My World

My World

Sunday, September 25, 2011

Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah..




Hari ini bersamaan 25 September 2011, telah berlangsungnya sambutan hari kemerdekaan di sekolah aku..macam-macam aktiviti yang telah dirancang dan berjalan dengan lancarnya..Alhamdulillah..

Namun, ada beberapa persembahan yang terpaksa dibatalkan kerana kesuntukan masa..sempena dengan sambutan kemerdekaan ni, aku ditugaskan untuk menguruskan persembahan syair dan gurindam..semuanya dah prepare, latihan tu tak payah kata la..tapi terpaksa dibatalkan di saat akhir..

Sambutan kemerdekaan pada hari ini dimulakan dengan aktiviti selawat syifa yang diketuai oleh seorang pelajar tingkatan 6 Rendah..kemudian, bacaan Yassin beramai-ramai dan diikuti tahlil..

Kemudian, nyanyian lagu patriotik yang dipimpin oleh kumpulan koir sekolah..seterusnya ceramah kemerdekaan oleh Tuan Haji Adnan Bin Muda..

Setelah selesainya ceramah, para pelajar dibenarkan rehat dan berkumpul semula di dewan untuk melihat persembahan-persembahan yang telah disediakan..ada beberapa persembahan yang sempat aku rakamkan..antaranya, sajak, koir, nyanyian patriotik, dan persembahan pakaian beragam oleh pelajar kelas pendidikan khas..silalah menonton.. :)














Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang memenangi pertandingan-pertandingan yang dianjurkan sepanjang bulan kemerdekaan..antara acara yang dipertandingkan adalah mendeklamasi sajak, kuiz kemerdekaan, teka silang kata, penghasilan buku skrap dan keceriaan kelas.

Kemudian, ucapan penutupan oleh Tuan Pengetua dan perasmian penutupan (aku kena naik pentas pulak bawak watikah penutupan untuk tuan pengetua tandatangan..buat malu ja..huhu..)

Begitulah berakhirnya aktiviti sambutan kemerdekaan di sekolah ceq hari ini..boleh kata meriah jugakla.. :D

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini..


antara pelajar-pelajar yang terlibat dengan koir..


cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar kelas pendidikan khas..


hihi..sempat lagi posing.. :D


Tuesday, September 20, 2011

Cerita Raya yang dah hampir expired.. :D


Walaupun rasa macam dah basi ja bila bercerita tentang hari raya, tapi masih belum habis pun bulan syawal..masih boleh sambut hari raya..masih ramai yang mengadakan open house..so tak basi lagi la cerita raya aku ni.. :D

Memang aku beraya sakan lah kali ni..merata tempat jugakla aku pergi..start dari hari raya pertama tu pergi rumah sanak saudara..oh ya, pada pagi hari raya tu, aku, mak aku dan anak saudara aku pergi menunaikan sembahyang raya..aku bawak mak aku ke masjid al-Bukhari, kat jalan langgar..lebih kurang setengah jam perjalananan untuk ke masjid tu..

Ku sangkakan pukul 9 baru bermula sembahyang raya kat masjid tu..selalunya memang pukul 9 kan..so 8.10a.m baru aku gerak dari rumah..jalan memang sesak la..berpusu-pusu orang pergi sembahyang raya kat situ..aku pun meletakkan kereta aku di kawasan taman berdekatan..memang susah nak cari parking..kami pun berjalan menuju ke masjid..dannnn...tatkala tengah berjalan tu, aku nampak semua orang kelam kelibut menuju ke masjid..bukan main laju lagi depa berjalan..rupanya orang dah sembahyang dah..8.30 dah start..aku pun berlari-lari anak teruih masuk dalam masjid..

Sempat tu sempat la sembahyang raya tapi rasa macam agak menyesal sebab terlambat sikit..so lepas ni, memang kena pi awai..kalau dekat surau rumah aku tu memang sempat la..tapi kalau dah nak pi kat masjid yang terbesar di kedah ni, memang kena gerak awal lagi..


