My World

My World

Friday, December 9, 2011

Oya kena tahan kat wad..sian dier...


Dah dua malam oya kena bermalam di wad..hari ni masuk hari yang ke tiga di wad, keadaannya semakin pulih..masa aku sampai tadi dia tengah baring minum susu..

Lepas nurse tambah air kat badan dia dan kemudian nurse buang sambungan wayar ke tangan dia tu, bukan main aktif lagi..kalau tak takleh lari-lari sebab ada wayar tu..lepas buang wayar, dia jadi hiperaktif..risau pun ada tengok dia..takut nanti lelah balik..

Walaupun masih ada jarum lagi di tangan dia, langsung dia tak rasa sakit..masa tengah main-main tu dokter masuk nak cek dia..terus senyap (takut kut)..dokter cek cek, pastu dokter kata dia dah boleh balik..Alhamdulillah..tapi kena tunggu surat dari dokter dulu baru boleh pulang..

yeaaayy saye dapat loti..

saye nak makan loti ni..

 harap-harap saye boleh balik la hari ni.saye rasa dah sihat..

 ni handset makndak, saye suka main handset makndak..

saye kena pam gas dulu sebelum pulang..

video di bawah ini menunjukkan keaktifan oya yang tidak boleh disangkal lagi..jarum dok ada kat tangan tu langsung tak dipedulikannya..isk2..jangan lari sangat ceq, satgi kena masuk wad balik.. :D semoga oya sihat dan sihat untuk hari-hari seterusnya..


Thursday, December 1, 2011

Budak demam campak dah sihat..


Walaupun tak sihat sepenuhnya lagi, dua-dua anak sedara aku yang kena demam campak hari tu bukan main cargas lagi bermain di rumah aku pagi tadi.. Oya la nak datang sangat rumah aku..dia cakap kat mama dia 'Oya nak pi mah tok..'

Tengok la gambaq kat bawah ni..dalam dok demam campak tu boleh lagi main basikal..ni dia taktau naik lagi..kalau dah tau kayuh, rasanya merata dia p..


  Ni la peace oya..bila suruh buat peace, gini la jadinya.. :D


Kecik-kecik dah pandai nak dukung adik..sampai macam nak tercekik adiknya tu..huhu..


Azmil hafiz dah pandai nak kalih channet tv lak..


Ini budak demam pandai buka peti ais minum ayaq sendiri..


Sampai tengahari ja oya dok kat umah aku..lepas zohor abang aku pun pulang..lepas zohor tu pulak rumah aku ada buat kenduri kesyukuran sikit..mak aku jemput geng2 mengaji dia..

meh meh makan bihun sup..

Ok, tu ja cerita ceq pada hari ini.. papai.. :D

Tuesday, November 29, 2011

Tiannyerr.. Demam Campak..


Kesian dua anak buah aku..akhyar auliya dan azmil hafiz..dua-dua orang sekali kena demam campak..petang tadi sempat melawat mereka..masa pergi umah depa oya baru ja tidoq..memang keadaan dia nampak lemah..sebab demam sama..tapi adik dia semangat..siap ajak main-main..gelak-gelak lagi..

So hari ni tak dapat nak main ngan oya..pagi tadi mama dia col aku, dia nak cakap ngan aku..siap kata nak pi umah makndak..tapi buat masa sekarang dia memang tak leh kuaq umah la..memandangkan demam campak ni..semoga oya ngan azmil cepat sembuh ye..dah sembuh nanti boleh mai umah makndak.. :D


tiannyer die..



muka azmil yang tak puas hati takleh main handset..

Friday, November 25, 2011

Tenang, aman dan damai.. :)



Begitulah perkataan yang sesuai untuk diungkapkan apabila melihat sawah padi luas terbentang di hadapan mata..Sungguh indah ciptaan Yang Maha Esa..

Itulah kelebihan negeri jelapang padi..negeri Kedah Darulaman..aku rasa bertuah dilahirkan di negeri ini dan bertambah bertuah apabila rumahku terletak di kawasan sawah padi..

