My World

My World

Friday, December 23, 2011

Saya Sayang Mereka..


Alhamdulillah, keputusan pmr sekolah saya (SMKTP) kali ini tidak mengecewakan..peratusan meningkat dan bilangan pelajar yang mendapat straight A pun bertambah..Saya merasa gembira dengan pencapaian yang membanggakan ini..bagi yang mendapat keputusan kurang memberansangkan tu, cuba yang terbaik untuk spm nanti pulak, k..

Anak-anak murid saya..saya sayang mereka..bukan bermaksud saya sayang mereka dari segi kecemerlangan dalam peperiksaan..yang cemerlang tu Alhamdulillah, berkat usaha dan doa mereka..saya sayang mereka yang mendengar kata, yang buat kerja saya, yang menghormati saya, tak melawan saya, yang apabila ditegur tidak memberontak, yang rajin, yang berdisiplin, yang amanah, berbudi bahasa, bertanggungjawab, bersahsiah dan macam-macam lagi lah..

Walaubagaimanapun saya sayang semua pelajar saya..cuma hati seorang guru pun akan tercalar sekiranya pelajar tidak menghormati gurunya, malas buat kerja, terlibat dengan masalah disiplin..mereka ni bermacam-macam kerenah..sebagai seorang guru, memang perlukan kesabaran yang tinggi..setakat ini saya memang boleh bersabar..tapi ada masanya tahap kesabaran tu boleh hilang..bergantung pada keadaan..

Hujung tahun ni genaplah 2 tahun saya menjadi guru..cepat betul masa berlalu..Alhamdulillah, banyak pengalaman yang telah saya kutip..dan masih banyak lagi yang perlu saya kutip..menjelang tahun baru tak lama lagi, bermulalah sesi persekolahan yang baru..saya pun rasa tak sabar nak memulakan tugas dengan azam dan semangat baru..jadi hari pertama persekolahan tu semua mesti baru (baju, handbag, kasut), lagi bertambah semangat..he..

Para pelajar pun mesti kena ada semangat baru..semangat nak belajar, semangat buat kerja sekolah, semangat bersukan, semangat macam-macamlah, maintain dari awal tahun sampai akhir tahun..baru result gempaq.. :)

Oklah, untuk para pelajar yang dikasihi..belajarlah rajin-rajin sampai berjaya, kerja pun hebat, jadi orang berguna, ibu bapa dan cikgu-cikgu akan bangga dengan kamu..



Cikgu sayang kamu semua.. :)

Tuesday, December 20, 2011

Seronoknya mereka.. :))



Kalau ada funfair kat mana-mana mesti penuh dengan orang..seronok bawak anak masing-masing bagi main kat funfair tu..tak terkecuali budak-budak sekolah, remaja-remaja yang datang sendiri nak main-main permainan yang menguji keberanian..

Dah masuk kali ke 3 pun aku pergi funfair tu.. (jadi drebar ja..) bawak anak-anak buah..hehe..tapi kali ke 3 tu aku bawak oya, ikhwan dan izwan..aku bagi naik yang mainan budak-budak je la..tapi ada 1 tu aku bawak oya naik macam buaian pusing-pusing..laju jugakla dia pusing..Ya Allah cuak tak terkata..tapi oya relax ja..berani sungguh ini budak..

Ni video yang sempat aku rakamkan..seronoknya depa ni main..oya lagi terserlah keseronokannya.





Oya kata kat makndak dia sebelum hantar pulang ke rumah "nanti mai lagi na.."
dia nak pi lagi la tu.. :D

Saturday, December 17, 2011

Apabila kanak-kanak berada di dunia mereka..


Seronok tengok kanak-kanak bermain dengan aktif..tapi kadang-kadang naik lelah la jugak tengok mereka bermain tanpa mengenal erti penat..last2 kita yang jadi penat..huhu 

Video satu: 1 heroin lawan 5 hero.. 