Hari raya pertama..berkumpul beramai-ramai di pagi raya.. (ada ramai lagi yang tak termasuk dalam gambaq ni)


Ok, sambung balik cerita tentang beraya..hari raya kedua pun beraya lagi..pi beraya rumah kawan-kawan pulak..dan siap pi tengok kawan aku bersalin..baby 1 syawal..lahir hari raya pertama..


Irfan Naufal.. (picture credit to Cik Tqah)


beraya di rumah cikgu aziza..


raya ke-3..wif dira & syu..


Raya ke-3 pun beraya lagi..memang tak lekat kat rumah..pagi tu kawan-kawan aku datang rumah..petang nya tu aku keluar beraya ke sungai petani dan gurun...dan seterusnya raya ke empat..aku beraya sampai ke ipoh..tidur di sana semalam..pagi esoknya pulang ke alor setar..dannnn pi beraya lagi..pi kodiang pulak..tengok baby sambil beraya jugak..

Balik ja dari kodiang tu terus siap-siap untuk pulang ke langkawi..masa ni kawan-kawan 1 rumah aku semua berkumpul kat rumah aku..kira depa mai beraya sekali..dan kami bersama-sama pi ke jeti..Oh, lupa pulak nak cerita..hari raya ke lima ni, aku kena cherry berry pulak..tak tau la salah makan apa..memang dasat la jugak..tapi nasib la dalam feri pulang ke langkawi tu perut aku tak meragam..

Malam tu jugak aku makan pil chi kit teck aun..besoknya tu nak kena pergi sekolah..Alhamdulillah, hilang la sikit sakit perut tu..

Seminggu berlalu..masuk hari khamis pulak (8.9.11)..taktau la aku salah makan apa lagi..cerry berry menyerang lagi..masa kat sekolah pulak tu..berapa kali aku ulang alik pergi toilet..nasib time free ja..dalam kelas, perut aku ni baik..dia tau aku nak mengajar, nak menyampaikan ilmu, dia dok diam-diam ja..tapi bila dok relax2, time tu la dia nak ajak aku pi tandas..hehe..

Tapi sakit perut kali ni memang menjadi-jadi..sampai seminggu jugakla..dekat sekolah mesti paling sikit, 3 kali p toilet..so masa hari isnin, waktu free (takdak kelas) aku mintak kat PK HEM nak keluar pergi klinik..

Kebetulan, hari tu aku puasa, so malamnya baru makan ubat..ada 1 ubat cirit tu memang mengantuk..time nak tidur baru makan..aku ingat ubat batuk dan ubat selsema ja yang bagi mengantuk..ada jugak ubat cirit yang bagi mengantok..hehe..pastu ada lagi 1 ubat ni..ubat air..kena minumla..aku ingat rasa macam ubat batuk la..sekali pahit gila..rasa macam minum clorox kot.. :D

Tapi lepas makan kedua-dua ubat tu, perut aku tak buat hal dah..alhamdulillah..memang risaula kot-kot ada masalah apa-apa, tapi dah ok, legala..doktor tu pesan kalau sakit perut lagi memang je pi klinik lain..

Eh...aku terlepas satu cerita..sebelum kes sakit perut tu, kat sekolah aku ada buat rumah terbuka..jamuan untuk semua warga sekolah mengikut kelas masing-masing..memang meriah la..buat kat dewan..memang suasana sangat riuh, keadaan sesak..sebab sekolah aku memang ramai pelajar..hampir 2000 orang..tu pun tak semua yang hadir..rugi sapa yang tak hadir..semua berpakaian cantik-cantik, berbaju raya, bawak kuih-muih, segala jenis makanan, sambil diwarnai dengan lagu-lagu raya..cayalah..best2..


tak muat dewan..sian budak-budak sesi petang ni dok atas tar ja..


dewan tempat jamuan..memang sesak dengan ribuan pelajar..sampaikan ada yang dok di padang..


