Alhamdulillah..kenyangnya berbuka hari ni..macam-macam menu ada..tomyam, sup ayam, sotong goreng tepung, sambal ikan, telur dadar, kailan ikan masin, keropok ikan, kek batik dan sandwich..satu lagi menu yang tak termasuk dalam gambar ni iaitu sup bebola ikan..jiran baru hantar masa nak dekat berbuka..
Hari ni menu yang aku masak adalah tomyam dan sotong goreng tepung ja..sambal ikan dan sup ayam tu yang semalam punya, panaskan balik..tak baik membazir..he..sandwich & kailan ikan masin tu ain yang masak..telur dadar dan keropok ikan tu ell yang goreng..kek batik tu pulak jiran yang bagi..
Alhamdulillah aku dah sihat seperti sediakala...cuma selera makan ja berkurang sikit..masih rasa pahit mulut..disebabkan penangan ubat demam, selsema, pening/angin dan ubat batuk..esok lusa ok balik la ni selera makan ni..
Ok, ini saja update untuk hari ini..terawih2.. :) daaa..
p/s: rumah bujang..pinggan mangkuk tu pun dah cukup menunjukkan ciri-ciri kebujangan..hehe
1 comment:
sy pun suke..heee
Post a Comment
Komen anda sangatlah bernilai...