Video 2: Imaginasi yang tinggi..kalau boleh semua superhero beliau nak jadi..tapi ultraman lah menjadi sumber inspirasi..Arif Ikhwan nama diberi.. 

Video 3: Adegan meminta belas kasihan..

Video 4: Doremon..

Video 5: main gosok gigi bear pulak..sapa yang cipta teddy bear nanti buatlah gigi skali..sure kanak-kanak lagi suka bermain begini.. :D

Video 6: Sang hero jatuh tersungkuq..haha

Video 7: Menjadi kebiasaan kalau kanak-kanak bermain, tak pernahnya tak bergaduh..nasib ada seorang puteri datang memujuk.. :D

Sekian alkisah kanak-kanak riang..mari kita layan gambaq pulak.. :D

mereka yang tomel..

penggemar ultraman nomot 1

abang dan adik..

gaya superhero..

dengan lagak masing-masing..

oya pun turut serta..

kunun-kunun macho la..hehe


ini aksi kiut yang sengaja dibuat apabila disuruh berlakon gosok gigi..hehe..

Sekian sahaja cerita tentang anak-anak buah ku yang bermacam-macam aksi ni..semoga mereka cepat membesar dan menjadi orang berguna..

P/s: Oya mai lagi tau nanti..boleh makndak update blog..oya mai baru makndak semangat update blog..hehe..

Friday, December 9, 2011

Oya kena tahan kat wad..sian dier...


Dah dua malam oya kena bermalam di wad..hari ni masuk hari yang ke tiga di wad, keadaannya semakin pulih..masa aku sampai tadi dia tengah baring minum susu..

Lepas nurse tambah air kat badan dia dan kemudian nurse buang sambungan wayar ke tangan dia tu, bukan main aktif lagi..kalau tak takleh lari-lari sebab ada wayar tu..lepas buang wayar, dia jadi hiperaktif..risau pun ada tengok dia..takut nanti lelah balik..

Walaupun masih ada jarum lagi di tangan dia, langsung dia tak rasa sakit..masa tengah main-main tu dokter masuk nak cek dia..terus senyap (takut kut)..dokter cek cek, pastu dokter kata dia dah boleh balik..Alhamdulillah..tapi kena tunggu surat dari dokter dulu baru boleh pulang..

yeaaayy saye dapat loti..

saye nak makan loti ni..

 harap-harap saye boleh balik la hari ni.saye rasa dah sihat..

 ni handset makndak, saye suka main handset makndak..

saye kena pam gas dulu sebelum pulang..

video di bawah ini menunjukkan keaktifan oya yang tidak boleh disangkal lagi..jarum dok ada kat tangan tu langsung tak dipedulikannya..isk2..jangan lari sangat ceq, satgi kena masuk wad balik.. :D semoga oya sihat dan sihat untuk hari-hari seterusnya..


Thursday, December 1, 2011

Budak demam campak dah sihat..


Walaupun tak sihat sepenuhnya lagi, dua-dua anak sedara aku yang kena demam campak hari tu bukan main cargas lagi bermain di rumah aku pagi tadi.. Oya la nak datang sangat rumah aku..dia cakap kat mama dia 'Oya nak pi mah tok..'

Tengok la gambaq kat bawah ni..dalam dok demam campak tu boleh lagi main basikal..ni dia taktau naik lagi..kalau dah tau kayuh, rasanya merata dia p..


  Ni la peace oya..bila suruh buat peace, gini la jadinya.. :D


Kecik-kecik dah pandai nak dukung adik..sampai macam nak tercekik adiknya tu..huhu..


Azmil hafiz dah pandai nak kalih channet tv lak..


Ini budak demam pandai buka peti ais minum ayaq sendiri..


Sampai tengahari ja oya dok kat umah aku..lepas zohor abang aku pun pulang..lepas zohor tu pulak rumah aku ada buat kenduri kesyukuran sikit..mak aku jemput geng2 mengaji dia..

meh meh makan bihun sup..

Ok, tu ja cerita ceq pada hari ini.. papai.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...