My World

My World

Sunday, January 30, 2011

Tentang Rina Salleh Gadis Melayu 3 dan kisah bertemu beliau.. :)


Macammana nak start ni yek..aku bukannya pandai nak cerita pasal orang..cerita mengarut-ngarut pasal aku ada la.. :P

Tapi saja aku nak buat entry pasal Rina Salleh..dulu memang aku tak kenal dia..masa dia masuk Gadis Melayu 3 pun aku masih tak mengenali dia..tv kat kuarters ni dulu hanya dapat tengok tv3..masa tu tak pasang astro lagi..kesian betol..

Ada sekali tu ja aku tengok kat kampung masa dorang pergi bercamping..yang pakai baju askar tu..sekarang ni baru la tengok2 dia kat safiyya..

Aku tahu jugakla sikit-sikit pasal Rina Salleh sebab dia blogger jugak..aku pun baru ja aktif berblogging ni..ada jugak follow blog dia..tapi follow blog kawan2 dia dulu iaitu nadia bayu dan uyun yang merupakan blogger femes..rina pun blogger femes jugak..siap ada blogshop lagi..tapi kite lambat sikit tahu pasal die..maafkan saya rina.. :P

Kejadian bertemu dengan rina memang tak dirancang pun..masa aku turun kl haritu, aku dan ija gi sunway nak beli barang...pastu ija kata kat aku dia nak jumpa rina..tapi tak tahu lagi la bila..ada benda dorang nak discuss..aku kata kat ija best jugak kalau dapat jumpa rina..tapi mana la ada chance nak jumpa sebab aku kat kl pun 2 hari je..

Tup tup manager ija, kak zeq kata rina free malam tu..n boleh datang sunway..aku pun happy la..siap sep sep tangan kat ija.. :P

Thanks kak zeq, thanks rina sebab free time tu..hehe..n special thanks to ija..sebab ko la aku dapat jumpa rina.. :)

Masa mula-mula jumpa tu rina yang datang kat kitorang..masa tu tengah shopping2..pastu rina salam ngan ija n aku..rina ingat aku ni manager ija..sebab kak zeq takdak kat situ masa tu..aku pun kata eh bukan saya manager heliza..

Kitorang pun jalan-jalan dan decide tempat untuk makan sambil ija berbincang dengan rina..aku ni kira penyibuk jela kat situ..

First2 tengok rina tu, memang dalam hati aku, lemah lembut nya rina ni..sopan santun, berbudi bahasa..cantik..perfect lah! bak kata haziq dalam cerita syurga cinta tu.. =D

Pastu rina ni sangat friendly..aku ni kalau jumpa kawan-kawan ija tambah2 yang selebriti2, aku memang segan..tak reti nak bersembang..sebab aku ni jenis pendiam..dengan kawan rapat ja aku kuat bercakap..tapi bila ngan rina, aku rasa senang ja berborak ngan dia..

Masa ngah makan-makan tu, ija suka buat lawak..sapa yang kenal ija tahula perangai dia camna..so tak kering gusi la kitorang malam tu..asyik ketawa ja..sampai makanan pun lambat habis..

Rina pulak tak lokek nak share pengetahuan dia..rina banyak dijemput untuk memberi ceramah tentang penampilan diri..so dia cerita sedikit sebanyak tentang pengalaman dia..best la dengar pengalaman orang-orang yang hebat ni..

Aku banyak dengar diorang jela bersembang..kadang-kadang tu aku mencelah la jugak.. :P


rancak betol diorang berborak


Masa tengah makan-makan aku mendapat panggilan telefon daripada kawan aku..Cik Tqah..dia tanya aku kat sunway ke.. rupanya dia ternampak aku tapi tak sure betul ke aku..tu yang dia col untuk mengkompemkan..aku pun ajakla dia jumpa ija..memang dah lama sangat dia teringin nak jumpa ija..dan dapat la dia jumpa rina sekali..


semua buat gaya comel.. :P


Lepas je dinner tu, kitorang pun berjalan-jalan kat sunway..Sebenarnya, sebelum jumpa rina tu, aku, ija dan kak zeq dok mencari tutti frutti tak jumpa-jumpa..nak try jugak rasa tutti frutti sebab dok tengok orang tweet2 kat twitter pasal tutti frutti ni..so kebetulan rina ada kat situ, yang mana dia arif tempat kat sunway tu, kami pun suruh dia tunjukkan di mana tutti frutti yang dicari-cari itu..

