My World

My World

Friday, January 21, 2011

Untuk apa cinta jika tidak sudi...


Hmmm bila takdak keja petang-petang ni camni la jadi nya...bosan..lalu teringat kisah dulu-dulu..

Heheh..tak de pape pun sebenarnya..tajuk entry ni pun sebenarnya aku ambil dari lirik sebuah lagu..iaitu tajuk lagunya adalah cuma aku...

Lagu ni berkisar tentang cinta yang bertepuk sebelah tangan..kita cintakan seseorang tapi dia tak suka kat kita pun..ha lebih kurang macam tu la..

Bila lagu ni dah keluar kat radio korang dengarlah sendiri yek..yang mana dinyanyikan oleh tak lain tak bukan si mata bulat heliza helmi.. =D pastu bolehla request kalau nak dengar lagi...

Ok, itu saja..sehingga bertemu kembali..heheh

Gambar Hiasan yang diambil dari google image


Wednesday, January 19, 2011

Bertudungkan Selimut.. :P


Hai...hari ni saya keja baring dan tidur sahaja..memang bosan..tapi apakan daya..itu saja yang termampu..heh..


tudung style baru.. :P


Kali ni memang demam yang sangat teruk yang pernah aku rasa..sampaikan semalam aku tak dapat tidur..kepala sangat lah berat..sekejap2 terjaga...

So hari ni aku tak lah pergi kerja..pagi tadi pegi klinik ambil ubat dan MC...dokter bagi aku MC selama 2 hari..memang baik betollah dokter tu..sangat memahami aku..memahami yang demam aku memang teruk kali ini..


nak tunjuk bukti mc 2 hari..heheh


Makanya, esok aku tak pergi sekolah lagi la..tapi tengok keadaan jugak..kalau aku bangun pagi esok dan terasa sihat sepenuhnya, aku akan pergi sekolah..nak selesaikan kerja yang belom selesai...tapi kalau masih belom sihat, alamatnya buat kerja kat rumah lah...

Ok, itu saja..doakan aku cepat sembuh..bye!


Monday, January 17, 2011

Mode: Serabut, bercelaru, pening, sayu, pilu, bengong, nak demam & lain2..huhuh


Dalam 1 hari ini, banyak benda yang berlaku yang telah menyerabutkan mindaku, mencelarukan fikiranku, membengongkan kepalaku, mensayukan hati aku dan memilukan jiwaku, macam2 lah..

Sampaikan rasa nak demam..bangun tido petang tadi rasa susah nak bernafas (hidung tersumbat), sakit tekak dan badan mulai panas..



Tapi apa pun yang berlaku, kita tetap kena senyum.. =D




Senyum itulah pengubat jiwa dan senyum itulah juga penyeri hati..walaupun dalam keadaan diri yang terumbang-ambing dipukul ombak ini..heheh

Tadi aku pegi makan malam ngan housemate aku..lepas makan tu terus makan ubat..






Pastu gi relax2 jap kat tepi laut..sementara menunggu nak pegi amek kawan aku lagi sorang yang pegi mengajar tuisyen..






Kami bertiga ni masing2 ada masalah tersendiri..dan kami bertiga ni sama pulak kurang sihat hari ni..

Malam ni sebelum tidur aku kena siapkan kerja-kerja aku dan kena bersedia untuk handle meeting panitia sivik esok..aku kena mempengerusikan majlis sok..huh cuak dan nebes nih..tak penah-penah aku bercakap kat depan masa meeting...

Oh Tuhan berikan aku kekuatan esok..dan berikan kekuatan untuk aku jalani hidup aku pada hari2 seterusnya...aku percaya apa yang terjadi pada diri aku ni ada hikmah disebaliknya...

Ya Allah, kuatkanlah aku dan jangan biarkan aku putus asa...memang berat ujian dari Mu ini..namun aku pasrah dan berserah segalanya kepada Mu.. ('',)


senyum tak perlu kata apa-apa.. :)


Saturday, January 15, 2011

Banyak akai ini budak..kecik-kecik dah pandai melajuk.. =D


Kelakar betul anak sedara aku sorang ni..tadi dia main-main ngan sepupu dia, imran..imran ni darjah 2..si auliya ni baru setahun jagung..

Auliya ni memang nakal..dan agak ganas..atau orang utara kata 'cenge' atau bahasa baku nya garang..kalau sapa-sapa pukul dia, walaupun gurau-gurau, dengan kuatnya dia akan tampar @ cubit balik..

Nak dijadikan cerita, tadi dia tampar2 si imran ni..pastu imran melawak-lawak, marah la dia..lepas tu terus dia tutup muka nya dengan tangan...

