My World

My World

Sunday, February 27, 2011

Entry khas buat Azmil Hafiz..


Tika dan saat ini aku sudah berada di Langkawi..pada hujung minggu yang lalu (hari khamis lepas), aku pulang ke kampung setelah hampir 3 minggu tak pulang..

Menjadi kebiasaanku, kalau pulang ke kampung, mesti nak pergi ke rumah abangku..nak tengok azmil hafiz yang baru berusia 2 bulan pada 26 Februari 2011..aku memang suka main-main ngan baby ni.. :D

Alang-alang pegi tengok azmil hafiz, aku pun nak belajar buat cupcakes dari kakak iparku..mana tau boleh buat bisnes kat langkawi ni..hehe..itu aku cerita kemudian lah..sekarang nak cerita pasal azmil hafiz..

Aku dah pernah buat entry pasal hafiz..bolehlah jenguk kat SINI..SINI dan SINI..
Hafiz sangatlah comel masa baru dilahirkan..

Tapi, siapa sangka..sebenarnya hafiz mengalami masalah yang aku sendiri pun tak tahu nak terangkan macammana..kakak ipar aku kata pembuluh darah banyak terkumpul kat kawasan muka dan kepala..sebab tu kemerah-merahan kat muka sebelah kirinya..


tapi beliau tetap comel.. (ni umo sebulan)


ni lagi comel.. (2 bulan)


comel secomel-comelnya..


sangat comel..


dengan kakaknya, oya.. (auliya)


hafiz dah debab..


hafiz masa berumur 1 hari


umur 7 hari..


Masa aku main-main dengan dia aritu, sangatlah tak banyak ragam..tapi aktif jugakla..tak duduk diam jugak..he..dia macam nak berborak-borak dengan kita bila kita bercakap-cakap dengan dia..sekali-sekala dia senyum..

rindu pulak kat hafiz...

Bila dia lapar, atau tak selesa bila pampers dia penuh dengan isi baru dia nangis..time nak tido, senang ja..lepas minum susu terus tertido..

Entry ni aku tujukan khas untuk azmil hafiz..semoga dia cepat membesar dengan sihat dan dapat recover kemerah-merahan kat muka dia..dan menjadi cergas macam abang-abang dan kakaknya (amir afiq, arif ikhwan, akhyar auliya)..

Di sini, aku ingin meminta kawan-kawan yang membaca entry ini tolong doakan untuk anak sedara aku sekali..doakan azmil hafiz cepat sembuh..terima kasih yang teramat atas doa korang..

Oh ya, hampir terlupa pulak..nak cerita pasal cupcake..aku letak gambar jelah..hasil cupcakes yang aku dan kak ipar aku buat..tapi kak ipar aku yang lagi banyak buat..aku tolong2 je..hihi..tapi aku dah tau la camna nak buat..lepas ni boleh la aku buat bisnes.. :D







Ok, tamat dah cerita hari ini...da..


p/s: Mak ndak doakan hafiz cepat sembuh..(mak ndak: panggilan oleh anak-anak sedaraku)


Tuesday, February 22, 2011

Cuma Aku..comel giler..heheh




layan lah lagu ni bersama ngan video klip yang comel ni.. :p

Thursday, February 17, 2011

Ija & Gee berduet..lagu Akim (janji) hihihi




Hahahaha funny betul la video ni..yang pertamanya funny sebab sah-sah kesumbangan aku terserlah kat video ni...serius aku memang tak pandai nyanyi..suara aku tak sesuai langsung untuk menyanyi..tapi aku hentam jugak menyanyi..hehe

Yang keduanya, kitorang boleh tersalah-salah lirik..lagu ni sebenarnya baru je aku dengar kat radio..dan terus tersuka..ija pun suka sangat lagu ni..so tanpa ketahuan lirik yang sebenarnya, kitorang menyanyi jugak.. :P

Lagu ni lagu Akim..ciptaan sepenuhnya oleh Akim..kat bawah ni lirik yang sebetulnya..

Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

Chorus
Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

Ulang Chorus

Aku janji padamu
Akan mencintaimu

Ulang Chorus

Takkan menduakanmu


p/s: perasan tak berapa banyak entry yang aku buat dalam masa 1 hari aku bertemu ngan ija? banyak betul entry yang boleh terhasil kan.. :D bolehla jenguk-jenguk kat SINI, SINI, SINI, DAN SINI ..dan lepas ni ada lagi entry yang boleh buat yang mana masih berpakaian sukan ini..ngeee.. :P

ok, bye!


Tuesday, February 15, 2011

Puji-pujian Kepada Rasul Junjungan



15 Februari 2011 yakni bersamaan 12 Rabiul Awal 1432 Hijrah, sekali lagi pada tahun ini kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah SAW. Pada hari ini genaplah 1,200 tahun baginda SAW meninggalkan umat Islam yang dicintainya..

Sumber dipetik daripada Utusan Malaysia

Rasulullah SAW wafat pada tarikh lahir baginda iaitu 12 Rabiulawal 632 Masihi di Madinah ketika berusia 63 tahun. Baginda dimakamkan di dalam rumah baginda yang terletak di dalam Masjid Nabawi pada hari ini.

Makam Rasulullah SAW ditempatkan di dalam sebuah kawasan yang mempunyai kubah berwarna hijau. Kawasan ini dikenali sebagai Raudhah.

