My World

My World

Tuesday, February 1, 2011

Meet Da Fashionista Blogger..


Entry ni dah basi sebasi-basinya..blogger lain semua dah hupdate pasal gathering ni..aku je ketinggalan zaman..

Tapi memang aku sengaja pun..saja nak jadi orang terakhir yang update pasal gathering ni..hehe..

Oleh itu, tibalah masanya aku menceritakan apa yang berlaku masa gathering hari tu..semua-semua blogger yang datang semuanya cantik, manis, ayu..aku je tongkol kayu kat situ..diorang stylo habes..termasukla Cik Heliza Helmi yang menjadi tetamu kehormat pada hari itu..hehe

Semua-semua menantikan kehadiran kami..kami datang lambat sikit disebabkan masalah teknikal yang tak dapat dielakkan..memang dah siap gerak nak pergi gathering tu..sekali barang penting tertinggal kat rumah..memang terpaksa pergi ambil jugak sebab lepas gathering tu aku terus ke airport untuk berangkat pulang ke langkawi..

Masa on the way ke Jaya One Mall tu, aku dah rasa seram sejuk dah..macamana nak berhadapan dengan blogger2 fashionista yang famos amos ni..siap rasa macam sakit perut..haha..

Pastu kan, masa jalan-jalan nak sampai ke tempat perjumpaan tu..iaitu Nandos, boleh pulak aku dan ija main tolak-tolak..nape kitorang main tolak-tolak? ha cuba teka..teka la teka la.. :P

Sebab masing-masing segan nak jumpa diorang yang tunggu-tunggu kitorang tu..aku kata kat ija camni 'weh, ko la masuk dulu..aku ikut kat belakang..aku segan ni..' ija pulak kata 'ape pulak aku, ko la..ko yang kenal diorang (macam la ija tak kenal kan), aku pun segan gak..cepat-cepat gi la masuk dulu..'

Aku pun mengalah la ngan ija ni.. :P aku cuba mengkonfidenkan diri lead ija dan kak zeq..tapi pastu kan, sampai ja kat nandos tu aku tak ingat dah macamana..keadaan berlaku terlalu pantas..aku rasa ija yang lead dulu..dia yang pergi salam2 ngan diorang dulu..sebab aku dah sembunyi belakang ija..hehe

Start dari situlah kitorang berkenal-kenalan..mula-mula memang aku banyak diam ja..pastu aku dah banyak mulut sikit..bila maria elena dok depan aku..dia memang banyak cakap..so secara tidak langsung aku pun berborak la dengan dia..dengan shea pun, lyna, eyqa, fira, yanni dan tak lupa cik epal yang dok sebelah aku..mai n shida sekali..ami & jezmine aku tak sempat nak berborak..diorang ada buka booth kat chickpop so diorang datang sekejap ja beramah mesra ngan kitorang..semua nya friendly dan sangat sporting..

Tak lama lepas tu, lady uyun pun datang..betapa cumilnya dia dengan junk suit tu..(betol ke ejaan aku ni..kalau salah boleh tolong betulkan) macam anak patung pulak aku nengok..

Kitorang pun meng order makanan..masa yang lama jugak nak order..mana tak nya, ramai kan..pastu waitress tu pun konfius-konfius sebab masa dia dok ambil order kitorang dok sembang2..tak berhenti langsung..dah macam talk show..hahah..

Bila makanan dah sampai, mula-mula tu masing-masing kusyuk la makan..tapi sempat jugak berborak-borak lagi..pastu tak sempat lagi habis makan, sesi photoshoot dah bermula..kesian makanan tu ditinggalkan begitu sahaja..bila dah photoshoot banyak2 tu, selera pun dah tak dak nak sambung makan balik..heheh..

Gambar memang banyak gila..aku pun pening nak buat pemilihan nak letak kat blog ni..nanti korang tengok jela gambar mana yang aku letak..

Ok, sambung cerita balik..lepas sesi bergambar tu memang dah nak gerak pergi booth chickpop..tapi cik epal kata..nadia bayu jadi datang..dia on the way..so kitorang pun tunggu lagi kat nandos tu sambil menambah koleksi gambar..

Memang tak sabar nih nak jumpa nadia bayu..bukan aku je excited, ija pun..aku dan ija ni masa berjumpa selalu dok cerita2 pasal blogger2 gak..tu yang aku dan ija boleh terlibat dengan gathering ni.. :P

Bila nadia sampai, kitorang berkenal-kenalan dan terus bergambar..nadia datang dengan encik suami nya..suweet je diorang..aku memang nak tegur nadia tapi aku malu-malu kucing..masa dekat booth baru aku cuba-cuba tegur nadia... :P

Sebelum nadia sampai, rina pun ada singgah jumpa kitorang..macam yang aku cerita kat entry INI, aku ada jumpa rina sebelum gathering..masa ikut ija gi sunway..so aku ajak jugak rina datang sekali gathering tu..tapi rina kena gi shooting safiyya..

Tapi masa gathering tu tengok2 rina ada jugak..dia datang sekejap ja..lepas pada shooting safiyya terus datang ke situ..terharu seyh.. :)

Seterusnya, kitorang semua pun bergerak ke booth chickpop..nak tengok apa yang ada kat sana..dan nak pergi ke booth amy & jezmine..

Suasana kat sana dah bertambah lengang..dah tak ramai orang..sebelum tu the scaflets cakap memang meriah habis..sampai nak beli barang pun tak dapat..berebut2..tapi masa kitorang sampai kat booth2 tu,barang-barang pun dah banyak habis..aku tak beli pape pun..ija ada beli cincin munge..aku nak gak beli tapi yang ija ambil tu yang last..sob sob..

