Dalam bersahabat, kadang-kadang ada ranjaunya..ada juga yang tak bersefahaman, tak serasi, tak kamcing dan lain-lain lagi..tapi setakat ni, Alhamdulillah aku tak da la bergaduh, bertengkar, bertumbuk dan semua-semua tu dengan sahabat-sahabat aku..
Melampau jugak la kan kalau nak bertumbuk tu..aku ni ramai kawan..kawan baik masa sekolah rendah pun masih ada, sekolah menengah, matrik, universiti, dan yang terbaru rakan sekerja..tak lupa jugak kawan-kawan sekampung dan kawan-kawan di alam maya (blog, facebook, twitter, friendster)
Kalau ada salah faham aku akan cuba bawak berbincang..berterus terang dan kejujuran sangatlah penting dalam bersahabat..juga saling mempercayai & tak mementingkan diri..
Dulu-dulu masa kecik-kecik ada la jugak merajuk, tak bertegur bila bergaduh tu..tapi bila dah besar panjang ni takkan nak buat macam tu lagi kan... :D
Cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni.. dan cuba tafsirkan apa yang berlaku...heheh
Seolah-olah macam kitorang tengah ada masalah je kan..sebenarnya tak da apa-apa pun..entah tengah borak apa time ni..bukannya dah rancang nak berlakon buat-buat gaduh ke ape ke..tiba-tiba ja jadi gambar yang macam ni..sebab ada paparazzi yang ambik gambar kami ni.. :P
Daripada gambar-gambar yang terhasil tu aku nak saja-saja buat dialog lah..aku memang suka mengarut-ngarut bab berdialog ni..hehe
Gambar 1- Ija: gee, aku nak cakap sikit dengan ko...
Gambar 2- Ija: sampai hati ko kan...
Gambar 3- Ija: ko dah buat sesuatu yang telah mengguris hati aku...
Gambar 4- Ija: tapi takpelah, aku maafkan ko...
Hahahaha boleh ke macam tu..rekaan aku semata-mata..tolongla jangan percaya..percaya gambar bawah ni sahaja..
Gambar kitorang memang banyak..so bila aku tengok balik gambar-gambar ni tu yang aku dapat satu idea nak buat pasal entry ini..bukannya sahabat aku ija sorang saja..ramai sahabat aku..tapi bila dengan ija ni, banyak betol gambar kami..sebab ada manager ija yang sentiasa snap picture kami..hehe...
Itu yang kat belog aku ni banyak pasal kisah kami..lagipun ija pernah pesan kat aku..katanya 'ko jelah tolong updatekan cerita aku..aku tak sempat dah nak berblog ni' haaa lebih kurang camtulah..teheee... antaranya kat SINI, SINI dan SINI dan lain-lain lagi.. :P
Ok, sebelum menamatkan cerita aku pada kali ini, aku nak pesan sikit lah..chewaahhh..pasal bersahabat ni, kita jangan terlalu mementingkan diri..bak kata orang 'give & take' barulah seronok bersahabat tu..jangan dok kata-kata, kutuk-kutuk kat belakang..kalau ada yang tak puas hati, terus direct tanya kawan kita tu..itulah pentingnya nilai saling mempercayai..kalau kita percayakan sahabat kita, kita takkan mudah melatah bila ada orang yang sengaja melaga-lagakan kita dengan sahabat kita itu..kalau ada terbuat salah dengan sahabat kita, cepat-cepatlah mintak maaf..janganlah ego-ego ye.. :)
Itu jelah, aku pun tak pandai nak nasihat lebih-lebih..aku doakan kawan-kawan kat luar sana gembira bersama sahabat baik anda..semoga ikatan ukhwah yang terjalin antara kita dan sahabat baik kita berkekalan sehingga ke akhir hayat..amin..
ok, bye!
p/s: entry ni dah lama terperam kat draf..baru ada mood nak edit dan published hari ni.. :D
23 comments:
loikee.. hihi
love it! hehehe.
acececeh
bestnya dapat bergambar dengan kak ija kan...??
best nya dapat bergambar dengan kak ija
I LIKEEE...:)
urm....kawan..mcm2 ragam
haha, nice2!suke ngan dialog tu, mmg tk boleh blah, :P
LISA SURIHANI KENE SOUND DENGAN BLOGGER <<<<<<
Moga kamu berdua bersahabat sampai bile2 ; )
- Anda tau tak mengenai Raan? Raan boleh menghancurkan persahabatan dan merosakkan hati serta iman. Kenali Raan.
awak boleh tanyakan cik ija die guna produk ape x...putih gebus lah..haha jeles...!!
wah..sahabat baik dan kejujuran penting dlm bersahabat...
nk bgambar ngn kak ija gak!! hehehe =)
i like..
sahabat tu, yang baik ingin bersama... yang terbaik berkorban apa saja... saje nak share, law blh support la gud idea nih...
aimannevermind
http://aimantune.blogspot.com
http://bisnesprepaid.com/aimannevermind
http://toneexcel.biz/index.php?id=32819
comelnye..
uishh,,..besh bgt...
btol ke dilog 2??
heheh
nice2
sweeet je kan ^^
yup.! kawan amat penting.,segalanya boleh dikongsi..
nk mntak pndapat cket lar.,boley ker kte nk jeles dgn kwan kte klau dia lebihkan buah hati dia drpd diri kte yg tlah 13thun berkwn..
heliza comel!!
sweetnye.......like2
like..
hai gee, honestly said that nape aku suka kwn ngan hg sbb hg kwn yg penyabar. dengan karenah kwn2 lain, hg pun seorg pendengar yg baik n suka menolong, thanks be my friend sms susah dan senang =)
Post a Comment
Komen anda sangatlah bernilai...