Lama la jugak..pujuk pun tak makan saman..tu yang aku masuk bilik terus amek handset untuk tangkap gambar dia..ada kot dalam 5 minit dia tutup muka dia tu..haish dasat betol..








Sampai mak aku kata, ntah-ntah lena dah auliya ni..pastu imran pujuk dan terus pujuk..imran buka tangan dia tu...barulah dia ok..dan jadilah muka dia camni...


Bukannya nanges pun..saja ja dia ni..banyak akai ni.. :P


Tadi masa aku dok online dalam bilik, dia datang tengok2 laptop aku..pastu aku pun amek aku punye inner dan pakaikan kat dia..hihi




Esok cukup la 3 hari aku jaga auliya..petang sok aku akan hantar dia balik ke rumahnya..dan aku akan pulang ke langkawi untuk meneruskan perjuanganku.. =D

Lepas ni mesti rindu kat auliya.. (T_T)


Friday, January 14, 2011

Agak-agak dah sesuai ke aku jadi seorang ibu? wakakaka statement tak tahan.. :P


Hari ni aku menjadi baby sitter..aku saja ambil anak sedara aku dari rumah tok dia satu lagi..umah tok dia (mak kepada kakak ipar aku) dan mak kepada abang aku (mak aku la tu) tak jauh..dalam 5 minit ja..

Kak ipar aku masih dalam pantang..dia tak sihat pulak..demam..dan baby yang baru lahir kena dok di wad pulak..ada masalah sikit..nanti aku cerita..

Sekarang nak cerita pasal tugas aku menjadi baby sitter hari ni...dalam pukul 11 tadi pegi amek auliya ni..balik umah aku dia main-main kejap, pastu minum susu pastu terus dia tertidur..senang nya dia tidur..

Bila dia bangun dia mengelamun kejap..tengok ke luar rumah..agaknya rindu kat mama dan abah dia kot..

Pastu dia main2 lagi..pastu aku tanya dia nak makan nasik tak..biasa la budak kecik, mana pandai cakap lagi..baru 1 tahun 6 bulan..kita lak bila tanya kat dia tanya dalam bahasa kanak-kanak la..contohnya : auliya nak matan nacik tak? pastu dia pun angguk2 kan kepalanya..

Aku pun pegila amek nasik yang berlaukkan ayam dan kari ikan kembung..aku suap dia sambil suap aku sekali..haha...

Pastu dia main2 lagi..penat jugak la mengejarnya..kejap dia keluar rumah kejap dia masuk..kejap pegi kedai depan umah aku tu..

Pastu (banyak pulak pastu) aku saja bawak dia jalan-jalan naik motor..pegi kat kawasan belakang umah aku, kawasan sawah padi..






Sempat lagi aku rekod video tau..jangan tiru aksi ini eh..tapi aku bawak memang slow motion je..10 km/j je kot.. =D




Ha ni gambar si oliya tido tengahari tadi..lama jugak dia tidur..nyenyak betol..





Malam ni auliya tidur kat rumah aku..mak aku suh dia tidur ngan aku kat dalam bilik..sebab kat luar dah terlalu ramai dengan anak abang aku yang belakang rumah aku ni..so, malam ni pun aku akan menjaganya..janganla dia bangun tengah malam mintak susu.. :P

Oh ya, pasal adiknya, yang baby baru lahir 26.12.10 hari tu, ada masalah dekat muka baby tu..macam ada kesan lebam dan kemerah-merahan sejak hari pertama lahir..lupa aku nak bagitau..baby ni namanya azmil hafiz..


kalau perasan kat pipi kanan (pandangan kita) ada sikit lebam..


Minggu lepas dah buat kenduri cukur rambut..dah botak dah die..aku tak balik kampung minggu lepas..adik aku yang amik gambar dia..masa ni lebam tu dah jadi teruk sikit..kemerah-merahan..


makin teruk pipi sebelah kiri dia..sian dia..


Pastu pegi cek kat hospital, dokter tahan baby ni kat wad..dorang nak wat pemeriksaan lanjutan..ibu dia je yang dapat tengok kat wad tu..aku nak gi melawat pun tak dibenarkan..sian baby ni..

Dokter kata takut ada kesan kat mata n otak..sebab dokter tengok mata sebelah kiri dia kecik sikit..dokter jugak kata kemungkinan kejadian ni disebabkan semasa bersalin tu, baby ni ditarik dengan kuat..aduh kesiannya..

Aku harap tak da apa-apa masalah yang teruk..semoga semuanya ok..rindu sangat nak tengok baby tapi tak dapat..Tapi tak pa lah, dapat main ngan kakak dia pun kira ok lah..

Hmm bila main ngan budak-budak ni, terfikir gak bila lah aku akan ada anak sendiri.. hee.. (^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...