cikgu-cikgu bergaya sakan.. :D


Aku makan macam-macam jugakla hari jamuan tu..ketupat, rendang, gulai, nasi impit, serunding, cocktail, kek dan apa lagi entah..tu la sebab sakit perut esoknya tu..hehe..penangan rumah terbuka smktp, sampai seminggu aku cirit.. :D

Alhamdulillah hari selasa tu dah rasa sihat walafiat.. tiba-tiba..pada malam hari selasa tu jugak kawan aku a.k.a roommate aku kena demam selesema..selalunya kalau kawan aku tu demam, aku pun demam jugak..tak pun aku demam dulu, dia pun akan demam jugak..dalam hati aku ni memang aku rasa akan terkena jugak..huhu..

Hari rabu keesokannya tu memang aku pun turut merasa demam selsema jugak..tapi masih tak ambil mc..rasa boleh je pegi sekolah..hari khamis tu rasa teruk sikit pagi tu..rasa macam tak mau bangun ja nak pi sekolah..tapi bila pikiaq balik, banyak keja nak settle, pastu ada meeting pulak, pagi tu makan ubat siap-siap..

Nampaknya antibodi aku memang lemah..kerap sangat demam..baru ja bulan lepas demam..cukup sebulan, demam pulak bulan ni..(ka dosa aku banyak sangat ni..) huhuk..

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Ya Allah..jika kesakitan ini akan menghapus dosa-dosa kecilku, aku terima dengan redha setiap kesakitan yang Engkau berikan..

Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".


Kesakitan ini adalah datangnya dari Engkau kerana Engkau tahu apa yang terbaik untukku..Ada hikmah yang Engkau berikan kepadaku..Engkau Maha Mengetahui..Terima kasih Ya Allah..


:)


Monday, August 29, 2011

Cara-cara membuat keputat palas..


Eh keputat pulak..ketupat la..setiap tahun menjelang hari raya ja, ni la keja aku..buka daun balas..banyak jugak la aku buat semalam..sampai lebih kurang pukul 2..petang kelmarin pun dah buat sikit..mak aku kata nak buat sampai 3 kilo..memang banyak la kena buka daun palas..aku buka sorang memang tak sempat siap..so mak aku pun buka sekali..

Ni la hasilnya..





Meh aku nak ajaq macamana nak buat ketupat palas ni..


1. buka daun palas sehingga menjadi begini..dan luruskannya..


2. jadikan bentuk begini..


3. lipatkan bentuk yang ke-2 tu..


4. pusing 2 kali daripada bentuk yang ke-3..


5. ambil lebihan daun palas tu dan jadikan seperti bentuk di atas..


6. tarik lebihan daun palas tu sehingga menjadi bentuk yang kemas seperti gambar di atas..


Ha camtu la..senang ja..ni namanya ketupat jantan..ada yang salah buat jadila ketupat betina..ketupat betina tu ketupat yang tak jadi..he.he

Semalam jugak, ada acara memakai inai kat rumah aku..anak-anak sedara aku yang nak pakai..so, mak aku tolong gilingkan inai tu..lepas maghrib tu diorang terus pakai..yang kecik-kecik pun pakai sendiri..tak sabar sangat..patutnya tunggu la aku balik dari terawih, bolehla aku tolong pakaikan..tengokla hasil pemakaian inai diorang ni..


ini budak namanya adam...dia pakai 3 jari saja..okla, tak la belemoih sangat..


ini budak namanya fatihah..memang belemoih.. :D.. yang bulan kat tengah tapak tangan tu besaq bukan main..


ini saja-saja punya kes..Asmidah..dia boleh pi buat nama dia pulak..


Seronok betul budak-budak ni bila balik kampung..macam-macam aktiviti depa buat..tambah-tambah bila berkumpul ramai-ramai..rasa macam nak pakai earphone pun ada..hehe..bising sungguh..(anak kakak 5, anak abang 5, = 10, hari raya campur lagi 4 orang anak abang, = 14) habis duit bonus aku nak kasi duit raya kat depa..hihi :D takpa, sekali sekala, bukan selalu semua berkumpul..hari raya saja la nak meriah macam ni..dan hari raya jugak la hari untuk menghabiskan duit (bagi yang dewasa la)..yang kanak-kanak gembira tak terhingga dapat duit raya..

