My World

My World

Sunday, March 27, 2011

Heliza Helmi tiru gaya Maria Elena.. :D


Actually video ni direkod untuk program ija kat UUM pada 29 Mac, hari selasa ni..tapi gaya ija kat sini macam maria elena pulak..yang starting masa dia memperkenalkan diri..dah la style2 tudung pun lebih kurang ngan maria je..hihi..silalah saksikan video ini..




Yang part aku tu tak payahla tengok..tapi tentunya korang dah tengok kan..aku pun kena jugak masuk dalam video ni..isk2..aku dah cuba melarikan diri tapi telah dipaksa oleh kawan-kawan aku..hehe..so, nampak sangatlah lakonan yang tak berapa menjadi tu..yang lain-lain tu memang terror la..(boleh la korang jadi pelakon)..ija pulak memang pelakon pun, so sekali je rekod part die..yang lain pun sekali jugak..tapi part aku berkali-kali..sebab aku sangatlah malu..huhu

Untuk ija, goodluck untuk program hari selasa ni..ija akan memberikan ceramah berkaitan dengan temuduga dan beberapa topik lain..kalau korang nak tengok camna ija berceloteh, pergila UUM ye..yang mana dah kat UUM tu, silalah menghadirkan diri masa program tu..rugi korang tak pergi..he..

Aku pulak memang tak dapat jumpa ija selasa ni..memandangkan aku kat langkawi..kalau aku kat kampung aku (alor setar), kompem2 aku pergi..tapi apakan daya..lainkali la pulak jumpa ija.. :)

Sape yang belom kenal maria elena bolehla melawat blog dia http://peliks.blogspot.com/. memang orangnya sangat kelakar..

yang part ija tiru gaya macam dia tu leh tengok kat video ni..





so, korang boleh agak kan maghia ni orang yang macam mana..orangnya sangat best! aku pun dah jumpa dengan dia masa gathering blogger aritu..leh tengok kat SINI dan SINI..

maghia! windu la kat u! nak jumpa u lagi.. :D

Ok, itu saja..blog sudah update! yeaaayyy! tataaaaa :D


Heliza & Maghia


Saturday, March 12, 2011

Tak sangka dapat bergambar ngan Dato' Siti..




Entri sebelum ni ada jugak aku nyatakan yang aku memang minat kat siti..bukan setakat minat gitu-gitu ja..memang minat betol la..antaranya kat entry INI dan INI..

Memang aku teringin sangat nak jumpa ngan siti..tapi aku berangan jela..bukan senang nak jumpa artis tersohor negara kita ni..

Aku tau siti nak datang alor setar mall dari minggu lepas lagi..aku macam rasa-rasa nak pergi la..tapi aku kena kerja pulak..tapi nasib la kedai sendiri kan..so pagi tadi aku buat keputusan tak nak bukak kedai lah..rasa rugi pulak bila siti dah datang kat kedah ni aku tak pergi..lagi pulak, dekat sangat alor setar mall tu ngan umah aku..dalam 5 menet je..

Mak aku pun teringin nak jumpa siti..tapi mak aku tak larat jalan jauh..pastu kompem kena berhimpit bersesak-sesak nanti..so aku kata kat mak aku, tak payah la mak, buat teruk badan mak ja nanti..

Mesti mak aku kecewa jugak tak dapat pergi..tapi kesihatan dia kenala aku ambil kira..mak aku ni bersemangat nak jumpa siti pun bukannya apa, dia nak bagitau kat siti, dulu arwah ayah aku mengajar Dato' K mengaji quran..dulu sebelom pindah ke alor setar (masa aku belom lahir), family aku tinggal kat kg permatang pasir..arwah ayah aku memang kawan baikla dengan ayah Dato' K..(Md Jiwa)..Dato' K mungkin tak tahu ayah aku dah meninggal..tu yang mak aku nak pesan kat siti suruh bagitau Dato' K..tak tahu la Dato' K masih ingat lagi ke tak kat ustaz Md. Noor yang mengajaq dia mengaji dulu-dulu...

Aku pun teringin jugak nak bagitau kat siti..tapi aku dah agak memang tak berkesempatan punya lah nak bersembang2..ok, lupakan dulu pasal tu...

Aku nak cerita pasal apa yang berlaku tadi..aku sampai kat alor setar mall pukul 2.30 tadi..sesampainya memang dah ramai berkerumun kat booth simply siti..aku pun tengok je siti dari jauh..pastu aku dapat tau dari pengacara kt situ sesiapa nak tangkap gambar n amek autograf siti, kena beli produk simply siti..

Aku pun terfikir, yang aku memang tengah mencari eyeliner..so aku test2 la eyeliner simply siti..macam ok je..aku terus beli..pastu sapa yang beli produk simply siti bolehla beratur untuk bergambar..tapi..ada pulak tapi nya..keutamaan akan diberikan kepada sesiapa yang dapat tshirt simply siti..tshirt ni dapat bila beli barang melebihi RM80..masa untuk bergambar pun tinggal 10minit je lagi..dalam hati aku tak pa lah kalau tak dapat bergambar pun..aku hampir2 give up jugakla masa beratur tu..aku ingat nak pegi depan pentas je tangkap gambar siti...tapi aku fikir balik, tunggu jela, mana tau ada rezeki...