Di sisi makam Nabi SAW terdapat makam dua sahabat karib baginda iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a and Khalifah Umar al-Khattab r.a. Mereka adalah antara sahabat karib Rasulullah SAW dan juga khalifah umat Islam selepas kewafatan baginda.

Mereka berdua adalah orang yang sentiasa menemani Rasulullah SAW ketika senang dan susah dan sentiasa mempercayai setiap kata-kata Nabi SAW di dalam apa juga keadaan.

Rasa sayang dan cinta mereka kepada Rasulullah SAW sentiasa subur di hati mereka walaupun selepas kewafatan baginda. Setelah kedua sahabat Rasulullah SAW ini meninggal dunia, mereka dimakamkan bersebelahan makam baginda.

Rasa cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW bukan sahaja dirasai oleh dua khalifah Islam yang agung ini, malah ia turut dirasai oleh umat Islam lain sama ada yang hidup sezaman dengan baginda ataupun umat Islam yang ada pada hari ini.

Bagi umat Islam yang datang selepas kewafatan Nabi SAW, rasa cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW kian subur dengan hanya mengenali baginda melalui sejarah. Walaupun umat Islam pada hari ini tidak pernah melihat Rasulullah SAW tetapi kasih sayang terhadap baginda diibaratkan seperti cahaya matahari yang menerangi bumi seperti yang terdapat di dalam nasyid Rasulullah Junjungan yang didendangkan oleh kumpulan Raihan:

“Kau bagaikan matahari

Cahaya menerangi bumi

Engkaulah permata hati

Bertakhta di sanubari”

Puji-pujian dan selawat ke atas Rasulullah SAW yang didendangkan di seluruh dunia sering membangkitkan rasa rindu yang mendalam kepada baginda SAW.

Seperti di dunia Melayu, selawat dan marhaban sering didendangkan dalam majlis-majlis keraian agama seperti sambutan awal Muharam, sambutan Maulidur Rasul, majlis perkahwinan, majlis khatam al-Quran, majlis cukur jambul bagi bayi yang baru lahir dan sebagainya.

Baris-baris selawat ditulis dan disebarkan ke seluruh dunia oleh penulis Islam. Manuskrip-manuskrip Islam yang mengandungi selawat dan sejarah ringkas mengenai Rasulullah SAW seperti Dalail al-Kayrat disalin dan diedarkan diseluruh dunia. Manuskrip ini dihasilkan di Maghribi oleh seorang ahli sufi yang dikenali sebagi al-Jazuli pada abad ke 15 Masihi.

Selain selawat, manuskrip ini juga mempunyai doa-doa pilihan, nama-nama panggilan Nabi Muhammad SAW, sedikit penjelasan mengenai makam Rasulullah SAW dan sejarah ringkas mengenai Khalifah Abu Bakar r.a dan Khalifah Umar al-Khattab.

Setiap manuskrip Dalail al-Kayrat ini sering mempunyai dua buah lukisan. Satu memperlihatkan lukisan Kaabah di Mekah dan satu lagi memperlihatkan lukisan makam Rasulullah SAW di Madinah.

Selain manuskrip selawat terdapat juga manuskrip sejarah yang mengandungi salasilah baginda SAW yang bersambung dengan para nabi dan rasul sebelum baginda. Manuskrip ini ditulis dengan penuh teliti, jelas dan menarik dengan penggunaan dakwat yang berwarna-warni.

Selain seni penulisan, nama Nabi Muhammad SAW turut diabadikan di atas barangan kesenian yang lain seperti dalam bentuk sulaman, ukiran dan tenunan.

Nama baginda SAW selalunya digandingkan dengan nama Allah SWT atau nama para sahabat baginda seperti Saidina Abu Bakar r.a, Saidina Umar r.a, Saidina Uthman r.a dan Saidina Ali r.a.

Terdapat juga nama ahli keluarga Rasulullah SAW yang digunakan seperti puteri baginda Saidatina Fatimah r.a dan cucu baginda Saidina Hassan dan Hussein r.a.

Barangan yang mempunyai nama Rasulullah SAW sering digunakan sebagai hiasan dan diletakkan di tempat yang tinggi sebagai tanda kasih dan sayang umat Islam di seluruh dunia kepada nabi junjungan mereka iaitu Nabi Muhammad SAW.


Bagi memperingati Rasulullah SAW, marilah kita bersama-sama berselawat sebagai puji-pujian kepada baginda SAW. Salam Maulidur Rasul untuk semua umat Islam.




Sunday, February 13, 2011

Kau Selamanya..



Aku amat sayang kamu
Dari dulu hingga kini
Tak berubah ku terlena keranamu

Walau apa pun terjadi
Aku setia menyanyangi
Diri kamu kan berada di hatiku

Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku
Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu
Terimalah diriku seadanya sederhana
Ku berserah kepadamu Ya Illahi
Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku
Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu
Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku
Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu
Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku
Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu


Saja nak share video klip kau selamanya ni..ciptaan sepenuhnya oleh heliza helmi..video klip ni bukan official..heliza dan staf-stafnya yang hasilkan video ni..saja suka-suka..tapi best jugakla bila layan video klip ni..lagunya pun boleh tahan best..layan.... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...