Sempena hari raya yang bakal tiba esok..aku ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafaan kepada semua (kaum keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan sekerja, anak didikku) dari hujung rambut sampai hujung kaki andai ada kekhilafan sama ada disengajakan atau tidak disengajakan..halalkan jugak makan minumku..

Semoga 1 syawal ini diberkati olehNya dan kita dapat meraikan bersama-sama dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan..

Sekian...


Sunday, August 28, 2011

Shopping Raya..



jum pegi shopping raya...


MasyaAllah..ramainya orang shopping hari ni..maklumla lusa dah nak raya..aku shopping awal-awal lagi..cuma hari ni kena bawak adik ngan anak sedara pulak nak shopping..




Mula-mula kami ke tesco extra..yang baru bukak kat stargate tu..tapi tak menarik sangat kat situ..so kitorang tukar haluan ke alor star mall pulak..adik dan anak sedara aku nak membeli kasut..punyala lama nak mencari kasut yang berkenan di hati..bila dah berkenan tu harga lak over bajet..yang murah-murah tak cantik la pulak..biasa la tu..

Anak sedara aku ni memang berkenan sangat la kat kasut ni..tapi tak cukup pulak duit yang diberi mamanya..melihatkan muka dia yang sedih itu, aku kesian pulak..so aku menawarkan untuk tambah yang selebihnya..dia tak mau pulak..segan..so aku kata 'makndak tanya sekali ja ni, kalau takmau takpa' chewah macam garang pulak..saja ja gertak.. :D so dia dengan muka happy nya pun ambil la kasut itu..

Sebenarnya, ada cerita di sebalik kasut tu..mula-mula aku pun berkenan sangat kat kasut yang sama macam anak sedara aku nak tu..cuma aku berkenan putih..dia berkenan hitam..memang hampir terbeli dah..tapi tak jadi pulak sebab anak sedara aku pulak berkenan..bagi chance kat dia jela..lagipun aku ada dah kasut raya yang dikitar semula dari kasut keja yang jarang-jarang pakai.. :D

Lepas anak sedara aku dah test2 kasut tu & dah dapat saiz yang dikehendaki, kami pun menuju ke kaunter..nak bayaqla..tengok-tengok panjangnya barisan..so aku suruh anak sedara aku yang beratur, aku pi jalan-jalan tempat lain..hehe..




Aku beli apa hari ni? tak beli apa-apa pun..sebab kelmarin dan kelmarin dulu dah beli..kalau beli jugak, makan megi la bila dah start keja nanti..hihi

Ok, tu ja cerita aku..jum kita pi main masak-masak pulak.. :)


Saturday, August 27, 2011

Memasang lampu lip lap lip lap..


Lampu lip lap lip lap..lawak ja bunyi nya..tapi itula nama panggilan untuk lampu yang berkelip-kelip yang ramai orang pasang masa nak raya..entah apa nama sebenarnya aku pun tak tahu..

Kalau bab pasang-memasang ni serah kat kaum lelaki jela..aku boleh ja nak panjat memanjat ni, tapi banyak kerja lain lagi nak kena buat, so suruh ja anak sedara aku gantungkan..hehe

Lampu ni abang aku yang belikan..ingatkan colourful..rupanya 1 color ja..color oren..hantam sajalah..janji ada..pelita tak pasang pun kali ni..sebab musim hujan..kalau pasang pun memang takkan menyala..jadi, tak payahla pasang..tu yang tukar kepada lampu lip lap lip lap..








haaa..barula meriah sikit rumah aku malam ni bila ada lampu lip lap lip lap ni..tambah pulak dengan pertambahan kaum kerabat iaitu family akak aku dari taiping..memang meriah! :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...