Lepas tu kitorang bergambar ramai-ramai sebelum berpisah..aku kena rush nak pergi airport..kalau tak memang boleh spend time lagi ngan diorang..best sangat..macam tak nak balik je..tapi apakan daya, tugas ku sedang menunggu..

So itu sajalah cerita aku..detail kan aku bercerita..hehe..mari layan gambar lah pulak..


ini namanya bukan gambar skema..


ngan cikgu uyun..kiut macam patung


yanni gadis jepun.. :)


fira! 1 negeri dengan ku..kedah mari..anda memang macam baby..


dengan cik epal gonjeng yang meletops!


shea & maria..dedua cantik...very friendly..


ayu je eyqa ni..


haha dua orang ni memang sengal..habis terbalik kerusi meja kalau depa ni bergabung.. :P










maghia da superb!


ngan si comel nadia yang sentiasa kelihatan muda..apa rahsia anda?




sweety lyna

ada hantu maghia kat belakang.. :P


kami tak bagi chance orang lain naik lif..


group photo..


Kepada semua-semua yang aku jumpa hari tu, anda semua sangat best..awesome! chill! gorjes! semua2 lah..harap next time boleh spend time together lagi..tak tahu nak cakap macam mana..tapi that day memang hari yang indah bagiku...

Untuk ija, kak zeq & team HHP, thanks sangat-sangat kat korang..tanpa korang mungkin aku tak dapat juin gathering ni... :)

p/s: ku sangkakan dengan semua orang aku ada gambar berdua..tapi sangkaan ku meleset..so after this kena wat angka giliran untuk bergambar dengan setiap sorang..hehe :P


20 comments:

petisuara said...

smpai hati krg brgmbire tnpe sy di sisi!bile tgk blik gmba ni serius jeles xdpt join krg hari 2..isyh!

eykameow said...

hehe kalau dah duduk dengan org byk ckp...automatic kita akan pun akan bercakap..i mean beborak tnpa rasa malu. heeeeee btw teringin sgt nk jumpa si maghia tu! gosh! :D

miss_neeya said...

sgt seronok :p

Gee Jah Noor said...

petisuara: alala jgn la gitu..kalau xbrgmba langsung pelik jugak tu..he

eykameow: betol2..sy sngat setuju dgn anda..insyaAllah nt leh jmpa maghia tu..dia sangat besh..

miss_neeya: seronok sngat.. :D

Anonymous said...

comel gile heliza :)

misrerama said...

besnye!!!!

nOuRuL EyEdHa said...

hohoho. lau da wat gathering lagi, jmput la blogger fofular tu.. hanis zalikha. leh korek2 rahsia camne die leh jadi popular dgn hanye berblogger jer.. hehehe :D
*rugi tol xdapat join. sob..sob..

fadhdeela said...

bestnyer!! nak join jugakkk

Meh singgah: Ada Org Mencarut2 kat Blog Kita!!!

rose sensei said...

cm ne u ols bley buat gathering ni?ni amongs u ol punye follower je ke?

eyka tu owner online shop kan?:colourscarf by riqa..tudung2 die sgt cantik

deqsu said...

hoho...mmg fashionest la diorg sume ni...
klu deqsu dtg ari2..deqsu jela yg plg simple..huhu...

Cik Tqah said...

betapa ruginye xjuin..xper la gee..len kali jgn lupe jemput kami yer..hikhik

siti hidayah said...

wahh.. cik epal pon ada. best nya!! hehehe

Tak Suka Menaip said...

minat sgt2 kt maria dan heliza 2...cantik dan sengal...hehehehehe

liyana said...

seronok nye tgk gambar2 u ollss!! mesti happening gilak la kan.. :)

fairuzhani said...

oiii seghonoknyeee. haha. kem salam kak ija! :)

Cik Nadia Bayu said...

comel je ija n gee jah takut2 nak masuk nando's tu. uhuhuh. kite gelak2 baca.

btw, best gile jumpe korang. memang happening walau kite segan yg amat. uhuhuh. sowii again sbb lmbt gile sampai. uhuh.

keep in touch eh gee jah. kem salam ija :)

Gee Jah Noor said...

misrerama: tu la sapa suh xjuin.. :P

nOuRuL EyEdHa: hanis zalikha? segan lak nak ajak dia..fofular sgt tu..huhu..insyaAllah kalau ada akak ada wat lagi akak jmput.. :)

fadhdeela: next time juin, k..

rose sensei: kebetulan je ni..baru kenal2 ngn the scarflets..manage gathering ni ngan diorang.. :) aah eyqa tu yg jual tdg on9..mmg cntik tdg2 nye..

Gee Jah Noor said...

deqsu: ala akak pun biasa2 je la..

Cik Tqah: of course cik tqah tayunk..

siti hidayah: minat cik epal ek?

Tak Suka Menaip: dua2 tu memang sengal..hehe

Gee Jah Noor said...

liyana: tersangatla happening..riuh rendah nandos tu ngan suara kitorang..hehe

fairuzhani: insyaAllah.. :)

Cik Nadia Bayu: alamak cik nadia bayu datang komen lah..huhu..thanks sudi membaca blog kite ni..pasal lambat tu takpe..faham sangat2..terharu gak la nadia jadi dtg..lmbat ke cepat ke tak kisah.. :D
ok, keep in touch..insyaAllah nt sy smpaikan kt ija.. :)

soffya cik bulan said...

bertmbh jeles seadanya...hu

he, tp pia kan..jumpa prg byk ckp, pia jd krg ckp..tp kalo jmp yg krg ckp, mulalah nk byk ckp...

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...