Akhirnya dapat jugak menjejakkan kaki ke tutti frutti..apa lagi, ktorang pun terus lah menggodek2 tutti frutti tu..main hentam ambil je perisa2 aiskrim..yela tak pernah makan kan..


puas hatiku dapat merasa tutti frutti


Lepas pada itu, kami pun nak berangkat pulang..asalnya nak pegi main game..tapi banyak kedai kat sunway dah tutup..aku dan ija memang kaki game..contohnya macam daytona n bola keranjang..selalu je lawan kat ums dulu..siap gaduh2 lagi..gaduh2 manja jela..so, kitorang ajakla rina skali..mesti rina pelik kan, kitorang ajak main game..tapi rina sporting je..tu yang besh =D..tapi disebabkan kedai dah banyak tutup, tak jadila...terus pulang ke pangkal jalan...






Kitorang pun berpisah di tempat parking..on the way ke tempat parking tu sempat lagi bercerita kisah lawak..rina gelak gila bila dengar kisah ija sesat nak pergi midvalley..yang kat entry INI..

Pastu aku ada jumpa lagi dengan rina tau...aku ada bagitau dia pasal perjumpaan blogger..aku ajakla dia datang sekali..tapi dia tak dapat datang..sebab ada shooting Safiyya..tapi pada hari gathering blogger tu dia datang jugak..lepas je shooting dia terus datang..walaupun sekejap je dia datang tapi terharu dan tergaru lah jugak sebab terkejut tengok rina..hee..




Hope bebile nanti dapat jumpa lagi ngan rina..seronok dapat jumpa dan dengar cerita juara gadis melayu 3 ni.. thanks for that night.. =)

Sebenarnya belum habis lagi cerita aku..kitorang berjumpa lagi..cuba teka kat mana pulak?

-
-
-
-
-

Jeng jeng jeng...kitorang berjumpa kat langkawi..rina dan gadis melayu 3 lain turun langkawi semalam..

Aku takdela pakar sangat tempat-tempat kat langkawi ni...tapi tahu jugak la mana tempat makan yang besh..so malam semalam aku bawak rina dan gadis melayu pergi makan kat restaurant bamboo..betul2 tepi laut..angin sangatlah kuat masa makan kat sini..tu sebab ada kanvas di sekeliling kami..


tak banyak ambil gambar pun..(aku segan..hehe) dari kiri ibu rina, rina, diana, ustazah, siti, fatheen & aku..semua gadis melayu cantik2 belaka..


ni waktu petang semalam kat restoran Abe makan mee celup..


roomate gua bersama rina


malunya aku diapit gadis melayu..


Hari ni pulak rina dah nak pulang ke kl..tapi ibu rina, fatheen, diana, siti & ustazah belum pulang lagi..rina ada hal esok tu yang terpaksa balik awal..so tadi, aku gi jumpa rina lagi nak say bye2 kat die.. :P

Sian rina, flight delay pulak..dia nak balik awal tapi cuaca kat kl kurang baik, tu sebab flight delay..tapi ok ape, boleh minum-minum sambil borak-borak lagi kan..lepas ni tak tahu pulak bila boleh jumpa..anyway thanks ek rina belanja minum.. =D


rina manja-manja giteww...


Tadi rina datang ngan member dia..lily & jue..lily ni ada kedai online..dan mak dia buka kedai kat cenang..so aku dan ain gi singgah kedai lily lepas antar rina kat balai berlepas tadi..terbeli gak sehelai baju..heheh


gambar ni cantik tapi blur pulak..


ngan lily, rina & ain


tak sangka dapat beramah mesra ngan juara gadis melayu 3 ni.. :P


aku ada bagi something untuk rina sebagai kenang-kenangan..hope u like it.. :)




Papepun best sangat dapat jumpa rina dan rombongannya termasuk ibu rina, fatheen, diana, siti dan ustazah..kalau ada kot2 terkurang layanan kat langkawi ni gee mintak maaf ye rina..