Tengok2, orang depan aku dh pergi kt meja siti..aku dah berganjak ke depan sekali..so, memang peluang cerah la..tapi..ha tapi lagi ni...aku tak dak buku @ kertas @ ape2 untuk suruh siti sign..yela, aku pun tak sangka akan betul2 dapat jumpa siti..aku tak prepare langsung...so, aku pun amek jela apa yang ada dalam purse..tau tak aku amek apa? aku amek duet china yang aku simpan..tahun lepas kan aku p beijing..so ada lebihan sikit duet china tu..aku buat kenang-kenanganlah..aku pun amek duet tu n bagi siti sign...




Aku kata kat siti, kak siti sign kat duit ni lah..siti lak tanya aku, duit apa ni..aku jawab duit china..hehe..pastu aku kirimkan salam mak aku kat siti..dia pun suruh kirimkan salam balik..kemudian, tangkap gambar, salam, aku pun cau dari situ..tapi aku saja tunggu lagi kat situ sampai siti balik..kot2 la siti ada nyanyi..tapi dia cuma bagi ucapan..ok, ni ucapannya..




Esok siti akan berangkat menunaikan umrah..semoga siti selamat pergi dan pulang..dan dapat menunaikan ibadat dengan lancar di sana..Amin..

Dan akhir sekali..thanks kerana melayan peminat dengan baik sekali..lemah lembut je kak siti tadi.. :) kat bawah ni antara gambar-gambar siti dengan peminat2 yang lain..







Tuesday, March 8, 2011

Maafkanku...


Maafkanku..
aku memang menyayangimu..
tetapi aku terpaksa..
aku terpaksa mengabaikanmu..

Maafkan aku sekali lagi..
tak ku minta jadi begini..
tak ku duga perasaanku sebegini..
semoga perasaanku terhadapmu datang kembali..
seperti dahulu..

Wahai blog ku..
hehehe.. :p

itulah sajak aku yang tak menjadi..aku masih tidak bermood menulis blog..ke mana hilangnya mood aku ini? haiyaaa..tapi hari ni disebabkan belum ada mood menulis blog, dapat jugak aku menghasilkan satu entry...tahniah untukku..hahak..

oklah, itu saja bebelan aku..daa...

p/s: tengah bermood nak cuti sekolah..nak pergi bercuti..merehatkan badan, minda dan fikiran.. :D




Sunday, February 27, 2011

Entry khas buat Azmil Hafiz..


Tika dan saat ini aku sudah berada di Langkawi..pada hujung minggu yang lalu (hari khamis lepas), aku pulang ke kampung setelah hampir 3 minggu tak pulang..

Menjadi kebiasaanku, kalau pulang ke kampung, mesti nak pergi ke rumah abangku..nak tengok azmil hafiz yang baru berusia 2 bulan pada 26 Februari 2011..aku memang suka main-main ngan baby ni.. :D

Alang-alang pegi tengok azmil hafiz, aku pun nak belajar buat cupcakes dari kakak iparku..mana tau boleh buat bisnes kat langkawi ni..hehe..itu aku cerita kemudian lah..sekarang nak cerita pasal azmil hafiz..

Aku dah pernah buat entry pasal hafiz..bolehlah jenguk kat SINI..SINI dan SINI..
Hafiz sangatlah comel masa baru dilahirkan..

Tapi, siapa sangka..sebenarnya hafiz mengalami masalah yang aku sendiri pun tak tahu nak terangkan macammana..kakak ipar aku kata pembuluh darah banyak terkumpul kat kawasan muka dan kepala..sebab tu kemerah-merahan kat muka sebelah kirinya..


tapi beliau tetap comel.. (ni umo sebulan)


ni lagi comel.. (2 bulan)


comel secomel-comelnya..


sangat comel..


dengan kakaknya, oya.. (auliya)


hafiz dah debab..


hafiz masa berumur 1 hari


umur 7 hari..


Masa aku main-main dengan dia aritu, sangatlah tak banyak ragam..tapi aktif jugakla..tak duduk diam jugak..he..dia macam nak berborak-borak dengan kita bila kita bercakap-cakap dengan dia..sekali-sekala dia senyum..

rindu pulak kat hafiz...

Bila dia lapar, atau tak selesa bila pampers dia penuh dengan isi baru dia nangis..time nak tido, senang ja..lepas minum susu terus tertido..

Entry ni aku tujukan khas untuk azmil hafiz..semoga dia cepat membesar dengan sihat dan dapat recover kemerah-merahan kat muka dia..dan menjadi cergas macam abang-abang dan kakaknya (amir afiq, arif ikhwan, akhyar auliya)..

Di sini, aku ingin meminta kawan-kawan yang membaca entry ini tolong doakan untuk anak sedara aku sekali..doakan azmil hafiz cepat sembuh..terima kasih yang teramat atas doa korang..

Oh ya, hampir terlupa pulak..nak cerita pasal cupcake..aku letak gambar jelah..hasil cupcakes yang aku dan kak ipar aku buat..tapi kak ipar aku yang lagi banyak buat..aku tolong2 je..hihi..tapi aku dah tau la camna nak buat..lepas ni boleh la aku buat bisnes.. :D







Ok, tamat dah cerita hari ini...da..


p/s: Mak ndak doakan hafiz cepat sembuh..(mak ndak: panggilan oleh anak-anak sedaraku)


Tuesday, February 22, 2011

Cuma Aku..comel giler..heheh




layan lah lagu ni bersama ngan video klip yang comel ni.. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...