasa bersalin tu, baby ni ditarik dengan kuat..aduh kesiannya..

Aku harap tak da apa-apa masalah yang teruk..semoga semuanya ok..rindu sangat nak tengok baby tapi tak dapat..Tapi tak pa lah, dapat main ngan kakak dia pun kira ok lah..

Hmm bila main ngan budak-budak ni, terfikir gak bila lah aku akan ada anak sendiri.. hee.. (^_^)


Wednesday, January 12, 2011

Muka Tensyen kah ini?



Agak-agak ni betul2 muka tensyen ke?

Nak kata tensyen sangat tu tak la jugak..masih boleh mengawal emosi..

Cuma penat sikit bila masuk kelas budak-budak yang pandai bercakap ni..setiap masa kira nak bercakap saja..suara aku pun hampir tenggelam..

Lega sikit bila waktu dah habis..aku pun melepaskan mereka untuk keluar rehat...

Ni waktu rehat pun nak habis..aku pun nak cau dulu...daa..


Monday, January 10, 2011

Faizal Tahir & Siti Nurhaliza di AJL 25


Sesape yang belum tengok lagi faizal tahir nyanyi masa kat AJL semalam, silalah tengok kat video ni...




Memang dasatlah..pandai dia cari idea nak buat persembahan..walaupun tak live pun sebenarnya dia terjun tu..aku dengar-dengar orang kata la..tapi nampak macam live jugak kan..

Peserta lain pun tak kurang hebatnya..tahniah diucapkan kepada semua peserta dan tahniah kepada pemenang..keputusan yang agak mengejutkan..aku pun tak sangka..tapi itulah realitinya..sebab AJL ni bukan menilai penyanyi itu sendiri..tapi menilai lagu dan lirik..

Pastu aku suka sangat tengok persembahan siti semalam..dah lama tak tengok dia perform..meh kita tengok lagi sekali kat video klip bawah ni..nak tengok banyak-banyak kali pun ok bah.. =D





Sunday, January 9, 2011

Mari merehatkan diri..



Sekarang ni waktu rehat..so aku relax-relax kan diri kejap..lepas ni ada kelas lagi..

Rindu sangat nak tulis panjang-panjang kat blog ni..(padahal semalam dah tulis pun)..

Ok, itu saja..dah nak habis waktu rehat pun..bye! =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...