My World

My World

Saturday, January 15, 2011

Banyak akai ini budak..kecik-kecik dah pandai melajuk.. =D


Kelakar betul anak sedara aku sorang ni..tadi dia main-main ngan sepupu dia, imran..imran ni darjah 2..si auliya ni baru setahun jagung..

Auliya ni memang nakal..dan agak ganas..atau orang utara kata 'cenge' atau bahasa baku nya garang..kalau sapa-sapa pukul dia, walaupun gurau-gurau, dengan kuatnya dia akan tampar @ cubit balik..

Nak dijadikan cerita, tadi dia tampar2 si imran ni..pastu imran melawak-lawak, marah la dia..lepas tu terus dia tutup muka nya dengan tangan...

Lama la jugak..pujuk pun tak makan saman..tu yang aku masuk bilik terus amek handset untuk tangkap gambar dia..ada kot dalam 5 minit dia tutup muka dia tu..haish dasat betol..








Sampai mak aku kata, ntah-ntah lena dah auliya ni..pastu imran pujuk dan terus pujuk..imran buka tangan dia tu...barulah dia ok..dan jadilah muka dia camni...


Bukannya nanges pun..saja ja dia ni..banyak akai ni.. :P


Tadi masa aku dok online dalam bilik, dia datang tengok2 laptop aku..pastu aku pun amek aku punye inner dan pakaikan kat dia..hihi




Esok cukup la 3 hari aku jaga auliya..petang sok aku akan hantar dia balik ke rumahnya..dan aku akan pulang ke langkawi untuk meneruskan perjuanganku.. =D

Lepas ni mesti rindu kat auliya.. (T_T)


1 comment:

Kuasai minda said...

Panjang akai...
Boleh dikembangkan lagi jika kita sudah nampak kebijakannya sejak dari kecil. Teruskan memberi didikan terbaik kepada kanak-kanak ini, pasti suatu hari nanti dia akan jadi 'seseorang' yang utama. Masalahnya, kekadang kita tengok sorang budak tu pandai sangat masa kecik dulu, tapi bila dah besar, kerja biasa2 ja...Ini mungkin sebab kita rasa dia dah pandai sampai tak perlu lagi nak bagi didikan penuh utk dia. Lantaran hanyut dengan situasi dan keadaan menyebabkan sesetengah daripadanya gagal dalam kehidupan...

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...