My World

My World

Saturday, August 20, 2011

Berbuka Puasa di Hotel..




First time aku buka posa kat hotel..Ya Allah manyakkknye makanan..sampai tak tahu nak makan apa... :D

Dapat berbuka puasa kat hotel ni pun sebab kebetulan aku datang KL dan kebetulan kawan aku dijemput untuk berbuka kat hotel..so kebetulan dia pun bawak aku sekali la..hehe banyak pulak kebetulannye ye...


on da way nak pegi bukak posa..


laksa yg beshhh...


ni 2nd round..1st round dah makan nasik..


Malamnya tu, aku ikut ija lagi..kali ni pergi angkasapuri pulak..ada program Bicara Rakyat..secara langsung kat TV1 kul 10malam..program yang berunsur perbincangan dan juga perdebatan..yang menampilkan ahli panel Dato' Ahmad Tamimi Siregar, Hafiz Hamidun dan Heliza Helmi..tajuk perbincangan adalah 'Semarak Kemerdekaan'..

Best la dapat tengok secara live..banyak pengalaman yang aku kutip..tengok macamana dorang bercakap secara formal, berdebat...boleh jugak aku aplikasikan dalam bidang aku..bidang pendidikan...thank you so much much to my friend yang sentiasa bawak aku gi program ko..aku ni menyibuk je la kan..he..dan time kasih sebab melayan aku tatkala aku datang kl..walaupun sesibuk mana pun ko, ada jugak masa ko untuk aku...i lap u lah my pren.. :D

Malam ni aku akan pulang ke langkawi..nanti aku nak update story aku pegi tengok ija shooting untuk moderator manjadda wajada lak..aku kutip pengalaman lagi..hee..ok, cau dulu..daaaa..


Wednesday, August 17, 2011

Baju raya macam baju pengantin la pulak.. :D


Alamak..baju raya aku macam baju pengantin la pulak..bila aku test tadi memang meriah sungguh baju rayaku itu..ni yang terpikiaq banyak kali nak pakai ke tak ni..huhu..dengan bling bling nya yang merelit merelap..

Kalau simpan untuk buat baju tunang pun ok jugak tu..wakaka..tapi bila tahun aku nak pakai..so bila pikiaq balik pakai jela raya nanti..apa salahnya nak terlebih bergaya raya nanti.. :D

So aku tak boleh nak upload lagi gambar baju raya aku tu..tunggu la aku pakai masa raya nanti lepas tu baru aku upload kat blog aku ni..aci ok..

Kain yang aku beli untuk buat baju raya ni aku beli kat bandung haritu..memang meriah kain nya..kat bandung kan kaya ngan kain pasang yang cantik-cantik...pastu aku upah sorang mak student ni..esok aku balik kampung..so aku nak bawak balik baju raya ni siap2..sekali ngan kueh raya yang aku dah beli..ada cikgu jual kat sekolah..kuih dia memang best..tahun lepas aku dah beli..

Tapi kan, bila pikir balik lagi sekali..raya ada lebih kurang 2 minggu lagi..sempat lagi kalau nak pi cari baju lain..tapi tak baik pulak membazir..tapi tengokla keadaan macamana..(banyak pulak tapi)..kalau tak jadi beli baju lain pakai baju ni jela raya nanti..hantam sajalah.. :D

Ok, tu ja cerita..nak p masak memasak pulak..sebelum memasak sempat lagi update blog..hihihi..daaaa..

p/s: pasal baju raya pun nak cerita..haha..suka hati la, blog aku kan, memang aku punya cerita la.. :D


Tuesday, August 16, 2011

Berbuka di EE Burger..



For the 2nd time berbuka puasa kat luar..hari tu kat McD..hari ini kat EE burger..tempat favourite kawan aku yang sorang ni..ain..




wif my housemate..


makanan-makanan kami..ada lagi yang belum sampai..


jus tembikai..menari dan tertarik...


ni air aku..teh tarik ja..maklumlah tak leh minum ais...batuk belom hilang..


laici kang & ais kacang..aku tengok jela..tp dapat gak rasa sesuap dua.. :D


Cepatnya dah masuk hari ke-16 kita puasa..lagu raya pun dah berkumandang kat corong-corong radio..minggu depan dah start cuti raya..tak sabar pulak nak raya tahun ni..tapi baju raya belum siap lagi..dah nak pi ambil tadi..tapi makcik tu belum letak span..esok siap kot..tak sabar nak tengok baju raya..hihi...

Sekian.. :)


Monday, August 15, 2011

Banyaknya menu berbuka hari ini...





Alhamdulillah..kenyangnya berbuka hari ni..macam-macam menu ada..tomyam, sup ayam, sotong goreng tepung, sambal ikan, telur dadar, kailan ikan masin, keropok ikan, kek batik dan sandwich..satu lagi menu yang tak termasuk dalam gambar ni iaitu sup bebola ikan..jiran baru hantar masa nak dekat berbuka..

Hari ni menu yang aku masak adalah tomyam dan sotong goreng tepung ja..sambal ikan dan sup ayam tu yang semalam punya, panaskan balik..tak baik membazir..he..sandwich & kailan ikan masin tu ain yang masak..telur dadar dan keropok ikan tu ell yang goreng..kek batik tu pulak jiran yang bagi..

Alhamdulillah aku dah sihat seperti sediakala...cuma selera makan ja berkurang sikit..masih rasa pahit mulut..disebabkan penangan ubat demam, selsema, pening/angin dan ubat batuk..esok lusa ok balik la ni selera makan ni..

Ok, ini saja update untuk hari ini..terawih2.. :) daaa..

p/s: rumah bujang..pinggan mangkuk tu pun dah cukup menunjukkan ciri-ciri kebujangan..hehe


Saturday, August 13, 2011

Demam..



Dari kelmarin lagi rasa tak sedap badan..hari ni masa mengajar tuisyen tadi dah rasa badan ni panas..so balik ja dari tuisyen tu terus tidoq..sekarang ni berehat-rehat jela..malam nanti baru boleh makan ubat..esok kalau sihat bolehla pi sekolah..kalau tak, amek MC la jawabnya.. :D

Tapi esok ada kerja nak kena siapkan..lepas tu nak ambil kertas periksa pelajar yang dah jawab periksa..esok paper math form 2..aku mengajar 2 kelas..so nak kena tanda la esok..eksaited nak tanda..hihi..nak tengok depa boleh jawab ke dak..walaupun baru seminggu lebih aku mengajar..tapi aku dah buat revision kelmarin untuk topik-topik yang masuk..harap-harap depa bolehla jawab..

Gudluck to all my students..untuk form 4 skali dan untuk form 5 jugak yang bakal menghadapi peperiksaan percubaan esok sehingga minggu depan...untuk semua la, form 1, form 6..form 3 dah lega sebab depa dah habis trial pmr..

Berbalik kepada cerita demam aku ni..aku bersyukur walaupun diberi kesakitan ini..kerana dalam satu hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi, kita j
anganlah marah ataupun berburuk sangka terhadap Allah jika ditimpa kesakitan..sebaliknya bersyukurlah kerana sakit ini merupakan satu nikmat yang dikurniakan Allah untuk membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda..

Sekian sahaja dari aku hari ini..Wassalam :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...