Belakang rumah aku, ada hutan..selepas hutan ada sungai..ada pulak jalan (orang kedah panggil batas ban)..kemudian barulah sawah padi..memang penuh sawah padi sehingga ke hujung sana..kiri kanan penuh..tak tau nak gambarkan..hanya kelihatan beberapa buah rumah di hujung sana..di kiri kanan pula tak dak rumah pun..memang penuh la sawah padi..tak tau nak explain macammana..huhu


Dulu, beberapa tahun yang lepas..aku nak ke bendang ni memang redah ja hutan belakang rumah aku..memang ada jalan..tapi banyak pacat dan lintah..tak kena gigit memang tak sah..tapi sekarang jalan tu dah tertutup..sebab kawasan hutan tu dah menutup jalan..so kalau nak ke bendang sekarang, merempit jela..bukan merempit macam mat rempit tu..nama pun kawasan kampung..ada la rempit 20 km/j.. hehe

Teringat lagi masa kecik-kecik..selalu pergi memancing kat sungai dekat ngan bendang tu..bila musim menuai pulak, siap pi tangkap ikan dalam bendang..tangkap guna tangan ja..sebab memang nampak ikan tengah melompat di dalam air yang tak berapa banyak tu..

Jadi main ambik ja ikan tu..kena ikan haruan, sepat tu senang la..kalau ikan puyu bahaya sikit..sirip dia tajam..bila dia marah otomatik sirip dia tu terbuka..kalau kena tangan memang boleh luka..lagi satu ikan keli..ni bahaya jugak..tak berani den nak menangkapnya..sebab ada duri dekat mulut dia tu..kalau kena boleh masuk sepital jawabnya..

Kalau diingat, memang banyak kenangan masa kecik..penah jugak terjun mandi dalam sungai dekat bendang tu..tapi tepi-tepi ja..tak berani pi tengah..maklumla tak reti berenang..hihi..cukupla cerita yang tu ja..pokoknya gue nak bagitau memang best bila melihat kehijauan sawah padi..cantik sangat..Maha Suci Allah..

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 117 : 
“Allah jualah yang pencipta langit dan bumi (dengan segala rupa keindahan). Dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka ia hanya berkata kepadanya : “Jadilah engkau, lalu jadilah ia”. 


Bersyukurlah kita atas nikmat yang telah diberi oleh-Nya..Alhamdulillah.. :)



Wednesday, November 23, 2011

Kempunan kek comel comel..


22.11.2011.. Selamat hari lahir untuk adikku yang ke dot dot dot.. beza umur aku dan dia cuma setahun ja.. sapa yang tau umuq aku tau la umuq dia.. hehe..

Kelmarin aku pi la cari kek.. angan-angan nak beli kek secret recipe.. tapi tak kesampaian.. faham-faham jela..hehe.. aku pun beli la kek kecik kecik yang comel comel..

Memandangkan rumah aku ramai anak sedara yang kecik-kecik.. yang memang gilakan kartun.. tambah-tambah ultraman, sin chan, doremon.. aku pun pilih kek-kek yang ada katun-katun tu.. walaupun bukan befday depa.. tapi depa yang akan habiskan.. mestila depa suka kalau ada katun-katun tu.. aku beli empat bijik..

tadaaaaaaaaa....


Bila aku bawak balik rumah dan tunjukkan kat anak sedara aku.. punya eksaited nak makan.. aku pun panggil adik aku untuk potong kek.. tak dak pun buat seperais2.. hehe

Aku rasa sikit ja..sebab kenyang lagi.. ingat nak makan petang-petang sikit.. ada 4 kek kan.. banyak tu..hehe

Seharian kelmarin memang sibuk.. keluaq merata gak la.. pi bank, pi repair blackberry yang rosak.. sampai kat rumah dah kul 6 ptg.. aku pun tengok kek dalam peti... dah habissssssss.. atoiii kempunan ceq.. memang la cepat habis.. budak-budak kecik tu kan suka.. patutnya aku simpan sikit habuan aku.. sob2.. takpala.. bukan nya tak boleh beli lagi.. saja mengada.. :D begitulah ceritanya.. nak tengok bola malam ni.. Gudluck Harimau Muda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...