My World

My World

Tuesday, May 17, 2011

Hari Guru 2011







Sambutan hari guru kali ni agak menyedihkan..disebabkan masalah teknikal yang tak dapat dielakkan, makanya sukaneka dibatalkan..sob sob..aku dan housemate punyala bersemangat nak masuk sukaneka tu tapi dengan perasaan hampanya kami terima dengan pasrah apabila sukaneka dibatalkan..baju malaysia yang nak pakai masa sukaneka tu tak jadi pakai la..so aku pakai masa tournament bowling antara cikgu-cikgu daerah langkawi malam semalam..

Seperti yang dirancangkan, semua guru-guru diarak dari kantin menuju ke dewan dengan diiringi paluan kompang..tapi aku tak dapat menjoin kan diri kerana aku bertugas di dewan..kena mengawal pelajar..almaklumlah minggu ni aku jadi guru bertugas..so rasa macam tak berapa best jugakla bila tak berarak sekali dengan cikgu-cikgu lain..huhu

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu negaraku, lagu negeri kedah dan lagu sekolah..kemudian bacaan doa, ucapan-ucapan dan ikrar guru serta nyanyian lagu guru malaysia dan biar menjadi lilin..

Kemudian guru-guru dihidangkan dengan persembahan pelajar..dan diakhiri dengan jamuan makan..

Lepas jamuan tu berakhirlah sambutan hari guru..banyak ke hadiah yg aku dapat? Rahsia..hehe..ada la sikit..aku tak mengharapkan pelajar bagi hadiah pun..cukuplah mereka wish dan mereka menunjukkan kecemerlangan dalam peperiksaan..tu pun dah menjadi hadiah hari guru untuk aku..sapa yang bagi ucapan hari guru, bagi hadiah tu cikgu ucap terima kasih banyak2..cikgu sentiasa doakan anak2 murid cikgu berjaya..

akhirnya rasmi jugak baju malaysia ni.. :p

3 comments:

Miss Anis said...

selamat hari guru...hheehe

Liyana said...

slmt hari guru... :)

Gee Jah Noor said...

tq semua! :)

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...