Tak lupa gak untuk lily dan jue..pasni nak terjah kedai online lily..heheh

Oklah, sampai sini saja entry aku untuk kali ini..masa aku menulis entry ni rina dah sampai kat kl dah rasanya..untuk rina, gudluck dalam apa jua yang anda lakukan..terima kasih daun keladi..lain kali kita jumpa lagi..insyaAllah.. :)


Saturday, January 29, 2011

Menggelapkan kulit di 2 buah pulau..


Aktiviti yang dirancang sejak berminggu-minggu akhirnya menjadi jugak..asalnya nak pegi mangrove tapi last minute tukar plan..sebab mangrove tu agak memakan belanja yang tinggi..kalau pegi ramai-ramai okla..tapi kalau untuk kami berempat memang agak kepokaian walaupun baru je dapat gaji..huhu..

So mangrove tu tengok bulan depan la pulak..kalau tak jadi mangrove, mungkin pergi candat sotong..banyak betol aktiviti yang kami nak buat kat langkawi ni..

Ok, berbalik pasal pergi menghitamkan kulit kat 2 buah pulau tu..mula-mula sekali kitorang pergi ke pulau dayang bunting..

Ha sebelum tu nak tepek dulu la gambar sebelum berangkat..heheh


kat quarters guru..


Pastu dah sampai kat tempat berkumpul, ada sorang pakcik mat saleh ni..pakcik la kot..sebab dah tua kan..mula-mula kami panggil sir..tapi dia tak bagi panggil sir..dia suh panggil nama dia ja..Behzard..


hensem gak pakcik Behzard ni.. :D


Dia sengsorang ja yang juin island hopping ni..kawan aku yang sorang tu agak ramah..dia berborak-borak ngan si Behzard ni..kompem la speaking kan..aku pun juin jugakla..walaupun speaking aku agak hancusss...

Sebab kami saja yang berborak dengan dia, dia pun mengikut kami la sepanjang panjang island hopping tu..tapi dia tak mandi la..dia datang sehelai sepinggang..katanya nak view the scenery..siap dia perli kitoarang lagi tau..sebab asyik bergambar je..hahah..

Si Behzard ni memang banyak bercerita..dia datang langkawi ni saja nak bercuti lepas amek exam kat penang..untuk sambung master..so sementara tunggu result keluar dia jenjalan kat langkawi ni..kitorang pun soal selidik la umur dia, nak amek master dalam course apa..

Umurnya 46 tahun..dia kata 'i look older than my age right' ntah betol ke ayat aku dia ni..aku pun tak ingat ayat yang dia cakap..hehe..

Pastu dia kata dia amek master dalam mechanical engineering..dalam hati aku mesti dia ni engineer ni..he's from Iran..

Bila bot dah sampai, kami pun memulakan perjalanan..masa kat dalam bot tu tak berborak sangat..kebisingan kemelandaan..air pulak dok memercik kat muka kami..siap dapat rasa lagi kemasinan air laut tu..


sepek besor gedabak


Destinasi pertama iaitu Pulau Dayang Bunting..kenapa disebut Pulau Dayang Bunting? cuba tengok gambar dibawah ini (sila abaikan gambar perempuan itu kerana dia memang suka interframe)..




Kat Pulau Dayang Bunting ni ada sebuah tasik..Tasik Dayang Bunting..so kami pun dibawa ke tasik tu untuk bermandi manda..ada mitos mengatakan kalau terminum air tasik tu, kemungkinan boleh bunting macam dayang tu.. nama pun mitos kan, aku tak la percaya sangat..tapi nasib jugakla aku tak terminum masa bermandi manda kat situ...




Masa on the way ke tasik tu..(dari tempat turun bot ke tasik), ada banyak sangat monyet-monyet..aku bukanla nak berbangga dengan diri aku ni..tapi aku agak cool berbanding ngan kawan-kawan aku yang lain..ada yang siap menjerit walaupun lalu saja di tepi monyet tu..


monyet-monyet tengah berasmaradana..


Hampir sepanjang laluan ke tasik tu dipenuhi dengan monkey ni..sampai kat satu tempat tu, ada sekor monyet ni betul-betul kat sebelah aku..aku selamba je la jalan..monyet ni kalau kita tak kacau dia, dia tak kacau kita..aku pun tengok jela muka dia..macam bengis ja monyet ni...

Sekali kan, dia lompat ke sisi sebelah kiri aku..tapi aku tak menjerit tak ape pun..kawan aku yang tolong jerit kan..si Behzard yang dok kat belakang aku pun terkejut..tak sangka monyet tu akan lompat kat aku...

Nasib la dia tak melakukan aksi-aksi ganas..dia saja nak bermesra ngan aku la tu..lepas lompat tu dia terus turun..dan aku yang cool ni relax jelah..haha menyampah je kan..

Pastu si Behzard kata kat aku.. 'the monkey like you' haha ada-ada ja..pandai ka monkey ni memilih ek..agaknya muka aku ni manis kot tu sebab dia nak rasa (perasan nak mampus)..tapi masa dia lompat tu tak sampai pulak ke muka aku..

Jalan punya jalan, mendaki tangga bagai, sampaila kat tasik..masa yang diberi untuk berada di tasik tu adalah selama 1 jam..so aku ngan ain decide nak mandi kat situ..lagi 2 orang kawan aku tak nak mandi..dorang nak mandi kat pulau beras basah...








Seterusnya sambung perjalanan ke pulau beras basah..sampai ja kat situ terus excited nak mandi..walaupun aku dah berendam kat tasik tadi.. :P




Berendam sampai puas, baru la lepak-lepak kat pasir tu sambil-sambil makan keropok..sambil-sambil photoshoot...


ha ni baru betol lompatan..bukan macam lompatan dengan ija kat video PART 2 tu.. :P


:)









Sesi bergambar pun tamat bila bot dah sampai untuk membawa kami pulang...habis dah la cerita aku pasal menghitamkan kulit..memang semakin gelap la kulit aku ni yang sudah sedia gelap ni..tapi tak pa..hitam itu kan manis..heheh..dan pengalaman pergi island hopping ni sangat bermakna dan berharga bila dapat bergembira bersama kawan-kawan.. thanks to all my fren..and to Behzard, nice to meet you.. :)


Friday, January 28, 2011

Next video: jogging backwards..hahah :P


Aku dok update pasal video je..hahah lantakla..

Sebenarnya hari ni dah set nak cerita pasal gi island hopping..aku pergi pagi tadi..tapi disebabkan cerita tu panjang so aku postpone la dulu..

Aku suka lagi letak video..sebab dikala mood menulis panjang2 ni berkurang, senangla sikit..tak payah nak cerita panjang2..korang pun leh faham sendiri..hihi

Adeh yang pasal gathering blogger aritu pun tak update lagi..takpela biar blogger2 lain update dulu..aku update lambat2 sikit..heheh...

Ok, dah tengok kan bideo stretching Part 1 & Part 2..skang layanlah bideo jogging backwards pulak.. :P




Thursday, January 27, 2011

Video Stretching sengal 2.. :P



Dalam video sebelom ni, aku ngan ija wat streching tapi 4 step je..tu pun part kepala je..

So bideo yang ni sebagai pengakhiran stretching tu la..ija pulak guide..

Asalnya kitorang nak buat lompat bintang..aku memang dah ready la nak buat lompat bintang tu...sekali bukan lompat bintang yang dia buat..aku pun tak tahu nak klasifikasikan lompat tu sebagai lompat ape..

Aku pun main hentam lompat je lah..haha macam menari-nari dah aku kat bideo tu...

marilah saksikan.. :P





Wednesday, January 26, 2011

Layan video stretching yg sengal..Amaran: jangan tiru aksi ini



jum jogging!


Nasep la aku tak kena mengajar Pendidikan Jasmani & Kesihatan tahun ni..kalau tak, rosakla anak murid aku..haha...

mari sama-sama kita layan video ni..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...